CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4548|Reply: 16

Pandangan anda tentang perubatan alternatif dengan perubatan moden

[Copy link]
Post time 11-4-2017 01:20 PM | Show all posts |Read mode
salam kawan2,
sy cuma nk pandangan drpd uols semo psl perubatan alternatif ngn perubatan moden...ni ade artikel drpd Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah


Perubatan Alternatif vs Perubatan Moden

Oleh : Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
[email protected]

Bagi sesetengah pihak, keputusan kabinet baru-baru ini yang membenarkan perubatan alternatif memasuki hospital kerajaan agak mengejutkan. Malah ada ahli parlimen yang menimbulkan persoalan tentang kewajaran ‘bomoh’ meratib mentera di hospital, bimbang kalau-kalau asap kemenyan yang digunakan oleh ‘bomoh’ tersebut akan mendatangkan pencemaran.

Sama ada persoalan tersebut lebih berbentuk jenaka atau tidak, sekurang-kurangnya ia melambangkan tahap pemikiran sebahagian rakyat negara ini tentang perubatan alternatif. Bagi mereka, perubatan alternatif adalah ancaman kepada survival atau status quo perubatan moden. Justeru itu, pengamal-pengamal perubatan alternatif seolah-olah datang ke hospital berlagak lebih pandai daripada doktor-doktor yang sedia ada, dan bagi tujuan mengambil alih tugas para doktor tersebut. Betulkah begitu?

Secara ringkasnya, perubatan alternatif ialah aliran perubatan yang selain daripada perubatan moden yang digunapakai di klinik-klinik dan hospital-hospital sekarang ini, sama ada yang dimiliki oleh kerajaan mahu pun pihak swasta. Baik perubatan moden mahu pun perubatan alternatif, kedua-duanya menuju matlamat yang sama, iaitu menyembuhkan penyakit, mencegah daripada berlakunya penyakit, dan menambah baik tahap kesihatan atau sekurang-kurangnya mengekalkan kesihatan yang sedia ada. Bagaimanapun, bagi mencapai matlamat tersebut, kedua-kedua aliran perubatan ini memilih jalan dan haluan yang berbeza.

Menurut buku Ensiklopedia Sains dan Teknologi : Perubatan dan Kesihatan, terbitan DBP ; “… perubatan ortodoks menganggap bahawa penyakit adalah disebabkan oleh agen seperti bakteria dan virus yang berasal dari luar tubuh ; oleh kecederaan dan juga oleh proses denegerasi. Penyakit-penyakit biasanya dirawat melalui ubat-ubatan dan pembedahan.

Perubatan alternatif pula menganggap bahawa penyakit adalah akibat ketidakseimbangan di antara diri dan persekitaran, yang kebanyakannya disebabkan gaya hidup seseorang itu. Oleh itu, pengamal perubatan alternatif akan lebih menumpukan perhatian terhadap unsur-unsur tersebut termasuk unsur tekanan, emosi, persekitaran serta kekeluargaan pesakit tersebut. Pendekatan begini disebutkan sebagai pendekatan holistik, iaitu individu dirawat secara menyeluruh dan fungsi badan dilihat sebagai suatu gabungan yang harmonis dan seimbang antara jasad, akal dan roh. Ia juga menekankan tanggungjawab individu dalam mengekalkan kesihatan yang baik”.

Pengamal-pengamal perubatan alternatif selalu berhujah bahawa bakteria atau virus bukanlah satu-satunya penyebab kepada terjadinya penyakit. Buktinya begini. Sekumpulan 30 orang pelajar memakan nasi lemak di sebuah kantin sekolah pada waktu yang sama dalam kuantiti yang sama banyak. Bagaimanapun, sejam kemudian, hanya separuh daripada mereka mengadu sakit perut dan cirit-birit. Bagaimana pula dengan separuh yang lagi? Adakah nasi lemak yang mereka makan bebas daripada bakteria penyebab cirit-birit?

Ini membuktikan bahawa tahap ketahanahn tubuh seseorang itu terhadap serangan kuman adalah berbeza-beza. Semakin lemah sistem pertahanan tubuh seseorang itu, maka risikonya menghadapi penyakit akan semakin tinggi. Sebaliknya mereka yang sihat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat kurang sekali terdedah kepada serangan penyakit, walaupun berjuta-juta bakteria dan virus berada di sekeliling mereka, malah di dalam tubuh mereka sendiri.

Oleh itu, perubatan alternatif memberi perhatian antaranya terhadap kepentingan proses pembersihan darah bagi tujuan meningkatkan sistem pertahanan semulajadi tubuh. Darah kita sebenarnya boleh tercemar terutamanya melalui pemakanan. Contohnya memakan bahan-bahan makanan yang mengandungi pengawet, perisa, dan perwarna, termasuk juga pengambilan lemak yang berlebihan. Selain itu, darah juga boleh menjadi kotor melalui udara dan air yang tercemar, termasuk akibat merokok. Proses pembersihan darah boleh dilakukan melalui amalan bersenam, berbekam, dan pengambilan ubat-ubatan herba yang banyak mengandungi bahan anti oksidan serta bersifat diuretik.

Umum mengetahui, malah turut diakui oleh doktor-doktor perubatan bahawa perubatan moden sehingga kini masih gagal merawat dengan sempurna beberapa jenis penyakit, khususnya penyakit-penyakit kronik. Ambil contoh penyakit kencing manis. Kencing manis disebabkan kegagalan organ pankreas mengeluarkan hormon insulin yang mencukupi bagi menukarkan gula kepada tenaga. Keadaan ini menyebabkan kandungan gula di dalam darah meningkat sehingga melahirkan gejala-gejala seperti kerap membuang air kencing dan sentiasa berasa dahaga. Bagi pesakit kencing manis yang kronik, mereka mungkin akan dijangkiti kudis di bahagian kaki, malah besar kemungkinan kaki tersebut terpaksa dipotong untuk mengelak kudis tadi merebak ke bahagian organ tubuh yang lain.

Pakar-pakar perubatan moden bersepakat bahawa penyakit manis tidak boleh disembuhkan. Ubat-ubatan yang disediakan untuk kencing manis, termasuk suntikan insulin hanyalah bertujuan untuk mengurangkan kandungan gula di dalam darah, bukan untuk merawat punca kepada penyakit kencing manis, iaitu kegagalan organ pankreas berfungsi secara yang sepatutnya. Ini bermaksud ubat-ubatan moden tersebut hanya berjaya merawat gejala penyakit, dan bukannya punca penyakit. Ini juga bermakna bahawa pesakit kencing manis terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan tersebut sepanjang hidup mereka, termasuk menanggung risiko kerosakan buah pinggang, iaitu salah satu kesan sampingan akibat daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut dalam tempoh yang lama.

Persoalannya, apakah pula kaedah rawatan yang dicadangkan dalam perubatan alternatif bagi kes seumpama ini? Adakah dan sejauhmanakah kejayaan yang telah dicapai oleh perubatan alternatif dalam merawat pesakit kencing manis? Setakat ini, jawapan-jawapan yang diberikan oleh pengamal-pengamal perubatan alternatif nampaknya masih sukar diterima dan difahami oleh pengamal-pengamal perubatan moden. Menurut mereka, hujah-hujah yang diberikan oleh pengamal-pengamal perubatan alternatif tidak bersifat saintifik, ujikaji yang dilakukan tidak menyeluruh, ubat-ubatan yang digunakan diragui keselamatannya, manakala kejayaan yang dicapai dalam merawat pesakit pula adalah secara kebetulan sahaja, dan berbagai-bagai lagi justifikasi diberikan bagi menafikan sumbangan perubatan alternatif dalam merawat pesakit.

Walau apa pun halangan dan kekangan yang dihadapi, komitmen pengamal-pengamal perubatan alternatif dalam merawat pesakit dan memajukan bidang perubatan di negara ini sedikit pun tidak terjejas. Malah mereka merasa bangga apabila jumlah pesakit yang mengucapkan syukur kepada Allah setelah sembuh daripada penyakit yang telah dihidapi sejak sekian lama semakin hari semakin meningkat. Pesakit-pesakit tersebut termasuklah mereka yang telah dinasihatkan oleh para doktor supaya menjalani pembedahan bagi memotong bahagian kaki yang telah dijangkiti kudis akibat penyakit kencing manis.

Bagi mengatakan para pesakit tersebut berpakat atau diupah untuk mengemukakan testimoni yang palsu juga rasanya tidak masuk akal. Selain jumlah mereka yang tersangat ramai, latar belakang mereka juga berbeza-beza. Daripada seorang penoreh getah di Baling, Kedah sehinggalah kepada profesor universiti di Kuala Lumpur, semua mereka mengakui keberkesanan rawatan yang diterima. Mereka ini bukan sengaja lari daripada doktor di hospital, tetapi kebanyakannya bertekad mencuba perubatan alternatif setelah kecewa dengan perubatan moden.

Apakah bukti ini belum mencukupi bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu yang nampaknya fobia dengan perubatan alternatif? Pengamal-pengamal perubatan alternatif sebenarnya tidak perlu terlebih dahulu mendapat lesen atau persetujuan daripada pengamal-pengamal perubatan moden sebelum mereka dibenarkan memasuki hospital kerajaan, apatah lagi untuk mendapat perakaun daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC). Mana mungkin sebuah syarikat pengeluar biskut akan memuji keenakan dan kerangupan biskut yang dikeluarkan oleh syarikat yang menjadi pesaing baginya.

Apabila kerajaan membenarkan perubatan alternatif memasuki hospital-hospital kerajaan, jangan pula kita berfikir bahawa keputusan tersebut adalah suatu langkah yang mundur ke belakang. Sebenarnya sudah banyak negara di dunia ini yang membenarkan perubatan alternatif memasuki hospital kerajaan di negara masing-masing.

China sebagai contohnya telah lama membenarkan singse (gelaran bagi pengamal perubatan Cina) merawat pesakit di hospital melalui kaedah akupuntur, iaitu salah satu cabang yang terdapat dalam perubatan alternatif. Sebelum ini pun kita juga telah diberitakan tentang pemergian lagenda bola sepak Argentina, Deigo Maradona ke Cuba bagi merawat ketagihan dadah mengikut kaedah perubatan alternatif yang terdapat di negara tersebut. Malah Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi juga telah meninjau keberkesanan kaedah rawatan perubatan alternatif di Cuba bagi dijadikan asas pelaksanaannya di Malaysia.

Di samping itu, kita juga penuh yakin bahawa kedatangan perubatan alternatif ke hospital-hospital kerajaan bukan bertujuan untuk mengambil alih fungsi perubatan moden, jauh sekali untuk menendang keluar doktor-doktor yang sedia ada. Perubatan alternatif sebenarnya adalah pelengkap kepada perubatan moden. Alangkah baik dan manisnya jika para ‘bomoh’ dan singse dapat berganding bahu dengan doktor-doktor perubatan bagi merawat pesakit.

Yang pentingnya di sini bukan siapa yang menjadi jaguh dalam menyembuhkan sesuatu penyakit, tetapi tahap kesihatan rakyat negara ini perlu dipertingkatkan bagi menjamin tercapainya matlamat Wawasan 2020. Selain itu, penyediaan khidmat perubatan alternatif di hospital juga adalah bagi menghormati hak asasi pesakit yang antara lainya ialah memilih kaedah rawatan yang difikirkan terbaik olehnya tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

Justeru itu, cabang-cabang perubatan alternatif seperti homeopati, herbalisme, akupuntur, refleksiologi, kiropraktik, getaran warna, dan sebagainya termasuk Perubatan Ibnu Sina (yang masih asing bagi rakyat negara ini) hendaklah diberi ruang dan peluang bagi turut sama menyumbang ke arah pembangunan kesihatan rakyat negara ini. Rasanya kesangsian tentang kebolehan aliran perubatan ini dalam memberi rawatan yang terbaik kepada para pesakit tidak perlu lagi diperdebatkan.

Sekarang ini kita dapati pengamal-pengamal perubatan ini yang memiliki kilang pembuatan dan pemprosesan ubat yang bertaraf GMP (Amalan Pengilangan Baik) semakin bertambah. Ubat-ubatan yang dikeluarkan pula mendapat kelulusan daripada Biro Farmasuitikal Kebangsaan (BFK). Malah, sebahagian daripada mereka sudah pun menubuhkan kolej pengajian dan penyelidikan perubatan masing-masing bagi mengembangkan disiplin perubatan yang mereka amalkan. Semua ini membuktikan bahawa pengamal-pengamal perubatan alternatif sememangnya serius dalam kerjaya mereka, sekaligus menolak anggapan bahawa mereka hanya mengambil kesempatan di atas minat masyarakat yang semakin meningkat terhadap perubatan alternatif.

Akhir sekali, kita percaya bahawa pihak kerajaan pasti akan mengenakan syarat-syarat yang ketat kepada mana-mana pengamal perubatan alternatif yang menjalankan tugas di hospital. Rasanya tidak perlulah saya memberi cadangan kepada pihak kerajaan tentang peraturan dan prosedur yang perlu diikuti oleh pengamal perubatan tersebut, kerana kita percaya pihak Kementerian Kesihatan sudah pun mempunyai garis panduan yang lengkap tentang perkara tersebut. Cuma saya penuh yakin dan percaya bahawa antara syarat yang akan dikenakan kelak ialah melarang para ‘bomoh’ daripada melakukan upacara ‘menurun’ di hospital.

(Artikel ini telah tersiar dalam majalah Al Islam, Julai 2006)





sy pn skrg nih kearah perubatan alternatif...sy kecewa ngn perubatan moden...ade sbb knapa sy kata begitu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2017 02:24 PM | Show all posts
paid review atau testimony di beli berlambak je kt facebook..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandangan peribadi aku.. terpulang pada mana2 yg nak percaya,tp totally 100% menipu.

aku bg contoh eh.. arwah sil aku kena kanser, pengamal perubatan tradisional pertama jampi2,ckp bukan kanser ni,ni sbnrnya buatan bekas ex-boyfriend.. xpasal buat dosa kering fitnah org tu, belum lg bayar beribu kat bomoh. Lepastu Bomoh sorg cakap xpayah jumpa doktor, dia bnyak kali ubat pesakit kanser baik.. aku ni personally  mmg kalau org xbiasa, akan ingat aku biadap.tp yg kenal aku, mmg tahu aku xsuka setakat cakap2.aku cakap kat bomoh tu aku nak alamat, siapa yg baik tu yg dia dh ubatkan aku nak tahu. tp dia xmampu bg jawapan.berpuluh bomoh,pengamal perubatan tradisional jumpa hingga ke utara lain2 jawapan.

Tp yg aku percaya darul syifa. aku jumpa sendiri lecturer utm ni kat pusat perubatan darul syifa, dia perawatnya.. apa dia cakap??. 'kanser atau segala penyakit saya tiada kehebatan untuk membantu.sila pergi berjumpa doktor, yg saya boleh bantu adalah berikan air supaya awak minum, mudahan dengan izin tuhan air tersebut mempercepatkan proses pemulihan itu shj'.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
lupa nak cite.. aritu pergi rumah pengamal perubatan tradisional atas ziarah dan lawatan kerja.

dia dok cakap dtg lah.. saya buat rawatan tradisional. aku cuma mampu senyum.. diri sendiri duduk kerusi roda, tak mampu dirawat, dia cerita dia mampu rawat mcm2 penyakit.

aku bukan nak bersifat biadap.tp sudah2 lah tertipu.org melayu khususnya.. asal pakai songkok, baca ayat quran dah ingat org tu hebat.tahu ke apa ayat yg dia baca??. dua ni prop yg paling penting nak kaburkan org.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2017 08:04 AM | Show all posts
Super-M replied at 11-4-2017 08:03 PM
Pandangan peribadi aku.. terpulang pada mana2 yg nak percaya,tp totally 100% menipu.

aku bg cont ...

bomoh aku x caye langsung tp kalu darul syifa n homoepati aku caya lh
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel replied at 12-4-2017 08:04 AM
bomoh aku x caye langsung tp kalu darul syifa n homoepati aku caya lh

homeopati aku xberani sentuh pasal ni. utk kat malaysia serius aku tak percaya.mak mertua aku habiskan hampir 30k berubat kat homeopati dr Ali dgn sijil professor from colombo..pengguna semua sila sedar lah, sijil profesor palsu, masih lah nak sibuk korang percaya. apa yg dia bubuh dlm tu?  tak da badan yg pantau. kau pasti? sil aku kelulusan engineering baru masuk keje klinik homeopathy  dia dh jd tukang bancuh ubat. so kau rasa mana logiknya?

aku ada baca kat luar negara ubat homeopati ni pun ada pharmaceutical company tertentu  yg akan keluarkan. tak boleh sebarangan doc cakap owh ni i bancuh sendiri ubat ni.xboleh.

BIL aku doctor adik beradik dia semua. so dia org pun percaya je,ada guna homeopathy.aku sendiri masa kat USA base aku sendiri ada beli stok ubat homeopathy utk kids. Made In USA mcm similasand, hylands.sekali pengambilan efektif sgt.Ada kod ubat tertentu yg khas,dipantau badan khas. tp mcm kat Malaysia ni susah aku nak percaya sbb kebanyakkan doc homeopathy menyamar dgn sijil palsu. kalau kat overseas tu mau kena penjara org gini. ni pandangan aku lah. artis2 malaysia pun nak dapatkan ubat homeopathy utk kids mcm ning baizura dlu diaorg sanggup pergi aussie sana beli.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2017 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
lupa nak cakap professor(from colombo)  homeopathy malaysia dr ali ni pernah kena dgn pseudoscience watch..

lawak gila.. pix kaji selidik kuman kat makmal tp guna microscope budak sekolah makmal sains. sudah2 lah tertipu dgn dia ni. nak amik ubat homeopathy aku xhalang, amik je lah.. tp pastikan yg betol2 dikeluarkan dan dipantau badan khas.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 09:54 PM | Show all posts
Super-M replied at 11-4-2017 08:03 PM
Pandangan peribadi aku.. terpulang pada mana2 yg nak percaya,tp totally 100% menipu.

aku bg cont ...

tu la SM.
harap anak anak dia tak terlalu rindu
amat sukar utk membesar dgn sempurna bila ketiadaan ibu atau bapa.
sgt buruk kesan kata kata bomoh yg anjurkan tak payah jumpa doctor tu
SIL awak muda kan? di sini, breast cancer hanaylah dikira sebagai chronic disease sahaja kerana boleh dirawat dgn elok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2017 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 12-4-2017 09:54 PM
tu la SM.
harap anak anak dia tak terlalu rindu
amat sukar utk membesar dgn sempurna bila ketiad ...

jauhi lah perubatan yg ntah pape ni. bukan sm berlagak tak percaya.. org cakap perubatan moden ni kafir, yahudi.. tp sbnrnya islam dah menerokai dunia perubatan dah lama. ni bedah batin lah ntah pape je..jgn lah bawak m ni kalau g mana2 perubatan tradisional mmg nnti sure kena halau..   sbb sm kalau xsuka mmg akn ckp je.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
baru tahu...terpikir cmna situasi kat hospital
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 02:49 AM | Show all posts
cheergirlz replied at 21-4-2017 04:06 PM
baru tahu...terpikir cmna situasi kat hospital

bersyukur kan kita ni, Allah bagi sehat walafiat
semoga Allah selalu elak kan dari bebanan penyakit ameen ya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 02:49 AM | Show all posts
Super-M replied at 13-4-2017 08:42 AM
jauhi lah perubatan yg ntah pape ni. bukan sm berlagak tak percaya.. org cakap perubatan moden ni  ...

teapt sm, islam lah yg awal awal terokai bidang ini
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 24-4-2017 02:49 AM
bersyukur kan kita ni, Allah bagi sehat walafiat
semoga Allah selalu elak kan dari bebanan penyak ...

Alhamdulillah..inshaaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 24-4-2017 02:49 AM
teapt sm, islam lah yg awal awal terokai bidang ini

m ni xboleh,kalau nampak dan tau salah, kita buat bodoh m rasa mcm x senang hati.terngiang2  mcm hubby solat jubah dia tu terselit, m dok blakang. m dh galihkan mata, m xbersalah,tangan m yg nak tarik jubah tu hingga dia melompat ketawa tkejut. kihkih..

sama mcm along hubby bebel m termakan dakyah yahudi. dia dok boh dlm group wasap jgn vaksin, dakyah yahudi. m hangin sbb dlm tu ada yg ada baby, kalau dgr cite palsu tu mcmne?
jd m bg tazkirah secara baik mmg pedih siap m tulis the truth may hurt for a while,but lie hurts forever..sbb dia ada kaitkan dgn fakta salah semua.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
I'm consume both homeopathy and drugs prescribed by hospital.
Byk org mkn homeopathy tp ramai yg ambil  bukan dr pengamal bertauliah.byk ubat homeopathy nakal kat pasaran .pengguna tidak tahu yg hanya sedikit sahja persatuan hemopthy yg diiktiraf oleh gov.
Homeopathy kesan ubat bukan segera mcm panadol dan ia bukan prescribed over the counter.
Pengguna homeopathy prefer natural medicine sbb alah ngan chemical like steroid.
It's a individual preference not following any trend
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 12:26 AM | Show all posts
Super-M replied at 24-4-2017 05:06 PM
m ni xboleh,kalau nampak dan tau salah, kita buat bodoh m rasa mcm x senang hati.terngiang2  mcm  ...

ok lah..perlu jugak org mcm m utk sound betul betul dan tepat tepat pada isu yg salah..ada org approach dia sipi sipi, ada yg direct .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2017 12:28 AM | Show all posts
glump replied at 24-4-2017 06:29 PM
I'm consume both homeopathy and drugs prescribed by hospital.
Byk org mkn homeopathy tp ramai yg  ...

yes, yg paling penting adalah sentences you yang sebut tentang  going to centres bertauliah and another one is preference and not following any particular trend. we do what suits us after weighing the options that we have. at least choice kita tu is based on our own decision.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.101768 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list