Sindiket mengisahkan mengenai Inspektor Rudy daripada Unit Khas D7 yang berusaha keras membanteras kes pemerdagangan manusia. Kematian seorang gadis berusia 16 tahun memberi petanda baharu kepada pemburuan Inspektor Rudy.
Sementara itu, Noreen dan Amira merupakan rakan karib di sebuah universiti. Mereka telah ditipu melalui satu iklan percutian di sebuah pulau. Yanti pula datang dari sebuah kampung di Indonesia dan terpedaya dengan cinta palsu yang akhirnya menjadikan dirinya juga mangsa.