Edited by chacon at 26-4-2017 11:52 AM
Apa jadi kalau tertelan chewing gum?
Kalau makan gula-gula getah masa kecil, kaum ibu mesti selalu berpesan, "Makan baik-baik, jangan sampai tertelan! Nanti tercekik boleh mati!"
Tapi pernah tak perasaan ingin tahu menebal dalam diri dan berfikir, "Kalau aku betul-betul telan, apa jadi? Betul ke mati?"
Ada juga teori yang mengatakan kalau tertelan chewing gum, ia akan berada dalam perut bertahun-tahun lamanya. Jadi, kita perlu buat pembedahan untuk keluarkannya atau bagaimana?
Apa yang berlaku pada gula-gula getah yang ditelan?
Memanglah kita tidak boleh mencernakannya, tapi ini tidak bermakna yang ia akan kekal berada dalam perut. Setelah tubuh menyerap segala nutrien daripadachewing gum, getah resin yang tinggal akan dikumuh dan dikeluarkan seperti najis biasa.
American Chemical Society telah mengeluarkan video ini untuk menceritakan dengan lebih lanjut apa yang akan berlaku sekiranya anda tertelan gula-gula getah:
Adakah ini bermakna anda akan selamat sekiranya tertelan chewing gum? Ya dan tidak. Sekiranya anda tertelan seketul sahaja gula-gula getah, ia tidak akan memudaratkan. Anda tak akan mati kalau tertelan gula-gula getah.
Namun, sekiranya anda tertelan gula-gula getah dengan banyak, ia boleh menyekat saluran penghadaman, terutama sekali pada kanak-kanak. Keadaan ini boleh menyebabkan sembelit yang amat menyakitkan dan mungkin memerlukan bantuan doktor. Anda boleh baca sendiri kajian kes daripada senarai rujukan di bawah.
Apa-apa pun, berhati-hatilah. Kalau nak bagi sangat anak-anak kecil makanchewing gum, pastikan anda beri sebahagian kecil sahaja. Jangan biarkan mereka makan dalam kuantiti yang banyak.
Akhir kata, kalau makan chewing gum, janganlah buang merata-rata. Biadab, tahu tak?
|