Philadelphia: Saintis berjaya menghasilkan ‘rahim plastik’ yang boleh membantu bayi yang lahir tidak cukup bulan hidup di luar rahim. Ia sudahpun diuji dengan jayanya ke atas anak kambing dan dijangka boleh mula diuji ke atas bayi yang kritikal dalam masa tiga atau lima tahun akan datang. Saintis bertegas menyatakan, rahim buatan itu bukan bertujuan untuk menamatkan kehamilan, sebaliknya hanya untuk menyediakan suasana selamat bagi bayi yang lahir tidak cukup bulan.
Sistem beg bio itu - tidak seperti inkubator konvensional - direka untuk meniru keadaan di dalam rahim. Bayi berkenaan akan dikelilingi cecair sama dengan cecait amniotic. Ia juga akan membolehkan bayi itu bernafas melalui tali pusatnya, sama seperti yang berlaku ketika di dalam rahim ibunya. Dalam inkubator konvensional, bayi bernafas melalui peparu kecil dan yang belum sempurna, mendedahkan mereka kepada jangkitan peparu serta menyebabkan kematian, sesuatu yang cuba diatasi oleh sistem baru itu. Enam anak kambing yang dilahirkan tidak cukup bulan diuji sepanjang tiga tahun lalu. Setiap haiwan itu ditempatkan di dalam ‘rahim buatan’ selama sebulan.
|