View: 2225|Reply: 13
|
ILMU PERUBATAN MUDAH: Menjaga Kaki Diabates
[Copy link]
|
|
Kerana Diabetes Mellitus (DM) merosakkan saraf dan urat darah halus, maka kaki pesakit (pt) DM menjadi mudah rosak (lihat thread sebelum ini). Dengan ini, penjagaan kaki bagi pt DM adalah amat utama. Berikut adalah cara mudah.
1) Basuh kaki setiap hari, elakkan sabun yang kuat, elakkan mengeringkan kaki dengan gosokan tuala; sebaliknya, hanya lap secara ringan sahaja
2) Gunakan lotion untuk mengelakkan rekahan di kulit kaki (NB: jangan letak lotion dicelah celah jari kaki! Ini boleh melembabkan dan membawa kepada jangkitan fungus atau bacteria)
3) Gunakan cermin tangan untuk melihat keadaan kulit kaki di tumit, dan keseluruhan kaki, untuk detect rekahan, callus, luka-luka, calar-calar, ulcer dan lain lain kecederaan yang pt tak sedari
4) Jangan pecahkan blisters jika ada (sebaliknya letak bandage dan guna kasut yang lembut)
5) Sentiasa pakai kasut atau selipar, jangan sekali kali berkaki-ayam
6) Guna kasut yang lembut dan banyak space dan jangan sekali kali ketat
7) Guna socks yang cotton atau wool dan yang tidak ketat, dan tukar socks setiap hari
8) Keluarkan semua pasir atau batu dari selipar atau dalam kasut setiap hari sebelum memakai
9) Pergi jumpa podiatrist atau chiropodist untuk potong kuku jika tidak mampu buat sendiri; dan jumpa doctor jika ada ingrown toenail
10) Jika rasa kebas kebas, atau sakit macam terbakar, pt perlu memberitahu doctors kerana mungkin sudah dapat Diabetic Neuropathy
|
|
|
|
|
|
|
|
mak mertua sy ada kencing manis dan drh tinggi..kencing manis cucuk insulin...kaki dia suka cramp...ambil masa klu nak hilang cramp tu..wlp duk urut2 masa sakit..bila dh ok..boleh kena lg serangan cramp tu..kdg2..sampai 2 belah kaki sekali kena...
nak tanya doc...adakah cramp ni pn punca dr urat saraf yg rosak akibat dr kencing manis.?..klu dia rajin brjln ..bengkak 2 belah kaki.. |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks doc for the info. Bapa saya diabetic. Beberapa hari lepas dia mengadu bahagian bawah kaki dia kdg2 sakit macam kena sengat. Sementara tunggu appt doktor dia minggu depan saya google utk dapatkan dia supplement yg sesuai.
Betul tak maklumat yg saya dapat ni. Katanya bagus sebagai supplement utk DN:
1. Vit B12
2. Vit A,C,D, E
3. Vit2 B yg lain (B complex)
4. Alpha lipoic acid
5. Folic acid
6. Omega 3
7. Zinc
8. CoQ10
9. L-Arginine
10. ALCAR
Boleh tak doktor tolong cadangkan kombinasi yg sesuai
|
|
|
|
|
|
|
|
biasanya jika kaki bengkak selepas berjalan, itu adalah kerana mengumpulan air di situ kerana gravity; in kami panggil ''ankle oedema'' ('idima'). Jika kita tekan kat ankle 10 seconds, ada tertinggal bekas ibu jari, ye tak?
ini adalah kerena jantung yg dah lemah (heart failure).
cramps tu byk sebab dan antara sebab utama ialah dehydration (org DM kena elakkan dehydration), low potassium (kena cek U&E), diabetic neuropathy dan beberapa sebab lagi. Di sini kami treat dgn Quinine Sulphate 300mg.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ipes2 at 23-7-2017 05:04 PM
Sebenarnya makanan kita sudah seimbang dan cukup. kita dapati, sepanjang sejarah manusia yg kurun 19 dan 20 ni dimana makanan sudah elok dan banyak, tiada pun org guna supplement dengan meluas. Juga, dinegara barat, sangat jarang dan almost tak diguna org langsung, kerana mereka risau dengan kandungan kimia dlm supplements ini. Juga, kerana supplements rata rata dibuat utk dijual, maka syarikat pengeluar tidak kisah apa side effects dan how effective supplements ini, asalkan dapat duit.
Kerana effectiveness mereka amat lemah, maka pengeluar supplements akan gunakan advertisement yg berwarni warni dan advertise secara aggressive dan mengguna byk wang utk tujuan pemasaran nya, memenuhi websites disana sini. Juga mereka menggunakan testimony 20-30 org sahaja. Juga mereka guna agent utk menjualnya. Ini adalah kerana kurangnya efektif supplements itu.
Kita tidak dengar ubat antibiotic di war warkan oleh syarikat nya; kita tidak dgr pengeluar dexamethasone menggunakan agent dgn kertas kertas dan advertisement utk menjualnya. Vit B12 yg hospital beri, tidak ada pon iklan tentangnya dalam banner banner. Kerana ini semua adalah berkesan (dan terbaik, maka tak perlu iklan iklan lagi).
Org putih yg org kita suka sgt ikut, langsung tak guna supplements, amat elok kita ikut mereka dalam hal ini.
ANSWER: Semua yg awak list tu adalah samaada vitamins atau trace element atau material yg badan perlukan eg carnitine, CoQ10. Tetapi rata rata ianya terdapat dalam makanan harian dan tidaklah perlu diambil dari supplements, juga dibuat oleh badan eg CoQ10. Jadi, sy tidak rasa mak awak perlukan satu pun dari yg diatas. Makan lah sayur, ayam, daging, buahan, nasi secara seimbang.
Hmm, Vit B12 tu boleh lah you beri. Yg lain saya rasa hanya pembaziran, dan badan akan keluarkan melalui buah pinggnag atau enzymes badan tukar jadi benda lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum dr,
saya hendak bertanya?
suami saya berumur 48 tahun pernah melalui prosedur aniogram (entah betul ke x ejaan tu). ada darah tinggi dan kencing manis. sekarang nie saya tengok kedua-dua belah kakinya bengkak dan ada kudis iaitu warna merah. doktor ada cadangan x apa yang perlu saya buat maksud saya makanan atau supplement yang perlu saya bagi kepada suami saya.
beliau makan ubat-ubat dan insulin.
terima kasih doktor
|
|
|
|
|
|
|
|
waalaikumussalam d, ini hanyalah recommendation, tapi sy rasa sgt utama diabetic doctor dan vascular doctor have a look at kaki dia dan maybe measure ABI (ankle-brachial pressure index). DM can rosakkan artery kaki.. bukankah ianya telah rosakkan artery hubby? (tu yg kena buat Coronay Angiogram tu). Diagnose dulu, jgn tukar tukar to supplements ke apa dulu. make sure jika ada ulcer, that has to be treated.
elokkah penjagaan dm dia? dia jg betul betul ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Thanks doc
Ilmu yg sngt berguna
Ayh saya seorg pesakit kencing manis
Tp dia cpt sedar diri alhamdulillah
Lps dia bedal durian time musim durian taun 2010 dulu mmg terus kne sakit tu (sbb lain jgk dulu dia keja teksi limosin klia tu so bnyk minum redbull teh tarik)
So skang ni saya tngk ayh saya sngt2 jaga pemakanan dia... dulu cucuk insulin skang ni dah x nmpk dah cuma dia just mkn ubat je la... sbb dia kwl betul2 pemakanan dia... |
|
|
|
|
|
|
|
WG, ha bagus ayah you; i am sure he will do well.
kena byk disiplin sebenarnya org yg kene dm, kena byk sabar
tgk kuih best, rasa nak mkn byk byk tapi kena ingat boleh mkn satu je buat pelepas gian
nasi pon sama, kena sikit je mkn, dan top up perut dgn water
hopefully he will continue his discipline
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 23-7-2017 05:00 PM
Sebenarnya makanan kita sudah seimbang dan cukup. kita dapati, sepanjang sejarah manusia yg kurun ...
Assalamualaikum Dr....
Iya ke Dr omputeh tak amik supplement?..akk ingtkan jangkahayat omputeh pjg sbb dorang obses dgn supplements
@sebu1 ...thread ilmiah.jom lepak sini
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 31-7-2017 10:15 PM
Assalamualaikum Dr....
Iya ke Dr omputeh tak amik supplement?..akk ingtkan jangkahayat omputeh ...
Tq jemput aku jaza. Aku pun nak sembang ttg kesihatan ni. Sat cekodok aku nk hangit ni |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 31-7-2017 10:15 PM
Assalamualaikum Dr....
Iya ke Dr omputeh tak amik supplement?..akk ingtkan jangkahayat omputeh ...
Tq jemput aku jaza. Aku pun nak sembang ttg kesihatan ni. Sat cekodok aku nk hangit ni |
|
|
|
|
|
|
|
Depa sgt jarang amik supplements dan yg byk hanyalah org tua kerana amik vitamins etc (bila tua, bahagian dalam small intestine pun mula lusuh, lalu tak dapat lagi serap pelbagai nutrients dari makanan yg lalu didalamnya; depa pon nmpk kurus kedeking, immunity lemah etc). Depa jarang amik supplements kerana rata rata takut dgn bhn kimia nya. Sy prescribe penicillin je, terus tanya apa kesan dia pada liver sy, boleh tak sy amik 2 kali je bukan 3, apakah side effects jangka pendek, jangka panjang.. apa jadi kepada friendly bacteria yg duduk dalam perut sy sejak lahir lagi ni etc
Tentulah ada mereka pakai supplements, tetapi tidak semarak di Malaysia. Juga, pemantauan supplements ini sgt ketat di negara barat. Sepanjang sy tinggal di luar negara, jarang kita jupa leaflet ke, iklan ke, agent ke yg war warkan supplement ini itu. Companies yg ada pun sgt reputable eg Holland & Barretts etc. Di Malaysia byk sgt supplements yg dtg entah dari mana.. tidakkah kita risau tentang kandungan bahan kimianya? Sy sungguh pelik bila org kita sgt susah untuk pergi hospital atau makan ubat yg docs bagi..padahal dgn mudah mengambil supplements yg mana penjual supplements sendiri tidak tahu apakah gunanya, berkesannya, side-effectsnya supplements itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak Jazz, jika nak amik apa apa supplements, maybe yg paling baik ialah Cod Liver oil tu..beli yg original tapi..kng dapat minyak masak je. Also, multivits if Kak Jazz mkn tak seimbang. Sy mkn berterabur bila sempat je..so mmg kena amik multivits
|
|
|
|
|
|
|
| |
|