Sebuah filem mengenai dilemma dan cabaran di mana orang berjiwa kental sahaja boleh mengatasinya.
Adele, gadis remaja belasan tahun ditawarkan biasiswa menyambung cita-cita tarian balletnya di Russia. Sudah terpandang kejayaan dan kegemilangan yang dipupuk hasil kerja keras, dedikasi dan pengorbanan seluruh keluarga. Ibunya gembira, kawan-kawan mengkagumi dan dunia ballet tempatan mengharap. Kerja Tuhan tiada siapa yang tahu, Adele ditakdirkan menemui kemanisan hijab dan berikrar tidak mahu menanggalkannya tapi dia masih mahu berballet. Dapatkah dia menyatukan dua dunia ?