iye la kot dah tu berpangkalan kat sana. Before wakil negara, wakil Selangor jgk
Dua muka baharu yang dipertaruhkan membawa cabaran negara dalam acara renang di Sukan SEA kali ini ternyata tidak mengecewakan.
Malah mereka yang awalnya sekadar menyasarkan untuk memperbaiki catatan peribadi sebaliknya mendapat 'bonus' apabila turut menyumbang pingat buat kontinjen negara.
Daniel Lim Jin Luang, mencatat masa 2:15.77s mendapat pingat gangsa dalam 200m kuak dada lelaki, mengatasi catatan terbaik peribadi 2:18.00s.
Perenang yang berpangkalan di Scotland, berkata, beliau tidak menaruh harapan untuk meraih sebarang pingat dalam penyertaan sulungnya di Sukan SEA. "Saya terkejut, Saya mencatat 2:15.77s. Ini adalah penyertaan pertama saya dalam Sukan SEA dan saya tidak pernah berlumba dengan yang lain sebelum ini, "katanya.
|