Tuntutan Sabah, Antara Pajak, Penyerahan Wilayah dan Realiti Borneo Utara
Nukilan: Robotech
Tuntutan ke atas Sabah oleh Republik Filipina adalah berdasarkan kepada Perjanjian Pajak Overbeck & Dent 1878 dengan Sultan Jamalul Azam dari Kesultanan Sulu serta lanjutan Perjanjian 1903 antara Sultan Sulu yang baru iaitu Sultan Jamalul Kiram II dan Syarikat Borneo Utara British.
Namun begitu, seolah2 dikalangan sejarawan kita dan termasuklah senator2 kerajaan Filipina "menggelapkan" sisi sejarah dimana terdapat perjanjian / watikah penyerahan wilayah Borneo Utara antara Sultan Abdul Momin dari Kesultanan Brunei dengan Harvey Dent & Baron von Overbeck setahun lebih awal pada 1877 serta lanjutan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British. Kesultanan Brunei dari dulunya tidak pernah melayan tuntutan Kesultanan Sulu ke atas wilayah Borneo Utara. Malahan tiada dokumentasi watikah perjanjian penyerahan wilayah utara Brunei kepada Sulu, dan tuntutan Kesultanan Sulu hanya bergantung kepada lisan semata2 yang tiada pengesahan dari Kesultanan Brunei.
Maka sisi sejarah yang "digelapkan" dari sejarah rasmi Malaysia ini sepatutnya didedahkan kepada warga Malaysia secara umum bahawa Sabah, sebagaimana Sarawak, adalah bekas wilayah jajahan Kesultanan Brunei yang telah dipindahmilik kepada Dinasti Di-Rajah Puteh Brooke (Sarawak) dan Syarikat Borneo Utara British (Sabah). Kedua2 wilayah ni rasmi menjadi sebahagian dari Malaysia pada 16 September 1963.
Maka tuntutan Kesultanan Sulu yang diwarisi oleh Republik Filipina ke atas Sabah kekal sebagai tuntutan sahaja. Malah dari Perjanjian Pajak Overbeck & Dent 1878 terdapat frasa Sabah dipajak sehingga "Selagi ada Bulan dan Bintang", lebih kurang membawa makna selama2nya sehingga kiamat, Insya Allah.
Maka amatlah menyedihkan apabila ada beberapa waris kesultanan Sulu terutama allahyarham mantan Sultan Jamalul Kiram III dan adinda baginda Sultan Bantilan Esmael Kiram II gagal menerima kenyataan dan dimanipulasi "tangan gelap" senator2 Filipina sehingga mencetuskan pencerobohan militia diraja Sulu dan berakhir dengan episod pertempuran berdarah dengan anggota keselamatan Malaysia di Lahad Datu Sabah pada 2013.
Berikut adalah video (berserta sarikata BM) yang menerangkan isu tuntutan Sabah yang tidak bersifat bias dan tidak pro Sulu, malah menyingkap sejarah dari sudut pandang Kesultanan Brunei.