CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gerbera.memopad

(KBS) Go Back Couple - Jang Nara, Son Ho Jun

[Copy link]
Post time 20-11-2017 03:43 PM | Show all posts
alahai..mmg dah abis la cite ni ea..huhuhu...iols busy sesangat la x sempat tengok lagi cite ni...komen2 uols kat atas t u pun iols x  nak baca dulu..tunggu tgh malam karang la iols layan kat umah nampak gaya nya ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 05:56 PM | Show all posts
mimiekiut replied at 20-11-2017 03:43 PM
alahai..mmg dah abis la cite ni ea..huhuhu...iols busy sesangat la x sempat tengok lagi cite ni...ko ...

iols tabik ngn acting jang nara

sheolss mmg super talent la belakon dlm cite ni

bila dia jd umur 20 thn dia acting cute sgt yet tak lebih2 mcm budak2 n bila dia jd umur 38 pn still nmpk matang

scene dia nangis every episod mmg smpai sgt kesedihan dia nk ckp dlm diri dia..

moment dia melekat ngn mak dia ep 12 tu ya Allah sedih nye laaa

uols tgk ok

btw @wima uols patut tgk cite ni..best sgt2




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2017 08:42 AM | Show all posts
rei_fiesya replied at 20-11-2017 01:42 PM
apsal xde kt tv citer ni..blom tgk 1 ep pun..tgk ig jer

Aha, tak ada kat channel KBS astro tu to ada je online.

Tengok la, best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2017 08:50 AM | Show all posts
Thanks uols sebab meriahkan benang ni & tengok drama Jang Nara unnie   .
(konon2 iols presiden Cari Forum Jang Nara  Fanclub yach )

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2017 08:53 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 20-11-2017 01:26 PM
dh hbs tgk ep 11

ya ampunnn sedih gilaaa

Wah, happy anniversary uols. Semoga kekal bahagia sampai hujung nyawa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2017 08:56 AM | Show all posts
Anyway, lupa nak mention pasal Bo Reum. Tak sangka dia break off dgn Jae Wo pasal tak blh mengandung. Kalau citer ni panjang lg & elaborate sikit pasal ni, iols rasa couple ni confirm buat iols banjir hokey .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2017 09:26 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 20-11-2017 01:26 PM
dh hbs tgk ep 11

ya ampunnn sedih gilaaa

happy anniversary ida..semoga kekal bahagia till jannah..

iols masih ketinggalan keretapi ni..keje berlambak2 pulak kat opis ni..kat umah pun sama..huhu..tunggu dah tenang nanti iols baru nak layan..iols save the best for last la nampaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 10:36 AM | Show all posts
Baru start nengok citer ni......episode 2 baru habis semlm!! Yup! Mmg selow........malam ni sambung! Nice story line!!!  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2017 12:42 PM | Show all posts
ya Allah, iolss memang tak sangka langsung cerita ni 12 episode je. mungkin sebab rating tak tinggi jadi dia pendekkan dari 16 episode jadi 12 je. mcm drama Beautiful Mind. best kot drama ni, nampak mcm rushing plot utk 2 episode terakhir. apa jadi kat Dok Jae, Ballerina (sebab si Ban Do dah ubah dia kot siap boleh menari ballet pakai lagu hip hop) confirm berubah punya future diorg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2017 12:53 PM | Show all posts
Lorra2411 replied at 21-11-2017 12:42 PM
ya Allah, iolss memang tak sangka langsung cerita ni 12 episode je. mungkin sebab rating tak tinggi  ...

12 episode bkn sbb rating beb. Tp sebab drama ni variety drama & most variety drama mmg 12 episode je. Itu yg org kat soompi explain la.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 05:07 PM | Show all posts
gerbera.memopad replied at 21-11-2017 12:53 PM
12 episode bkn sbb rating beb. Tp sebab drama ni variety drama & most variety drama mmg 12 episode ...

yeke? sebab cerita ni macam habis mengejut. ingatkan panjang lagi. memang mengharap sangat drama ni tak habis lagi. rindu gila kat Ma Jin Joo dgn Choi Ban Do. Jung Nam Gil pun iolss rindu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Done tngok citer ni. Best sebab bnyk fokus pd kasih sayang ibu. 2 episod last tu sedeh giler. Bengkak mata iol tonton. Agak rushing endingnya tp bg iols ok je. Dari meleret leret. Plg best tngok ending bini doktor yg finally jumpa lelaki yg btol2 cintakan sheol. Smpat dia jeling ke ex bf/husband sheol tu. Iols harap juga kisah bo reum dgn bf dia lebih detail tp atleast tahu la jugak kisah break up diorang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 12:46 AM | Show all posts
12 episode jer drama nie.. baca review mcm best pasal drama2 iols semua akan habis minggu depan..mcm witch count dan because this my first life...iols tak ada list drama dah nk tgk..tgh cari drama2 best untuk ganti ..drama2 yg baru yg ganti semua mcm tak best er..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 03:03 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 23-11-2017 12:46 AM
12 episode jer drama nie.. baca review mcm best pasal drama2 iols semua akan habis minggu depan..mcm ...

mmg recommended la cite ni..

iols lom habis pun tengok 2 epi terakgir..memang saja je menahan diri sbb nak ajak hubby tgk sama2 cite ni..
and yeeeesssss...smlm lepas ajak dia tgk cite fight for my way yang ada tayang kat 8tv skang ni iols berjaya ajak dia sambung tengok cite ni pulak..
nmpknya dia pun suka sangat tengok cite ni..mission accomplished
seriously banyak manfaat yang boleh diambil orang pasangan suami isteri dalam cerita ni..

semalam weols tengok 2 episod sekaligus sampai jam 12.30 mlm gitu..mlm ni iols plan nak tgk lagi 2 epi..melampau kan sanggup layan kdrama sampai lewat mlm on weekdays..selalu weekend jah yg ada masa nak tgk episod back to back nih..hihihi..

masa tengok epi 1 buat kali kedua pun ttp buat airmata iols menitis..huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 12:44 PM | Show all posts
mimiekiut replied at 23-11-2017 03:03 PM
mmg recommended la cite ni..

iols lom habis pun tengok 2 epi terakgir..memang saja je menahan d ...

ok drama nie boleh masuk dlm list untuk ditengok..

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 02:45 AM | Show all posts
Edited by xyla73 at 18-12-2017 03:27 PM

Review Go Back Couple

1. Cerita (8/10)

Pada mulanya drama ini bukanlah termasuk dalam senarai drama untuk ditonton memandangkan ia menggunakan tema time travel yang terlalu banyak digunakan di dalam drama lain yang ditayangkan untuk tahun 2017. Tetapi setelah cuba menonton episod 1, ia membuatkan kita tertunggu-tunggu episod seterusnya. Tiada satu scene pun yang membosankan, segalanya diolah dengan baik.

Drama ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri, Choi Ban Do dan Ma Jin Joo yang telah berkahwin selama 14 tahun atas dasar cinta. Tetapi setelah dibebani dengan realiti alam perkahwinan dan salah faham, mereka mengambil keputusan untuk bercerai. Kecewa dengan perceraian tersebut, mereka mencampakkan cincin perkahwinan mereka dan seterusnya mereka dibawa ke tahun 1999 detik di mana mereka pertama kali bertemu semasa masih belajar di Hankook University.

Di sinilah elemen-elemen komedi diselitkan di mana kita melihat interaksi di antara Ban Do, Jin Joo, rakan-rakan dan ahli keluarga mereka. Antara kekuatan drama ini, ia sangat dekat di hati kerana menonjolkan realiti yang berlaku bukan sahaja mengenai alam perkahwinan tetapi hubungan antara ibu dan anak serta kasih sayang ibu bapa terhadap anak yang tidak bertepi.

Antara highlight drama ini adalah scene antara Jin Joo dan ibunya yang sentiasa mengundang air mata memandangkan in present life (tahun 2017), ibu Jin Joo telah meninggal dunia dan ini merupakan salah satu sebab kenapa hubungan Jin Joo dan Ban Do renggang. Banyak pengajaran yang dapat diperolehi, antaranya pentingnya komunikasi dan toleransi di dalam sebuah perkahwinan dan jangan sentiasa memandang keburukan pasangan sehingga kita lupa tentang kebaikan mereka.

Kelemahan cuma pada ending yang kelihatan agak rushing. Ada beberapa watak yang tidak dijelaskan pengakhirannya tetapi ia tidak mencacatkan keseluruhan jalan cerita.

Keseluruhannya, drama ini sangat-sangat recommended untuk pasangan yang telah dan akan berkahwin. Apa yang dialami oleh Ban Do – Jin Joo adalah lumrah bagi pasangan suami isteri. Selain daripada itu, drama ini juga membawa mesej kekeluargaan yang kuat contohnya sayangilah ibu bapa kita sementara mereka masih ada dan betapa pentingnya komunikasi di dalam sebuah perkahwinan.

Memorable Scene:
1. Scene Jin Joo mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya sebelum kembali ke tahun 2017. Antara dialog ibunya kepada Jin Joo, ‘Pulanglah ke tempat asalmu. Kamu boleh hidup tanpa saya tetapi tak boleh hidup tanpa anak’. Memang inilah yang dirasakan oleh setiap manusia yang bergelar ibu.

2. Kepala Dok Jae (kawan Ban Do) tersekat kat pintu pagar dari malam sampai ke pagi.

2. Keberkesanan Lakonan (8/10)
Boleh kata keseluruhan cast drama ini memberikan lakonan yang baik. Tiada seorang pun yang ‘kayu’ tetapi bagi saya yang terbaik adalah yang disebutkan di bawah.

Jang Nara
Jang Nara menunjukkan lakonan yang cemerlang sebagai Jin Joo dalam dua sisi berbeza. Versi tahun 2017, seorang suri rumah yang stress, unhappy dan low self esteem dan versi tahun 1999, iaitu Jin Joo yang berfikiran matang seperti usianya sekarang (38 tahun) tetapi memiliki tubuh seorang gadis yang berusia 20 tahun.
Calon untuk Best Actress Category.

Kim Mi Kyung
Membawakan watak ibu kepada Jin Joo, iaitu watak ibu yang agak outstanding bagi saya setakat ini untuk tahun 2017. Berfungsi sebagai teman akrab kepada suaminya dan juga sebagai ibu yang cuba memahami situasi yang dialami oleh anaknya, Jin Joo.
Calon Best Supporting Actress Category

3. Aspek Teknikal (8/10)
Sinematografi yang baik terutamanya dalam babak-babak tahun 1999. Pengarah berjaya menggambarkan latar belakang tahun 1999 (contohnya fesyen dan aliran muzik) dengan tepat. Penggunaan tona warna yang berlainan untuk membezakan tahun 1999 dan 2017. Ada vibe Reply series tetapi dalam skala yang lebih ringan.

4. Skor Muzik (4/5)
Nostalgik. Itu yang boleh dikatakan mengenai OST untuk drama ini. Kesemua OST mempunyai vibe lagu-lagu tahun 1990-2000an. Memberi impak yang kuat apabila dimainkan pada babak-babak sedih. Paling menyerlah adalah 2 OST berikut :
1)        Wind Song – Sohyang
2)        Dream – Lucia

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)
Semestinya akan menonton semula jika ada kelapangan.

TOTAL = 8+8+8+4+4 =32/4 = 8
Nomination: Jang Nara,Kim Mi Kyung

Claim credit @dauswq  @ismaha  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2018 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
baru tertengok cita ni..1st time xda syndrome 2nd lead...son ho jun mmg superb la ep 11...i miss my mother in law too same as you..  1001 makna cita ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.596439 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list