CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1904|Reply: 5

Meluruskan pencongan Pemahaman

[Copy link]
Post time 28-11-2017 07:44 AM | Show all posts |Read mode
Wasatiyyah Bukan Bermaksud Liberal – Dato’ Dr Asyraf Wajdi By Wartawan Menara - November 22, 2017

sumber pautan asal: https://www.menara.my/wasatiyyah ... to-dr-asyraf-wajdi/






Kuala Lumpur: Wasatiyyah bukan bermaksud liberal mahupun moderat tetapi bermakna kecemerlangan, keadilan dan keseimbangan, demikian menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Parlimen semalam ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera dari parti DAP, Zairil Khir Johari.


“Maksud wasatiyyah bukan bermaksud liberal. Maksud wasatiyyah bukan bermaksud moderate tanpa hala tuju. Tetapi maksud wasatiyyah yang dianjurkan ataupun disebut dalam al-Qur’an adalah kecemerlangan, keadilan dan juga keseimbangan,” jelas Dato’ Dr Asyraf Wajdi.




Pelaksanaan permohonan tauliah oleh penceramah dari dalam dan luar negara yang mahu menyampaikan ceramah berkaitan agama Islam tidak bertentangan dengan prinsip wasatiyyah, jelas beliau lagi.


Ini kerana konsep pemberian tauliah adalah bagi menjaga kestabilan dan keamanan masyarakat daripada sebarang unsur-unsur dan ajaran-ajaran yang menyeleweng, tambahnya lagi.


Dalam sesi Dewan Rakyat semalam, Zairil Khir Johari membangkitkan kebimbangan mengenai pelaksanaan undang-undang berkaitan pemberian tauliah mengajar agama Islam yang mungkin boleh disalah guna, susulan penahanan wartawan dan penulis dari Turki, Mustafa Akyol, dan disifatkan beliau sebagai bertentangan dengan prinsip wasatiyyah.


Kata Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, “Saya tidak nampak apa-apa bertentangan dengan prinsip wasatiyyah kerana jangan kita menggunakan prinsip wasatiyyah untuk kita menjustifikasikan tindakan-tindakan yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara kita.” Menurut Dato’ Dr Asyraf lagi, bagi memastikan konsep keadilan sentiasa berada dalam negara, maka rakyat dan kerajaan perlu memastikan keamanan dan kesejahteraan tidak diganggu-gugat.




“Salah satu peruntukan undang-undang yang diluluskan di dalam dewan yang mulia ini adalah untuk memastikan apa sahaja unsur-unsur dan ajaran-ajaran, ideologi-ideologi asing yang menyeleweng, yang boleh mengganggu-gugat struktur asas negara kita iaitu yang berpandukan kepada Islam, yang akidahnya Ahli Sunnah Wal Jamaah, prinsipnya wasatiyyah, maqasid syariah sebagai tunjang tidak diganggu-gugat. Sebab itulah kita telah sama-sama meluluskan undang-undang ini dan akta-akta ini.”


“Tauliah ini kita berikan kepada mereka yang cuba untuk mengajar apa sahaja berkaitan dengan agama Islam yang kita kena pastikan bahawa ia sentiasa terikat kepada kerangka Islam yang diamalkan dalam kerangka Malaysia supaya tidak boleh mencetuskan sebarang bentuk ketidaktenteraman dan boleh menjejaskan keharmonian negara,” tegas beliau lagi.


Polemik ini dicetuskan oleh pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan penahanan penceramah jemputan Islamic Renaissance Front (IRF) yang merupakan penulis dan wartawan dari Turki, Mustafa Akyol oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana menyampaikan syarahan agama tanpa sebarang tauliah.





Read more at: https://www.menara.my/wasatiyyah ... to-dr-asyraf-wajdi/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2017 07:44 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 07:53 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 28-11-2017 08:16 AM

Assalamualaikum,


semakin banyak wacana ilmu yg amat berguna yg dilakukan oleh agensi dan badan badan pemikir berfikrah Islam dan berpandnagan dunia ( world view ) islam dilakukan  kebelakangan ini untuk  menghuraikan kembali pencongan ( skewedness) pemikiran atau idea yang  dilaungkan oleh puak tertent u

seperti wasatiyyah  yg dicaveat atau diselindung untuk menghalalkan apa sahaja bentuk pemikiran yg bercanggah dengan worldview  ASWJ  tidak kurang juga  yg menggunakan rahmatan  lil alamin atau apa apa sahaja  atas  mahupun nama cultural diversity , menghalalkan apa sahaja untuk   tujuan ini. So ....

sebagai umat Islam  yg mengakui Allah sebagai  Rabb , Rasulllulah saw sebagai  rasul  dan islam sebagai addin ...saya mengingatkan diri saya dan juga berpesan  kena peka bebenda macam ini supaya kita dapat


a) memantapkan akidah
b) membaca  nukilan ilmu para ilmuwan yg mempunyai kerangka ilmu atau mempunyai satu benchmark body of knowledge yg bebetu terasuh dengan pemikiran Islam yg diiktiraf  dan mereka ada sahaja , cuma kena rajin mencari Ilmu dan membaca tulisan mereka sebab di sana ada  bentuk penilaian tuntas  dan ulasan beradsarkan ilmu yg jelas, diiktiraf dan dalam kerangka worldview ASWJ.

c) sebab cabaran  pertembungan pemikiran inilah mudah menggoyah  namun bagi yang berupaya menilai , ada terdapat pencongan  yg perlu dibetulkan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 07:59 AM | Show all posts
Artikel Fitnah, Profesor Universiti Malaya Dilapor Polis By Wartawan Menara - November 27, 201

Read more at: https://www.menara.my/artikel-fitnah-profesor-universiti-malaya-dilapor-polis/

Putrajaya: Satu laporan polis telah dibuat ke atas seorang pensyarah Universiti Malaya, akhbar The Star dan Sin Chew Daily baru-baru ini oleh Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM). Ia berikutan penerbitan sebuah artikel berbaur fitnah yang ditulis oleh Profesor Emiritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan diterbitkan di dalam akhbar The Star pada 23 November 2017, bertajuk ‘Religious radicalisme on the rise’.



Perkara tersebut dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM, Prof Datuk Mahamad Naser Disa dalam sebuah majlis di Putrajaya, baru-baru ini. “Artikel yang ditulis oleh Profesor Emeritus Shad Saleem Faruqi yang disiarkan oleh The Star itu adalah hate discourse bertujuan untuk membangkitkan kebencian di kalangan rakyat Malaysia kepada IKSIM. Mereka sedar bahawa IKSIM memperjuangkan kedaulatan Islam, lalu IKSIM difitnah dengan mengatakan bahawa IKSIM anti kepada ‘cultural diversity’. Sedangkan apa yang kita keluarkan dalam risalah kita, risalah AGENDA DIAN yang kita edarkan, menyebut Liberalisme, Sekularisme dan Pluralisme.”

Ketiga-tiga elemen tersebut menghakis akidah Islam dan harus ditentang oleh umat Islam, khasnya pluralisme agama yang mengiktiraf semua agama sebagai menuju kepada Tuhan yang satu. “Pluralisme ini menghakis akidah Islam, kerana Pluralisme mengiktiraf kesamarataan semua agama. Semua agama adalah betul. Semua agama menuju kepada Tuhan yang satu. Ini adalah bercanggah dengan akidah Islam. Jadi ini tidak sama dengan ‘cultural diversity’. IKSIM tidak terlalu dangkal mahu menolak kepelbagaian masyarakat yang sedia ada yang telah berakar umbi.” Beliau menyatakan bahawa tajuk artikel terbitan The Star seolah-olah menggambarkan IKSIM mempromosi ‘radikalisme’ dan turut merujuk IKSIM sebagai sebuah badan yang menentang ‘cultural diversity‘ (kepelbagaian budaya).


“Cultural Diversity telah pun entrenched dalam masyarakat kita sejak sebelum Merdeka lagi, kita ada orang Cina, orang India, orang Melayu, orang Jawa dan di kalangan orang Islam sendiri pun kita ada pelbagai cultural diversity.


Kita ada Kuda Kepang, kita ada Mak Yong. Kita ada macam-macam cultural diversity. Takkanlah IKSIM terlalu dangkal kita nak anti dengan perkara ini. Pluralisme agama yang perlu diawasi oleh orang Islam.” Menurut Dato’ Prof Mahamad Naser, pihak IKSIM telah membuat laporan polis ke atas penulis artikel tersebut dan turut menamakan akhbar The Star dan Sin Chew Daily sebagai pihak yang bertanggungjawab dengan penerbitan berbaur fitnah tersebut. “Kita akan bagi surat menuntut The Star, menuntut Profesor Shad Saleem Faruqi dan juga menuntut Sin Chew Daily News, yang menterjemahkan secara fitnah sesetengah kita rasa tujuan untuk mencetuskan kebencian dan hatred kepada IKSIM yang memperjuangkan kedaulatan Islam. Kita memperjuangkan kedaulatan Islam ini pun berteraskan kepada kerangka Perlembagaan Persekutuan.”

Read more at: https://www.menara.my/artikel-fitnah-profesor-universiti-malaya-dilapor-polis/




CulturaL diversitty dalam Islam telah wujud sejak  dari turunnya ayat pertama sehinggalah peradaban islam muncul ....apakah itu bukan menandakan toleransi dan akhlak Islam yg bebetul baik?

i mean dakwaan dan munculnya frasa cultural diversity pula sebagai asas fitnah , adalah amat tidak berasas. Apa yg pentingnya  di sini sama ada pihak tertentu menghormati dan beradab dalam MEMAHAMI WORLDVIEW ISLAM ASWJ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 08:02 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 28-11-2017 01:20 PM

i guess wacana berkenaan worldview dan konsepnya perlu dibanyakkan lagi watered down sampai difahami sebab melaluinya kita dapat  memahami apa ygberlaku , bagaimana puak sana berfikir dan apa yg pencong.  Penilaian boleh dilakukan sekiranya ada asas kukuh dalam memahami konsep WORLDVIEW  ( dlm Islam  ini )  dan seseorang akan mempunyai hujah yg jelas dalam meletakkan wajaran di mana labelan perlu berlaku , apa makna labellan / defining process dalam konteks tertentu, apa BENTUK ADAB dalam meletakkan figura atau  individu dan kelompok individu penting dalam sesuatu agama  itu dalam memahami  masyarakat , apa asas  ilmu yg mereka ada dan menghormati sudut pandang islam dalam kerangka ASWJ. I think worldview is essential concept to apply in this matter. Again , sekali lagi peradaban Islam yg bertembung dengan budaya dalam cakupan eranya menujukkan kepentingan memahami konsep ' worldview  ini'.

Kita tak akan terpengaruh akan kekeliruan konsep cultural diversity and benda yg menjadi asas isu yg dipolemikkan dalam konteks membicarakan doktrin atau ' isme'.
wacana pemahaman konsep rahmatan lil alamin dan pencongan pemikiran akan konsep ini seperti yg dihuraikan oleh pemikir berfikrah Islam


https://www.youtube.com/watch?v=CbRimklR_Yw

sesi soal jawab yg menarik apa yg beza



https://www.youtube.com/watch?v=b4o5EZ0jahY
dalam pautan ini , ada persoalan ditanya tentang apa perlunya sekatan  etc, dan jawapan balas yg diutarakan itu menarik dalam analogi, dan tujuannya adalah untuk menjaga maqasid syariah itu atas apa /. dasar kasih dan sayang sesama saudara sesyahadah...so ...antara haq dan batil ...


apabila memahami wacana di atas  orang islam yg mempunyai adab akan tahu meletakkan satu frasa atau term yg jelas itu pada tempatnya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 08:12 AM | Show all posts
Tauliah ajar agama tak bercanggah prinsip wasatiyyah

http://www.yadim.com.my/v2/?p=31213







KUALA LUMPUR: Peraturan berkaitan keperluan untuk seseorang individu mendapatkan tauliah mengajar agama Islam daripada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) tidak bercanggah dengan prinsip wasatiyyah.
Malah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, peraturan itu dibuat bagi memastikan tiada sebarang anasir dan unsur luar yang boleh mengganggu gugat kedaulatan dan kestabilan masyarakat, terutama berkait fahaman yang menyeleweng.
“Saya tidak nampak apa-apa yang bertentangan dengan prinsip wasatiyyah apabila kita cuba menjustifikasikan tindakan yang boleh mengganggu gugat kestabilan negara kita.
“Wasatiyyah bukan bermaksud liberal dan kesederhanaan tanpa hala tujuan. Tetapi yang disebut dalam al-Quran, wasatiyah adalah kecemerlangan, keadilan dan keseimbangaan,” katanya menjawab soalan tambahan Zairil Khir Johari (DAP-Bukit Bendera) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Zairil membangkitkan kebimbangan mengenai pelaksanaan undang-undang berkaitan pemberian tauliah mengajar agama Islam yang mungkin boleh disalah guna, susulan penanahan wartawan dan penulis Turki, Mustafa Akyol, dan disifatkan beliau sebagai bertentangan dengan prinsip wasatiyyah.
Beliau juga menyatakan, tiada keperluan juga untuk meminda atau memansuhkan sebarang peraturan undang-undang berkaitan keperluan seseorang individu untuk memohon tauliah mengajar agama Islam daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Asyraf berkata, semua pihak tidak seharusnya berasa kesal dengan peruntukan undang-undang seperti itu, sebaliknya wajib meletakkan asas kestabilan negara sebagai objektif utama.
“Kalau kita mahu memastikan keadilan sentiasa berada dalam negara, kita mesti memastikan keamanan dan kesejahteraan.
“Salah satu peruntukan undang-undang diluluskan Dewan Rakyat ini juga untuk memastikan apa saja unsur dan ajaran ideologi asing yang menyeleweng dan boleh mengganggu gugat struktur asas negara yang berteraskan Islam dan akidah ahli sunah, meletak prinsip wasatiyyah serta Maqasid Syariah sebagai tunjang tidak tidak diganggu gugat,” katanya.
Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pemberian tauliah mengajar agama Islam yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) adalah mengambil kira perkara itu.
Mustafa, pada September lalu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) namun dibebaskan semula selepas JAWI berpuas hati dengan penjelasan diberi.
JAWI ketika ini juga menyediakan perkhidmatan permohonan tauliah mengajar menerusi dalam talian atau e-tauliah, bagi memudahkan urusan pemohon.- www.bharian.com.my



Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.051350 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list