View: 26502|Reply: 4
|
Al-'Adad Wal Ma'dud (Nombor dan Bilangan) Dalam Bahasa Arab
[Copy link]
|
|
Edited by KitabTurath at 29-11-2017 08:40 AM
Bismillahirrahmaanirrahim
Assalaamu'alaikum.
BAB MENGHITUNG NOMBOR
Dalam bahasa Arab untuk menghitung nombor dan bilangan terdapat beberapa kelompok yang berbeza dari segi ciri2 'ADAD dan MA'DUDnya. 'Adad ialah nombor dan ma'dud ialah objek yang dihitung. Contoh;
1. Saya membeli 20 batang pen - اِشْتَرَيْتُ عِشْرِيْنَ قَلَمًا
- kalimah 'isyriina عِشْرِيْنَ (20) adalah 'adad (nombor/bilangan)
- kalimah qalaman (قَلَمًا) adalah ma'dud (objek yang dibilangkan)2. Saya mempunyai 3 buah buku. - عِنْدِيْ ثَلَاثَةُ كُتُبٍ
- kalimah ثَلَاثَةُ adalah 'adad dan kalimah كُتُبٍ adalah ma'dudnya.
KELOMPOK NOMBOR (مجموعة من العدد)
Setiap kelompok (group) mempunyai hukum/kaedah yang berbeza
1. Kelompok no. 1 dan 2
2. Kelompok no. 3 - 10
3. Kelompok no. 11 dan 12
4. Kelompok no. 13 - 19
5. Kelompok no. 20,30 - 80, 90
6. Kelompok no. 21 dan 22, 31 dan 32 ... 91 dan 92
7. Kelompok 23-29, 33-39 ... 93-99
8. Kelompok 100 dan 1000
KELOMPOK 1 - ('Adad Mufrad - 'Athof dan Ma'thuf)
- iaitu kelompok bilangan 1 dan 2. (وَاحِدٌ إِثْنَانِ)
Hukum 'adad dan ma'dud untuk bilangan 1 dan 2 ialah;
1. 'Adad dan ma'dud adalah sama jenisnya.
- Jika ma'dudnya muzakkar maka 'adadnya pun muzakkar
- Jika ma'dudnya muannath maka 'adadnya pun muannath juga.
2. Kedudukan Ma'dud terletak dihadapan manakala 'adadnya terletak selepas ma'dud.
3. Keadaan i'rab 'adad dan ma'dud juga berubah ()
Contoh Nombor 1: (وَاحِدٌ)
1. Di dalam beg saya terdapat 1 buah buku dan 1 buah buku tulis
- Dalam keadaan marfu', فِي الْحَقِيْبَةِ كِتَابٌ وَاحِدٌ وَكُرَّاسَةٌ وَاحِدَةٌ
كِتَابٌ وَاحِدٌ kedua2nya muzakkar dan كُرَّاسَةٌ وَاحِدَةٌ kedua2nya muannath.
2. مَرَرْتُ بِطَالِبٍ وَاحِدٍ و بِطَالِبَةٍ وَاحِدَةٍ
Dalam keadaan majrur 'adad dan ma'dud juga berubah menjadi majrur
Contoh Nombor 2: (إِثْنَانِ)
1. Di dalam beg saya terdapat 2 buah buku dan 2 buah buku tulis
- Dalam keadaan marfu', فِي الْحَقِيْبَةِ كِتَابَانِ اثْنَانِ وَكُرَّسَتَانِ اثْنَانِتانِ
2. saya membeli 2 buku dan 2 buku tulis dari 2 pedagang'
- Dalam keadaan mansub atau majrur,
- (اِسْتَرَيْتُ كِتَابَيْنِ اثْنَيْنِ و كُرَّاسَتَيْنِ اثْنَتَيْنِ مِنْ تَاجِرَيْنِ اثْنَيْنِ)
KELOMPOK 2 - ('Adad Mufrad - Mudhof Mudhofun Ilaihi)
- iaitu kelompok bilangan 3 dan 10.
Hukum 'adad dan ma'dud untuk bilangan 3 hingga 10 ialah;
1. Kedudukan 'adad dihadapan dan ma'dud dibelakang.
2. Ma'dudnya selalu jama' dan khofad kerana mudhofun ilaihi
3. Jenis 'Adadnya adalah kebalikan dari ma'dudnya
4. Keadaan i'rab 'adad dan ma'dudnya juga berubah.
Contoh ayat:
1. Di dalam kelas ada 3 orang siswa dan 3 orang siswi
- dalam keadaan marfu';
فِي الْفَصْلِ ثَلَاثَةُ طُلَّابٍ وَ ثَلَاثُ طَالِبَاتٍ
2. Di dalam kelas ada 4 orang siswa dan 4 orang siswi
- dalam keadaan marfu';
فِي الْفَصْلِ أَرْبَعَةُ طُلَّابٍ وَ أَرْبَعُ طَالِبَاتٍ
3. Di dalam kelas ada 5 orang siswa dan 5 orang siswi
- dalam keadaan marfu';
فِي الْفَصْلِ خَمْسَةُ طُلَّابٍ وَ خَمْسُ طَالِبَاتٍ
4. Di dalam kelas ada 6 orang siswa dan 6 orang siswi
- dalam keadaan marfu';
فِي الْفَصْلِ سِتَّةُ طُلَّابٍ وَ سِتُّ طَالِبَاتٍ
5. Di dalam kelas ada 7 orang siswa dan 7 orang siswi
- dalam keadaan marfu';
فِي الْفَصْلِ سَبْعَةُ طُلَّابٍ وَ سَبْعُ طَالِبَاتٍ
6. Di dalam kelas ada 8 orang siswa dan 8 orang siswi
- dalam keadaan marfu';
فِي الْفَصْلِ ثَمَانِيَةُ طُلَّابٍ وَ ثَمَانِيَ طَالِبَاتٍ
7. Di dalam kelas ada 9 orang siswa dan 9 orang siswi
- dalam keadaan marfu';
فِي الْفَصْلِ تِسْعَةُ طُلَّابٍ وَ تِسْعُ طَالِبَاتٍ
8. Di dalam kelas ada 10 orang siswa dan 10 orang siswi
- dalam keadaan marfu';
فِي الْفَصْلِ عَشَرَةُ طُلَّابٍ وَ عَشْرُ طَالِبَاتٍ
KELOMPOK 3 - ('Adad Murakkab)
- iaitu kelompok bilangan 11 dan 12
Hukum kelompok ini ialah;
1. Jenis 'adad dan ma'dudnya adalah sama jenis.
2. Ma'dudnya adalah mufrad dan nashab
3. Untuk bilangan 11 ia adalah mabni fathah
4. Untuk bilangan 12 ia adalah mu'rab sehingga ketika nashab dan khafad ia menggunakan ya.
Contoh:
Ketika marfu';
1a. 11 orang siswa telah kembali
رَجَعَ أَحَدَ عَشَرَ طَالِبًا
1b. 11 orang siswi telah kembali
رَجَعَتْ إِحْدَى عَشْرَةَ طَالِبَةً
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KitabTurath at 30-11-2017 08:48 AM
Bagaimana menghitung kumpulan 1 (no.1 dan 2) (Ulangkaji)
Kaedah;
1. Posisi - 'Adad berada selepas ma'dud
2. Jenis - 'Adad adalah selaras dengan ma'dud
3. I'rab - 'Adad dan ma'dud adalah mu'rab
4. Bilangan - 'Adad mengikut ma'dud
Contoh marfu';
1. Telah datang seorang siswa
جَاءَ طَالِبٌ وَاحِدٌ
2. Telah datang seorang siswi
جَائَتْ طَالِبَةٌ وَاحِدَةٌ
3. Telah datang 2 orang siswa.
جَاءَ طَالِبَانِ اثْنَانِ
4. Telah datang 2 orang siswi.
جَائَتْ طَالِبَتَانِ اثْنَتَانِ
xxx
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KitabTurath at 30-11-2017 10:07 AM
Bagaimana menghitung kumpulan 2 (no.3 -10) (Ulangkaji)
KAEDAH;
1. Jenis 'adad adalah kebalikan dari jenis ma'dud
2. Posisi 'adad adalah dihadapan
3. Ma'dud adalah jama'
4. 'Adad bersifat mudhof dan ma'dud adalah mudhof ilaihi.
Contoh keadaan marfu'
1. Didalam beg ada 3 buah kitab dan 3 buah buku tulis
فِي الْحَقِيْبَةِ ثَلَاثَةُ كُتُبٍ وَ ثَلَاثُ كُرَّاسَاتٍ
Contoh keadaan mansub
1. Saya hendak 5 riyal
أُرِيْدُ خَمْسَةَ رِيَالَاتٍ
Contoh keadaan majrur
1. Pen ini berharga 5 riyal
هذا القَلَمُ بِخَمْسَةِ رِيَالَاتٍ
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KitabTurath at 1-12-2017 12:46 PM
C. Bagaimana Menghitung Kumpulan 3 (no.11 dan no.12)
.
(أَحَدَ عَشَرَ و اِثْنَا عَشَرَ)
Kaedah;
1. Kedua bahagian ‘adadnya sesuai denganjenis ma’dudnya,
2. Posisi 'adadnya berada di hadapan ma'dud.
3. Ma'dud dalam bentuk mufrad dan nasab.
.
Contoh ketika marfu';
1. 11 orang siswa - أَحَدَ عَشَرَ طَالِبًا
2. 11 orang siswi - إحْدَى عَشْرَةَ طَالِبَةً
3. 12 orang siswa - اِثْنَا عَشَرَ طَالِبًا
4. 12 orang siswi - اِثْنَتَا عَشْرَةَ طَالِبَةً
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KitabTurath at 6-12-2017 01:36 PM
H. Bilangan 100 (مِائَةٌ)
KAEDAH
1. Ma'dud setelah مِائَةٌ selalunya mufrad dan khafad
2. Lafaz مِائَةٌ adalah satu bentuk samada ma'dudnya muzakkar atau muannath.
3. Lafaz مِائَةُ adalah mu'rab
4. Hubungan antara مِائَةٌ dengan ma'dud adalah hubungan mudhaf dan mudhaf ilaihi
Contoh;
مِائَةُ طَالِبٍ ومِائَةُ طَالِبَةٍ
- 100 pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan.
200 - مِائَتَا طَالِبٍ ومِائَتَا طَالِبَةٍ
300 - ثَلَاثُمَائَةِ طَالِبٍ وثَلَاثُمَائَةِ طَالِبَةٍ
400 - أَرْبَعُمِائَةِ طَالِبٍ وأَرْبَعُمِائَةِ طَالِبَةٍ
500 - خَمْسُمِائَةِ طَالِبٍ وَخَمْسُمِائَةِ طَالِبَةٍ
600 - سِتُّمِائَةِ طَالِبٍ وَسِتُّمِائَةِ طَالِبَةٍ
700 - سَبْعُمِائَةِ طَالِبٍ وَسَبْعُمِائَةِ طَالِبَةٍ
800 - ثَمَانِمِائَةِ طَالِبٍ وَثَمَانِمِائَةِ طَالِبَةٍ
900 - تِسْعُمِائَةِ طَالِبٍ وَتِسْعُمِائَةِ طَالِبَةٍ
Contoh Dalam Al-Quran;
1. وَلَبِثُوا فِي كَهْفِهِمْ ثَلَاثَ مِائَةٍ سِنِينَ وَازْدَادُوا تِسْعًا
"Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun (dengan kiraan Ahli Kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)."
Terjemah ke dalam Bahasa Arab;
1. 235 orang siswi telah datang.
جَائَتْ 235 طَالِبَةٍ
= جَائَتْ مِائَتَانِ وَخَمْسٌ وَثَلَاثُوْنَ طَالِبَةٍ
I. Bilangan 1000 (أَلْفٌ)
KAEDAH
1. Ma'dud setelah أَلْفٌ selalunya mufrad dan khafad
2. Lafaz أَلْفٌadalah satu bentuk samada ma'dudnya muzakkar atau muannath.
3. Lafaz أَلْفٌ adalah mu'rab
4. Hubungan antara أَلْفٌdengan ma'dud adalah hubungan mudhaf dan mudhaf ilaihi
CONTOH;
- 1000 pelajar lelaki dan 1000 pelajar perempuan
أَلْفٌ طَالِبٍ وَأَلْفُ طَالِبَةٍ
- 2000 pelajar lelaki dan 2000 pelajar perempuan
ألفَاطَالِبٍ وَأَلْفَاطَالِبَةٍ
- 3000 pelajar lelaki dan 3000 pelajar perempuan
ثَلَاثَةُ آلَافِ طَالِبٍ وثَلَاثَةُ آلَافِ طَالِبَةٍ
- 4000 pelajar lelaki dan 4000 pelajar perempuan
أَرْبَعَةُ آلَافِ طَالِبٍ وأَرْبَعَةُ آلَافِ طَالِبَةٍ
- 5000 pelajar lelaki dan 5000 pelajar perempuan
خَمْسَةُ آلَافِ طَالِبٍ خَمْسَةُ آلَافِ طَالِبَةٍ
- 6000 pelajar lelaki dan 6000 pelajar perempuan
سِتَّةُ آلَافِ طَالِبٍ وَسِتَّةُ آلَافِ طَالِبَةٍ
- 7000 pelajar lelaki dan 7000 pelajar perempuan
سَبْعَةُ آلَافِ طَالِبٍ وَسَبْعَةُ آلَافِ طَالِبَةٍ
- 8000 pelajar lelaki dan 8000 pelajar perempuan
ثَمَانِيَةُ آلَافِ طَالِبٍ وَثَمَانِيَةُ آلَافِ طَالِبَةٍ
- 9000 pelajar lelaki dan 9000 pelajar perempuan
تِسْعَةُ آلَافِ طَالِبٍ وَتِسْعَةُ آلَافِ طَالِبَةٍ
- 10000 pelajar lelaki dan 10000 pelajar perempuan
عَشَرَةُ آلَافِ طَالِبٍ وَعَشَرَةُ آلَافِ طَالِبَةٍ
|
|
|
|
|
|
|
| |
|