View: 3600|Reply: 1
|
Janji Yg Tak Mampu Aku Kotakan
[Copy link]
|
|
kamu datang
menyandar harapan di bahuku
aku tegakkan janjiku padamu
sedangkan aku sendiri rebah menampung bebanan rasa jiwaku
lalu semilir pagi lembut
menjadi beliung ganas meragut
sayang..
saat kamu berlalu
aku mengutip serpihan janji harapan
yang tak mampu aku tegakkan
dan
ke mana sahaja kakimu melangkah
biarlah memijak laluan indah
biarlah hala yang menuju jannah
'
'
Maafkan aku
kerana tidak mampu mengotakan janji itu..
#IMUJ |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
maafkan aku teman
hadir ku tanpa kau undang
pergiku tanpa kau sedar
melihatmu dari kejauhan
memadai untukku
mengukir senyum bahagia
menitip doa buat seorang teman
moga masih ada sisa-sisa waktu
mengutip rindu berserakan
untuk ku rangkaikan sebuah memori
biar pun hanya aku yang mengerti
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|