View: 1798|Reply: 12
|
Sorotan Isu sepanjang 2017 berkenaan undang undang syariah , sivil dan institusi
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 31-12-2017 02:35 PM
Assalamualaikum semua
rasanya di penghujung 2017 ini, elok benar bagi kita atau kalangan yg cakna isu isu serious yg mendasari agama Islam sebagai agama persekutuan membaca sejenak akan sorotan beberapa peristiwa atau isu penting yg berlaku sepanjang tempoh ini.
Saidina Ali Karamallahu Wajhah pernah juga berkata tentang impak perihal kebatilan yg .... terhadap ...
so , saya paparkan nukilan presiden Peguam Muslim Malaysia untuk renungan dan muhasabah bersama sebagai umat Islam .
CABARAN, DUGAAN INSTITUSI ISLAM
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
http://www.utusan.com.my/rencana ... tusi-islam-1.580720
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 31-12-2017 02:26 PM
RENCANA kali ini adalah yang terakhir saya tulis untuk ruangan ini bagi 2017. Sudah pasti kenangan sepanjang tahun ini masih segar dalam ingatan. Rasanya masa berlalu sangat pantas yang tinggal sama ada kita berjaya mengisinya dengan baik atau sebaliknya. Mustahil masa yang berlalu dapat dikembalikan. Kita hanya dapat merenung kembali apa yang telah berlaku sebagai sejarah.
Sejarah mengajar agar lebih bertamadun dan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang mendatang. Terdapat banyak perkara berlaku sepanjang tahun ini yang memberi kesan kepada masyarakat. Dari aspek perundangan, seperti tahun–tahun sebelumnya, 2017 menyaksikan beberapa perkara melibatkan perbincangan hebat kedudukan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah.
Peruntukan Perlembagaan Persekutuan terutama melibatkan Perkara 121 (1A) masih hangat dibahaskan. Beberapa kes yang berlaku menyentuh isu ini sehingga membawa kepada perbincangan sama ada Malaysia negara Islam atau tidak. Landskap politik yang berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya turut mewarnai dan memberi kesan kepada perundangan negara apatah lagi kita bakal menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/cabaran-dugaan-institusi-islam-1.580720#ixzz52oisnHO3
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
TERUS DIPERSOALKAN
1. Peruntukan undang-undang yang memberi kelebihan kepada agama Islam dan orang Melayu masih dipersoalkan walaupun ia termaktub dengan tuntas dalam Perlembagaan Persekutuan. Dokumen tolak ansur antara kaum itu pula sering dilupakan sejarahnya apabila sesuatu kaum menuntut bagi pihak kaumnya.
Digambarkan di negara ini seolah-olah kaum minoriti ditindas walaupun hakikatnya kaum Cina dan India mendapat banyak kelebihan berbanding kaum minoriti di negara lain.
2. Isu melibatkan Seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 masih menjadi tajuk penting dalam perbahasan semasa.
Peruntukan menyebut bahawa apabila satu pihak kepada sesuatu perkahwinan memeluk Islam, pihak satu lagi yang tidak memeluk Islam boleh memfailkan petisyen untuk perceraian dengan syarat ia tidak boleh difailkan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pihak yang memeluk Islam - telah dimansuhkan dengan memberi hak kepada yang Islam dan tidak Islam.
Walaupun lega dengan pendirian Kerajaan mengeluarkan peruntukan pengekalan agama asal anak namun terdapat beberapa kepincangan yang masih perlu diperbaiki dalam pindaan peruntukan tersebut.
3. Persoalan murtad telah dituntaskan berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Namun masih terdapat segelintir enggan menerima hakikat kewujudan Mahkamah Syariah dan bidang kuasanya.
Sesetengah golongan cuba mengaburi bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan mencampurkan bidang-bidang lain yang bukan terletak di bawah bidang kuasa mahkamah berkenaan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/cabaran-dugaan-institusi-islam-1.580720#ixzz52ojCaDY4
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
4. Pernikahan bawah umur juga dijadikan polemik pada tahun ini walaupun Islam membenarkan seorang yang mencapai umur baligh bernikah.
Perspektif daripada lensa dan norma hidup Barat yang menghadkan pernikahan setelah mencapai umur 18 tahun dipegang erat oleh sesetengah golongan walaupun agama membenarkannya.
5. Ketuanan Melayu, hak istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak juga tidak terlepas daripada menjadi kritikan sesetengah pihak. Begitu juga kedudukan Raja-Raja Melayu juga adakalanya dicabar.
Politik pula seringkali mendapat tempat teratas semasa perbualan harian masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu. Benih-benih kebencian antara orang Melayu yang berbeza fahaman politik juga terzahir dalam kalangan sesetengah orang Melayu.
6. Kemunculan Kumpulan G25 yang dikatakan kumpulan Melayu berwibawa di penghujung tahun 2014 sehingga kini dengan hujahan mereka yang berpaksikan hak asasi manusia dari lensa konvensyen antarabangsa perlu ditangani dengan penuh hikmah.
Perlu diperbanyakkan dialog dengan mereka dan golongan yang berfikiran seperti mereka.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/cabaran-dugaan-institusi-islam-1.580720#ixzz52ojweujg
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
7. Pelbagai institusi agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam, Mufti dan banyak lagi masih menjadi sasaran cemuhan dan kritikan ramai walaupun seringkali apa yang ditimbulkan tersasar daripada kebenaran.
Seolah-olah suatu strategi ampuh digarap bagi melemahkan institusi-institusi ini.
Kita akur memang terdapat kelemahan dalam institusi-institusi ini yang sebahagian besarnya disebabkan kekangan sumber manusia, peruntukan dan bantuan.
Seharusnya strategi yang digarap ialah membantu institusi ini berfungsi sepenuhnya bukan memansuhkannya. 8. Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya di dalam kes ‘Bin Abdullah’ mendominasi perbahasan hangat di media sosial kerana ada sesetengah agamawan yang bersetuju dengan keputusan tersebut atas alasan tidak mahu menzalimi anak yang tidak berdosa.
Kekhuatiran masyarakat umum adalah ia akan memusnahkan struktur institusi kekeluargaan Islam dan nasab. Insya-Allah Mahkamah Persekutuan bakal membuat keputusan mengenai kes ini pada 2018.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/cabaran-dugaan-institusi-islam-1.580720#ixzz52okciPij
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 31-12-2017 02:34 PM
KEPERLUAN BERMUHASABAH
Kita wajar menoleh ke belakang melihat kesilapan yang berlaku dan mencari jalan serta membuat perancangan demi kebaikan tahun mendatang. Berpindah ke tahun baharu sebenarnya membawa tanggungjawab yang lebih besar. Kita semua ingin melihat negara berjaya mencapai status negara maju dengan nilai-nilai murni yang dipertahankan.
Semoga 2018 membuka lembaran lebih baik dan membawa kebaikan untuk semua khususnya bagi perundangan Islam. Perpaduan umat Islam yang sangat rapuh ketika ini perlu dipereratkan agar menjadi pemangkin kepada kemajuan umat.
Terlalu banyak perkara yang menanti kita pada 2018. Sekiranya masih tidak mengadakan anjakan paradigma sudah pasti 2018 juga bakal meninggalkan kita tanpa sebarang pencapaian yang boleh dibanggakan.
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua pembaca Utusan Malaysia khususnya ruangan Tinta PPMM ini. Semoga nukilan ruangan ini dua minggu sekali dapat terus dimanfaatkan. PPMM juga mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana sepanjang 2017 kerjasama mantap ini dapat dilakukan. Diharapkan kerjasama erat ini akan dapat diteruskan pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/cabaran-dugaan-institusi-islam-1.580720#ixzz52olFAt8V
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 31-12-2017 09:58 PM
PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN ISLAM
Mahamad Naser Disa
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/perlembagaan-dan-kedaulatan-islam-1.582025
Kebenaran, sebagaimana jelas dalam firman Allah SWT, akan sentiasa ditegakkan manakala kebatilan akan tetap dihapuskan-Nya. Ini misalnya dapat dilihat dalam ayat berikut yang bermaksud, “Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.” (Surah al-Anfal 8 :8).
Perjuangan menegakkan kebenaran dan kedaulatan agama Islam di negara ini ternyata mendepani cabaran getir serta ujian atau liku-likunya yang tersendiri. Sehubungan itu, apabila pihak kehakiman tertinggi negara memberikan keputusan-keputusan yang jelas mempertahankan kedaulatan agama, ia disambut dengan penuh kesyukuran tidak terucap dengan perkataan.
Ini misalnya dapat dilihat dalam keputusan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen yang dibawa oleh ZI Publications pada tahun 2013 untuk mencabar Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Ternyata keputusan tersebut mengukuhkan kedudukan undang-undang syariah negeri yang berfungsi untuk memelihara kesucian akidah serta syariat Islam.
Sebelum itu, disebabkan kegagalan menghayati kedudukan sebenar agama Islam menurut Perlembagaan, telah mendorong berlakunya kesilapan, hatta oleh seorang hakim sendiri. Maka tercetuslah keputusan yang salah sehingga membangkitkan kemarahan dalam kalangan umat Islam. Sebagai contoh dalam kes kalimah Allah, hakim pada peringkat Mahkamah Tinggi, telah melakukan kesilapan memetik Islam hanya sekadar agama rasmi dan lebih rendah daripada hak kebebasan beragama, namun ia dibetulkan Mahkamah Rayuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 31-12-2017 10:22 PM
Mahkamah Persekutuan seterusnya pula mengesahkan dan meneguhkan keputusan Mahkamah Rayuan serta berjaya mengekang usaha untuk mencemarkan kesucian nama Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa berteraskan prinsip ajaran tauhid. Kes Mohd Ezra dan syarikatnya, ZI Publications Sdn. Bhd. membabitkan penterjemahan dan penerbitan karya sarat dengan seribu satu unsur kesesatan, iaitu “Allah, Kebebasan dan Cinta”.
Karya asalnya yang berjudul Allah, Liberty, and Love dalam bahasa Inggeris ditulis oleh Irshad Manji, yang mengakui dirinya sebagai lesbian, jelas mengandungi racun liberalisme yang amat berbisa dan berupaya memesongkan akidah umat Islam. Karya sesat Irshad Manji itu malangnya memperoleh sambutan daripada kumpulan pro-liberalisme negara ini.
Meskipun tindakan telah diambil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), namun kelompok ini bertindak biadab dengan mencabar keabsahan undang-undang Syariah Selangor di Mahkamah Persekutuan. Alasan yang dikemukakan mereka ialah undang-undang sedemikian kononnya menyekat hak kebebasan bersuara. Bagi mereka, kelihatannya kebebasan bermaksud mengatasi kesucian agama Islam!
Hakim Besar Malaya pada ketika itu, Tan Sri Md. Raus Sharif memutuskan bahawa umat Islam di Malaysia bukan sahaja terikat dengan undang-undang sivil tetapi juga perundangan Islam dan hukum-hukum syarak. Beliau juga menegaskan bahawa peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dibaca secara terpisah-pisah malah sebaliknya mesti dibaca secara bersama dan secara keseluruhan.Dengan perkataan lain, Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh persoalan kebebasan bersuara tidak boleh dibaca secara terpisah daripada Perkara 3 yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan. Oleh yang demikian, hak kebebasan bersuara mesti disemak dan diimbangi dengan tanggungjawab memelihara agama Islam sebagai Agama Persekutuan!
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanggapan
Mungkin banyak pihak yang tidak menyedari bahawa tidak terdapat istilah hak asasi manusia dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya, yang ada hanyalah hak kebebasan asasi. Namun, ia tidak bermakna elemen-elemen hak asasi manusia tidak dipedulikan oleh Malaysia, malah agenda Perlembagaan Persekutuan secara keseluruhannya, bertujuan membela hak asasi manusia.
Sehubungan itu, apa sahaja bentuk perlindungan hak yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang perlu dipelihara dan dihormati oleh semua pihak. Walau bagaimanapun, tidak semua perkara yang dianggap sebagai hak asasi oleh kelompok masyarakat tertentu diiktiraf sebagai hak asasi atau hak kebebasan asasi di negara ini. Dengan perkataan lain, hak asasi yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan diamalkan di negara ini tidak bersifat mutlak.
Dalam hubungan ini, kita dapat melihat perbezaan yang ketara antara fahaman hak asasi Barat dengan Islam. Fahaman hak asasi Barat berpaksikan anthropocentric yang menjadikan manusia sebagai penentu nilai. Ini disebabkan tanggapan bahawa akal manusia merupakan pertimbangan utama. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 31-12-2017 10:22 PM
Sebaliknya, hak asasi manusia yang menjadi asas pandangan hidup umat Islam di negara ini sejak zaman-berzaman - dan di mana-mana jua berpaksikan theocentric, iaitu ajaran al-Quran dan al-Sunah menjadi neraca atau penentu nilai. Asas kefahaman yang berbeza ini mendatangkan kesan yang berbeza. Di Barat, atas nama hak asasi manusia, segalanya dibenarkan tanpa difikir persoalan kebenaran, keadilan dan adab.
Buktinya, hubungan seks bebas, perlakuan dan orientasi seks songsang, perkahwinan sesama jenis, keinginan untuk bertukar jantina secara sesuka hati dan segala bentuk kejelekan berteraskan nafsu syahwat liar dianggap sebagai sesuatu yang normal dan munasabah. Sebaliknya, Islam membataskan kebebasan manusia dan menjadikan ia tertakluk pada asas-asas adab dan akhlak. Asas-asas adab dan akhlak ini pula dijelaskan al-Quran dan al-Sunnah.
Dengan yang demikian, menurut Islam, tidak wujud sama sekali kebebasan yang bersifat mutlak, apatah lagi kebebasan liar yang berteraskan nafsu dan syahwat. Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, terdapat berbagai-bagai sekatan undang-undang terhadap hak kebebasan asasi.
Justeru, setiap individu atau kelompok tidak boleh menuntut hak kebebasan secara mutlak mengikut selera dan pemikirannya sendiri. Ini kerana, hak yang dituntut itu berkemungkinan akan menjejas hak orang atau pihak lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengorbanan besar bangsa Melayu yang beragama Islam untuk menerima semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira agama, bangsa, asal dan keturunan jelas berlandaskan ajaran Islam yang menyemai prinsip kemanusiaan yang luhur dalam jiwa orang Islam. Ini sudah tentu berbeza misalnya dengan penempatan kaum Yahudi Israel di bumi Palestin oleh penjajah British dan Amerika Syarikat. Kewujudan kaum Yahudi Zionis menjadi musibah bagi umat Islam yang merupakan penduduk asal Palestin.
Sungguhpun agama Islam dimartabatkan sebagai agama bagi Persekutuan, setiap individu berhak menganuti dan mengamal agamanya, sebagaimana diperuntuk dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Berdasarkan peruntukan ini, jelas kebebasan beragama merupakan elemen-elemen hak asasi yang dijamin dan dilindungi di negara ini. Walau bagaimanapun, perlu disedari bahawa kebebasan beragama sebagaimana diperuntukkan di bawah peruntukan tersebut tidak boleh ditafsir dengan begitu luas.
Justeru, adalah menjadi kewajipan kerajaan sama ada pada peringkat Persekutuan mahupun Negeri untuk menunaikan sumpah yang dilafazkan oleh Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nama suci Allah untuk memelihara kedaulatan agama Islam sebagai agama negara pada setiap masa. Dalam hubungan ini, amatlah tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk melemparkan tohmahan liar terhadap institusi-institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) sebagai badan yang tidak berperlembagaan dan merupakan kelompok radikal yang memperjuangkan radikalisme.
Hakikatnya mereka yang tergamak membuat tohmahan sebegini merupakan kelompok radikal Islam bashing yang wajib dipantau oleh pihak keselamatan. Hal ini disebabkan mereka mempromosikan perasaan tidak setia kepada Raja dan Negara malah ada yang merancang untuk menghapuskan “Raja dan Agama” di negara ini. Selain itu, Seksyen 121B Kanun Keseksaan dan SOSMA seharusnya dikuatkuasakan ke atas golongan ini. Semoga pihak berkuasa di negara ini cepat sedar dan segera menunaikan kewajipan memelihara kedaulatan negara dan tidak menunggu sehingga tercetusnya elemen-elemen kekerasan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tragedi umat Islam Palestin diusir dan dijajah zionis Yahudi harus diambil pengajaran demi kesejahteraan generasi akan datang. Kini sudah kedengaran suara-suara sumbang zionis evangelikal RECS yang bertekad untuk menawan negara ini dan mendirikan Kingdom of God mereka! Seruan bernada ugutan kumpulan ini menuntut kepekaan dan tindakan segera serta bersepadu umat Islam agar kedaulatan negara dan agama tidak lenyap begitu sahaja. Jika tidak, kehinaan dan kesengsaraanlah yang akan ditanggung selama-lamanya.
* Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM).
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana ... 82025#ixzz52qf7aupb
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
| |
|