CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1915|Reply: 14

[Idea] ...HOTS 3- cemerlang...

[Copy link]
Post time 6-1-2018 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 6-1-2018 05:31 PM

Sejak zaman kanak-kanak lagi, Saidatina Aishah menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan.

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda dapat mencontohi Saidatina Aisyah dalam memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?




Source- contoh soalan KBAT Pendidikan Islam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2018 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dlu sy bodoh.. sesangat bodoh smpi darjah 4 baru pandai menulis ngan membaca.. kalau dlu ada 4 kelas.. kelas pertama tu smua yg paling pandai.. sy duduk kelas paling last skali.. tp satu je yg membuatkan sy upsr 3A PMR 7A SPM aggregate 12..sy tidak kenal erti putus asa dan sentiasa positif.. jatuh sekali tidak bermakna kita jatuh selama lama nya.. sentiasa lah berusaha dan berdoa kepada ALLAH.. dont give up keep it up..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2018 10:26 PM | Show all posts
Tabah dan sabar dalam menuntut ilmu, sentiasa ingat ia tak mudah tapi berbaloi.

Taat dengan ibu bapa , untuk mendapat keredhaan Ibu bapa, dan Allah s.w.t

sentiasa ingat dgn Allah, sebijak mana pun kita, dia yg akan menentukan segalanya. Tak mustahil dia boleh tarik balik kepintaran sekiranya tak bersyukur

Sentiasa rajin, tidak akan Tuhan mengubah nasib sehingga kita berusaha untuk ubah nasib sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2018 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
1. First sekali, kena ikhlas dalam menuntut ilmu. Contohnya, niat menuntut ilmu sebab nak capai kejayaan dalam hidup, lepastu banggakan mak ayah yang dah bsusah payah besarkan & hantar ke skolah.

2. Tidak jemu & mudah putus asa bila gagal atau tak capai target yg diinginkan. Terus berusaha, ulangkaji part mana yang lemah tu sampai betul2 paham & boleh improve ke 1 level yang lebih baik.

3. Jangan kedekut ilmu dengan kawan2. Sentiasa bersikap terbuka dalam berkongsi ilmu dengan kawan2 lain & saling bantu membantu dalam pelajaran. Makin banyak kita sebarkan ilmu pengetahuan yang ada, makin banyak sebenarnya ilmu yang melekat & akan kita ingat bila kita ajar org lain.

4. Sbg orang Islam, lepas dah usaha macam2 tu, doa dan tawakal pd Allah swt agar ada cahaya kejayaan untuk kita lepas kita dah usahakan setakat yang termampu.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2018 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa sekolah biasa2 je.
Masuk ipt barula mula betul2 faham erti sebenar menimba ilmu.
Membaca bagus, perbicangan dengan kawan2 buat saya lebih faham.
Makin membaca makin dahagakan ilmu.
Then masa kerja ambil kesempatan utk belajar A-Z selok belok kerja.
Agar cara kerja lebih mudah. Agar tidak terpedaya dengan tipu daya org sekeliling.
Umur bertambah. Still, banyak lagi perkara yg belum dipelajari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2018 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Cemerlang...tak semestinya cemerlang dari segi akademik, cemerlang dalam prestasi kerja, tapi perlulah juga cemerlang dari segi akidah dan akhlak. Kalau dari segi akhlak, perbuatan, pertuturan tak cemerlang, takda gunanya cemerlang dalam hal duniawi

Nak cemerlang dalam pelajaran... hormat pada pendidik, sabar sentiasa, niat mesti betul, akhlak mesti baik. Mudahan kejayaan boleh digapai dan ilmu yg diperolehi tu lebih berkat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2018 04:15 PM | Show all posts
dunia dan akhirat kena seimbang...

aku pun blajar xtinggi..n bsyukur masih diberi rezeki keje tetap dan berpencen in shaa Allah...

tapi,,kekadang terbit rase penyesalan xbelajar betul2..blh dikatakan aku blh digilap lagi klau aku concentrate dgn belajar...dan aku ade sifat malu..tu salah 1 sebab jgk aku xbelajar pandai...malas pun same...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2018 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa sekolah, i sekolah agama yang jauh nun di pendalaman. Pagi2 bangun pukul 4, mandi air perigi yg cedok pakai timba tu. Bila dah siap mandi dan berwuduk, tunggu masuk azan subuh. Dah azan subuh, solat jemaah sama2.

Kat sekolah tu, kena belajar 21 subjek. Termasuk akademik dan hafazan pelbagai kitab bahasa arab.

Masa di sekolah tu, baru i kenal erti rindu pada mak, abah , adik beradik . I jadi termotivasi sangat bila teringat famili. So i belajar sungguh2.

Alam persekolahan i melompat2 banyak sekolah. Semua sekolah i pernah rasa. Dari sekolah agama sampai sekolah menengah aliran biasa.

Tp i tetap tak boleh lari dari ilmu yang dekat kepada agama. Dan akhirnya i tetap pilih bidang agama juga dlm pekerjaan i.

Rupanya mak i memang doakan i jadi anak yang sentiasa berada dalam bidang agama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2018 05:58 PM | Show all posts
Pertama sekali, kita sebagai pelajar perlu taat dan hormat kpd ibu bapa dan guru supaya ilmu yg dipelajari mendapat berkat serta mudah difahami.
Rajin mengulangkaji pelajaran dan berkongsi ilmu dgn rakan2.
Niat belajar kerana Allah dan berdoa  supaya segala urusan didalam menuntut ilmu dipermudahkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2018 09:40 PM | Show all posts
Perkara paling penting sekali ialah jgn kedekut ilmu dan jangan sombong dengan guru. iols teringat waktu iols form 6 dulu.. antara subjek yg agak susah adalah ekonomi. so member biasanya akan rujuk iols dan seorg lagi rakan.. kitorg berdua mmg selalu jadi rujukan kawan2,,, tpi kawan iols ni dia x suka kalau kawan yg lain tnya dia apa2 soalan tntng mna2 subjek bila dah nak dekat exam (last minute) maksudnya before exam, dalam 30 minute sebelum or sejam sebelum.. katanya tu petua dia, kalau x dia hilang segala ilmu yg dia dah prepare tu... so member2 yg lain selalu jgklah mengadu mcm2 kat iols, tpi iols x amik pusing pun tu hak dia...

so bila exam stpm yg sebenar, semua org terkejut sbb dia fail subjek yg paling org tkut nk fail iaitu pengajian am, ibarat fail subjek bm waktu SPM dan pointer dia pon cukup2 mkn jek 2.5 lebih.. confirm kalau dah fail pengajian am mmg xde peluang langsung kot nk masuk U.. sedangkan kawan iols tu antara top student, waktu trial dpt 3.5 keatas pointernya..... so bg iols mmg betullah kot jgn sesekali kedekut ilmu... sebenarnya bila kita share ilmu dengan org lain, kita sbnarnya membantu otak kita berfikir dgn lebih dalam dan pada ms yg sama kita akan lebih faham tntg subjek tu.

lepas tu, yg penting jugak kena dapat keberkatan dan doa drpd kedua ibu bapa. sebab2 apa2 yg kita buat kalau xdapat berkat daripada ibubapa mmg x menjadi selain drpada kita sendiri berusaha , berdoa dan tawakkal kepada Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2018 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
   Untuk mencapai kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang sebenarnya memerlukan pengorbanan. Dikala rakan seusia menikmati zaman remaja dengan pergi bersiar-siar, menonton wayang atau berdating, kita pula korbankan masa dengan menelaah bahan ilmiah tanpa rasa jemu dan perlu menghadiri kelas tuisyen swasta tiga kali seminggu.
   Usaha, doa dan tawakal juga memainkan peranan penting untuk kita mencapai kejayaan. Setelah kita berusaha belajar dengan tekun, kita perlu juga berdoa meminta rahmat pada yang Esa supaya dipermudahkan urusan dan akhir sekali kita perlu tawakal dan redha menanti keputusan. Insha Allah, semoga dipermudahkan amalan kita semua.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
bagi sy didikan mak ayah supaya berdisiplin dalam belajar banyak membantu kita belajar
saya disuruh belajar seawal darjah satu
masa tu kawan2 semua pesen bukan belajar tapi time exam depa bijak sama dengan kita yg belajar bertungkus lumus hbiskn buku latih tubi
Alhamdulillah semua peperiksaan berpeluang naik pentas ambik hadiah, tak pernah rasa tertekan tapi rasa syukur berbnding mereka tiada ibu ayah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Menuntut ilmu itu hukumnya fardhu kifayah. Suatu perbuatan yg sangat2 dituntut dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w "tuntut lah ilmu walau ke negeri China". Kenapa China? Sebab zaman itu China itu kedudukannya sangat jauh dari tanah Makkah. Ini juga membuktikan baginda telah menghantar rombongan dakwah ke negeri China & perjalanan sangat jauh pergi dan balik.

Juga terdapat ungkapan "tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad". Kenapa begitu? Kan kalau dah meninggal masuk ke liang lahad bagaimana nak tuntut ilmu lagi? Ini merupakan suatu metaphora kepada yg masih hidup agar belajar cara menguruskan mayat sehingga ke liang lahad.

Juga diriwayatkan bahawasanya Allah mengangkat martabat orang yg berilmu ini setanding org yg berjihad. Tanpa mengangkat senjata kita dah boleh mendapat kelebihan org yg berjihad di jalan Allah. Sekiranya penuntut ilmu itu meninggal ketika menuntut ilmu insha Allah shahid baginya. Wallahua'lam. Allah jua yg maha mengetahui.

Jadi tuntutlah ilmu & beramal lah dengan ilmu tersebut. Yakni sebarkan lah ilmu itu walaupun sebaris ayat. (Sabda Rasullulah s.a.w).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 11:12 AM | Show all posts
Alhamdulillah... dari segi pembelajaran di sekolah i selalu di antara yang cemerlang dari sekolah rendah sampai menengah... sampai lah ke uni...

Tapi, ilmu ni sgt luas... dan pembelajaran sebenar adalah cara kita deal with cabaran dalam kehidupan, bagaimana kita gunakan ilmu yg kita perolehi utk menangani cabaran tersebut dan sekiranya kita gagal... kita ambil pengajaran drpd kegagalan tersebut utk kita hadapi liku2 kehidupan akan datang...

Sentiasa merasakan diri ini kurang ilmu dan dgn itu berusaha utk menambah ilmu...apalah nilai ilmu tanpa amalan... jadi beramal la kite utk cemerlang di dunia dan akhirat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada pendapat saya, keikhlasan dan niat menuntut ilmu tu yg penting. Untuk bg anak2 faham perkara ni, peranan ibu bapa sgt penting untuk memupuk sikap cintakan ilmu sejak kecil. Seterusnya guru boleh meneruskan usaha ni diperingkat sekolah pula.

Contohnya, ajar anak minat pada buku dan ilmu sejak kecil. Baca buku cerita bersama-sama. Bawa diorg pergi kedai buku pilih buku sendiri yg disukai, bawak pegi perpustakaan jika ada masa lapang, bawa ke petrosains, pusat sains negara, zoo dan lain2 tempat utk trigger perasaan ingin tahu anak2. Sambil tu kita boleh terangkan kenapa ilmu penting untuk kita. Dari sini, anak2 akan lebih faham dan seronok nak belajar. Bukannya semata2 utk dptkan gred yg bagus, utk elak dirotan kalau gagal atau nak dpt kan ganjaran semata2 jika berjaya.

InsyaAllah anak2 akan membesar dgn mencintai ilmu seperti Saidatina Khadijah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.803839 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list