CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2167|Reply: 1

Sejarah Penciptaan Internet: Dari Perang Dingin Sehingga Kini

[Copy link]
Post time 25-1-2018 12:40 PM | Show all posts |Read mode



Sumber Foto: theconversation.com
Internet memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia hari ini, membolehkan maklumat digapai dari hujung jari, serta membolehkan komunikasi jarak jauh menjadi suatu realiti.
Namun, ramai tidak tahu tentang penciptaan Internet. Artikel ini bakal membuka minda anda tentang sejarah penciptaan Internet.
Amerika Tercabar Dengan Pencapaian Soviet Union


Sumber Foto: quora.com
Pada 4 Oktober 1957, Soviet Union melancarkan satelit dunia pertama ke orbit. Satelit itu yang dikenali sebagai Sputnik tidak mempunyai apa-apa fungsi penting. Sputnik terapung di ruangan angkasa tanpa tujuan, menghantar signal daripada pemancar radio sambil mengelilingi bumi.
Walaubagaimanapun, Amerika berasa tercabar dengan pencapaian tersebut, ia bukti kepada sesuatu yang lebih membimbangkan.
Pada ketika saintis dan jurutera terbaik Amerika menghabiskan masa mereka cipta kereta yang lebih besar dan set televisyen yang lebih baik, Soviet pula lebih memberikan fokus kepada perkara yang lebih penting, iaitu untuk memenangi Perang Dingin.
Selepas pelancaran Sputnik, ramai masyarakat Amerika mula berfikir secara serius tentang sains dan teknologi. Sekolah-sekolah menambah jurusan seperti kimia, fizik dan kalkulus.
Syarikat-syarikat besar pula menerima geran daripada kerajaan Amerika sebagai pelaburan untuk kajian saintifik.
Kerajaan pusat pula mula menubuhkan agensi-agensi baharu seperti National Aeronautics and Space Administration (NASA) dan Department of Defence's Advanced Research Projects Agency (ARPA) bagi membangunkan teknologi moden seperti roket, senjata dan komputer.

Kelahiran ARPANET

Sumber Foto: haikudeck.com


Sumber Foto: valbonne-consulting.com

Saintis dan pakar ketenteraan berasa bimbang apa akan terjadi sekiranya Soviet menyerang sistem komunikasi (telefon) negara.
Hanya satu peluru berpandu sahaja sudah mampu untuk memusnahkan seluruh rangkaian wayar telefon, struktur penting yang membolehkan komunikasi jarak jauh lebih efisyen.
Pada tahun 1962, seorang saintis dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan ARPA yang bernama J.C.R. Licklider telah mencadangkan suatu jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Cadangan beliau adalah untuk menubuhkan sebuah rangkaian galaktik di mana komputer boleh berkomunikasi antara satu sama lain.
Rangkaian seperti ini bakal membolehkan ketua-ketua kerajaan untuk berkomunikasi antara satu sama lain sekiranya Soviet memusnahkan sistem telefon negara.
Pada tahun 1965, seorang saintis lain dari MIT telah berjaya membangunkan suatu cara untuk menghantar maklumat daripada satu komputer kepada komputer yang lain. Cara tersebut beliau gelarkan sebagai 'packet switching'.
Packet switching memecahkan data kepada blok, atau paket sebelum ia dihantar ke destinasi. Dengan cara ini, setiap paket boleh mengambil laluan sendiri dari satu tempat ke tempat yang lain.
Tanpa packet switching, rangkaian komputer kerajaan, yang dikenali sebagai ARPAnet, akan berada dalam keadaan bahaya dan mudah untuk diserang oleh musuh sebagaimana mudahnya serangan ke atas sistem telefon mereka.
'LOGIN' - Mesej Pertama Yang Dihantar Melalui Internet

Sumber Foto: webdevelopersnotes.com
Pada tahun 1969, ARPAnet berjaya menghantar mesej pertamanya, komunikasi pertama antara sebuah komputer dan komputer yang lain. Komputer pertama terletak di sebuah makmal kajian di UCLA manakala komputer kedua pula di Stanford University.
Komputer pada ketika itu bukanlah seperti komputer masa kini. Saiz sebuah komputer pada masa tersebut adalah sebesar sebuah rumah mini.
Mesej pertama yang dihantar adalah sangat ringkas dan mudah, iaitu 'LOGIN'. Walaubagaimanapun, mesej ini menyebabkan rangkaian ARPA crashed. Komputer di Stanford University hanya menerima 2 perkataan pertama mesej yang berjaya dihantar.
Rangkaian Internet Yang Semakin Berkembang


Sumber Foto: securityledger.com
Pada penghujung tahun 1969, hanya 4 buah komputer disambungkan dengan ARPAnet, namun rangkaian tersebut berkembang dengan pantas pada tahun 1970an.

Pada tahun 1971, sebuah rangkaian baharu turut ditambah iaitu ALOHAnet, rangkaian daripada University of Hawaii. 2 tahun kemudian, London's University College dan Royal Radar Establishment di Norway turur menyertai rangkaian berkenaan.
Dengan bertambahnya komputer yang menggunakan rangkaian packet switching, integrasi kesemua rangkaian kepada sebuah rangkaian tunggal menjadi semakin rumit.
Pada penghujung 1970an, seorang saintis komputer yang bernama Vinton Cerf mula menyelesaikan masalah ini dengan membangunkan suatu ciptaan untuk membolehkan kesemua komputer dalam rangkaian untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Ciptaan beliau teresbut dinamakan sebagai 'Transmission Control Protocol' atau TCP. Kemudian beliau menambahkan sebuah lagi protokol, iaitu 'Internet Protocol'. Akronim yang kerapa kali digunakan adalah TCP/IP.
Kelahiran World Wide Web Oleh Tim Berners-Lee


Sumber Foto: thehackernews.com
Protokol ciptaan Cerf berjaya mentransformasikan Internet menjadi sebuah rangkaian seluruh dunia. Sepanjang 1980an, penyelidik dan saintis menggunakan rangkaian ini untuk menghantar fail dan data dari satu komputer ke komputer yang lain.
Pada tahun 1991, Internet berubah lagi. Pada tahun itu, seorang programmer komputer dari Switzerland yang bernama Tim Berners-Lee memperkenalkan World Wide Web.
World Wide Web adalah sebuah internet yang bukan sahaja membolehkan penghantaran fail dari satu tempat ke tempat yang lain, ia sendiri merupakan sebuah 'web' berinformasi kepada penggunanya. Tim Berners-Lee adalah pencipta Internet yang kita kenali hari ini.
Sejak itu, Internet telah melalui pelbagai perubahan. Pada tahun 1992, sekumpulan pelajar dan penyelidik di University of Illinois telah membangunkan sebuah browser yang canggih yang mereka gelarkan sebagai Mosaic (kemudiannya menjadi Netscape).
Mosaic menawarkan suatu cara yang mesra pengguna untuk carian di Web. Ia membolehkan para pengguna melihat perkataan dan gambar dalam satu halaman buat pertama kali, serta mencipta navigasi skrolbar dan pautan yang boleh diklik.
Pada tahun yang sama, Kongres membuat keputusan untuk menggunakan Web untuk tujuan komersial. Hasilnya, banyak syarikat bergegas untuk menubuhkan laman web mereka sendiri.
Ramai usahawan e-commerce mula menggunakan Internet untuk menjual barangan kepada pelanggan.
Baru-baru ini, laman sosial seperti Facebook menjadi sangat popular dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur sebagai sebuah platfom untuk terus berhubung.


Rujukan:


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2018 04:18 PM | Show all posts
good info.. thanks tt. .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.067608 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list