CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: mbhcsf

Kedudukan Akal Dalam Islam : Part VI & VII ( updated )

[Copy link]
 Author| Post time 29-3-2018 07:55 PM | Show all posts
Akal Dalam Islam (Bhgn 6)
sumber pautan asal :
http://ikimfm.my/akal-dalam-islam-bhgn-6/



DALAM rancangan Agama dan Peradaban siaran radio IKIMfm setiap hari Rabu jam 12.15 tengahari yang diterbitkan oleh Mona Jasman, Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr. Mohd. Zaidi bin Ismail menyambung kembali perbincangan Aqal dalam Islam untuk siri keenam. Pada siri kali ini beliau membicarakan tentang saluran ilmu yang dimaksudkan dengan “khabar al-sadiq” atau perkhabaran yang benar. Dalam kitab-kitab aqidah, dua-dua digunakan samada “al-khabar al-sadiq” (khabar yang benar) atau “khabar al-sadiq” (khabar oleh orang yang benar). Para ulama membicarakan bagaimana seorang insan lazimnya mendapat ilmu, kefahaman, bukan semata-mata ilmu agama tetapi ilmu secara umumnya ialah tidak lari daripada tiga saluran sepertimana yang pernah kita bicarakan sebelum ini.
Apabila kita menyebut tentang “khabar” ia semestinya berkait rapat dengan mendengar, dan bukankah mendengar itu sudah termasuk daripada salah satu saluran dalam kategori “pancaindera yang sihat”? Sebenarnya walaupun “khabar” ini terkait dengan pendengaran, namun ia berkait dengan bahasa dan bahasa hanya khusus untuk manusia sedangkan haiwan tidak menggunakan bahasa, bahasa dalam ertikata sepertimana yang kita manusia fahami. Kepentingan bahasa dalam penyebaran ilmu ini tidka terkhusus kepada ilmu agama semata, tetapi apa sahaja ilmu samada sains, empirikal, mahupun ilmu-ilmu lain semuanya menggunakan bahasa dan khabar.
Kalau kita ambil buku teks dalam apa bidang matapelajaran sekalipun, sebagai contoh, apakah sebenarnya yang kita temui dalam buku teks? Buku teks itu sebenarnya adalah himpunan “khabar-khabar” (ilmu) yang telah disusun oleh para ilmuwan. Kita semua terpaksa menerima buku-buku teks tersebut sebagai sumber ilmu kerana andaikata kita sendiri ingin membuat kajian dan memeriksa setiap satu persatu dapatan yang terkandung dalam buku-buku teks tersebut barulah kita mahu mempercayainya nescaya ianya pasti mustahil dicapai. Jadi kita terpaksa bersandarkan kepada dapatan, kajian, rumusan yang telah dibuat oleh segolongan cendikiawan. Akhirnya, dalam apa jua bidang ilmu, kita terpaksa bersandarkan kepada sekumpulan ilmuwan yang berwibawa untuk menerimanya sebagai ilmu. Dalam kebanyakan bidang, ada yang dipanggil “hukum” seperti hukum graviti dan hukum-hukum lain dalam sains, ekonomi dan lain-lain. Apabila sekumpulan ilmuwan telah memutuskan itu adalah suatu “hukum” maka kita sewajarnya mempercayai dan boleh menerimanya kerana pembuktian telah pun dibuat dan tidaklah perlu bagi kita untuk mengulang ujikaji dan membuat
Khabar al-sadiq juga ada pecahan-pecahan tersendiri. Ada khabar al-sadiq yang mutawatir yang dikira terkuat. Perkara ini dibincangkan dalam bidang aqidah, tetapi ia terpakai dalam semua bidang. Sebagai contoh wujudnya seorang tokoh bernama “Aristotle” atau Iskandar Zulkarnain. Pemberitaan ini suatu yang thabit, dan dilaporkan oleh setiap generasi oleh orang yang berbeza-beza yang tidak mungkin mereka bersepakat untuk menipu. Jika ada segelintir masyarakat yang cenderung menolak khabar al-sadiq yang mutawatir, maka banyak fakta-fakta sejarah yang kita terpaksa menolaknya. Bahkan al-Qur’an itu sebenarnya adalah berdasarkan pemberitaan yang datang kepada kita melalui khabar al-sadiq yang mutawatir. Kita perlu berhati-hati dengan kelompok yang menolak khabar al-sadiq ini sebagai sebahagian daripada saluran ilmu, dalam semua bidang. Pembicaraan tentang khabar al-sadiq ini sepatutnya tidak membataskan kita kepada saluran bagi ilmu-ilmu agama sahaja, kerana ia terpakai untuk semua ilmu juga. Bukan juga untuk ilmu hadith sahaja sepertimana yang sering disalahfahami oleh segelintir yang melihat kepada isu sanad hadith semata-mata.
Khabar al-sadiq yang mutawatir merupakan khabar yang terkuat yang merupakan khabar yang dibawa oleh sekelompok manusia ramai daripada tempat yang berbeza-beza dan zaman yang berbeza-beza yang tidak terfikir oleh akal bahawa mereka ini akan sepakat untuk menipu.
Adapun dalam ilmu hadith, ia sudah pasti perlu kepada penelitian yang lebih halus dan lebih teliti agar tidak termasuk dalam mendustakan atas nama Nabi SAW.  Dalam hal ini pun, wujudnya perbezaan pandangan di kalangan para ulama hadith khususnya dalam hal ilmu jarh wa ta’dil.  Para ulama hadith sendiri tidak sepakat dalam menentukan status seseorang perawi, ada perawi di sisi setengah ulama diterima (saduq) dan ada di sisi ulama hadith lain pula menolak perawi yang sama. Ini menunjukkan kepada kita dalam ilmu usul hadith ini, ada spektrum yang luas dalam menentukan status sesuatu hadith sehingga ada sesetengah ulama hadith yang tidak memberatkan matan atau lafaz hadith tersebut, tetapi memadai dengan mengambil makna sahaja dan mengembalikan kepada Allah SWT akan lafaznya sebenar sepertimana ungkapan “aw kama qala”.
Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 22 Mac 2018

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2018 07:58 PM | Show all posts
Akal Dalam Islam (Bhgn 7) March 27, 2018
Dr. Nik Roskiman Abdul Samad Agama dan Peradaban, Berita Harian, BH, Dr Nik Roskiman Abdul Samad


sumber pautan asal:http://ikimfm.my/akal-dalam-islam-bhgn-7/


DALAM rancangan Agama dan Peradaban siaran radio IKIMfm setiap hari Rabu jam 12.15 tengahari yang diterbitkan oleh Datin Mona Jasman, Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr. Mohd. Zaidi bin Ismail menyambung kembali perbincangan Aqal dalam Islam untuk siri ketujuh menjelaskan tentang makna beberapa istilah yang sering disalahfahami oleh masyarakat hari ini.
Pada siri kali ini beliau membicarakan tentang saluran ilmu yang dimaksudkan dengan perkaitan antara “aqal dan roh” dalam tradisi Islam atau “aqal dan mind/intellect/reason” dalam tradisi Barat. Untuk memahami makna istilah-istilah ini kita perlu melihat kepada misalan-misalan agar mudah difahami. Sebagai contoh manusia atau insan itu mempunyai pelbagai peranan dan fungsi. Seorang insan itu ada peranan contohnya sebagai bapa atau ibu, anak, suami, kawan, rakan sekerja, dan pelbagai lagi. Inilah hakikat yang kita namakan “insan” tetapi dalam masa yang sama mempunyai nama-nama lain juga sesuai dengan peranan dan fungsi yang dimainkan pada ketika itu.
Begitu jugalah istilah-istilah yang sering kita temui seperti kalimah roh, aqal, nafs dan qalb. Adapun “roh” itu sebenarnya adalah entiti yang halus yang bukan bersifat fizikal, tetapi bagaimanakah sifat entiti atau zat roh yang sebenarnya itu maka tiada siapa yang mengetahuinya. Ini sesuai dengan maksud ayat al-Qur’an dalam Surah al-Isra’ ayat 85 yang menyebut “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah roh itu termasuk dalam urusan Tuhanku, dan kamu tidaklah diberi ilmu melainkan sedikit”. Walaupun disebutkan di sini ilmu yang diberikan tentang hakikat roh itu sedikit, ia sebenarnya merujuk kepada ilmu Allah SWT yang amat luas. Justeru itu para ulama cuba untuk memahami sedalam mungkin apakah sebenarnya roh itu dari segi peranannya walaupun mereka tidak mampu untuk memahami dari segi hakikat atau zat roh itu, kerana itu adalah rahsia Allah SWT. Inilah batasan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Roh mempunyai jelmaan dan kaitan dengan jasad dari segi kemampuan dan fungsi. Sebagai contoh aqal, aqal itu sebenarnya berasal daripada kalimah “iqal” yang membawa makna “belenggu”, yang asalnya digunakan untuk mengikat lutut unta ketika ia duduk untuk mengelakkan unta daripada lari. Unta diikat bukan pada lehernya tetapi pada lututnya. “Iqal” ini juga digunakan oleh orang Arab yang diletakkan di atas kepala mereka bagi mengelakkan selendang kepada daripada diterbangkan oleh angin. Di sinilah fungsi roh yang bertindak sebagai aqal di mana ia mempunyai kekuatan untuk mengikat manusia daripada melakukan perkara-perkara tidak baik, walaupun mungkin secara zahirnya ianya mungkin menyeronokkan. Banyak perkara dalam dunia ini yang tidak elok dan memudaratkan yang tidak diketahui melainkan oleh aqal yang sihat, sebagai contoh makanan segera. Bagi kanak-kanak, ia sesuatu yang menyeronokkan, tetapi ianya boleh memudaratkan jika diambil dengan berlebihan. Begitu juga ketika kita lapar kerana berpuasa, aqal mampu menahan kita daripada makan. Berbeza dengan haiwan yang apabila lapar pasti akan makan. Di sinilah dikatakan fungsi aqal iaitu kekuatan mengikat, dan menahan daripada melakukan sesuatu walaupun mungkin keinginan nafsu dan tuntutan jasadiah meruntun untuk melakukannya.  
Aqal juga mempunyai tingkatan tersendiri sepertimana organ-organ lain dalam diri manusia yang mempunyai tahap kemampuan yang berbeza-beza setiap orang. Namun secara umumnya bolehlah kita buat atau tetapkan had-had tertentu untuk orang biasa walaupun sudah pasti akan ada yang terkecuali daripada kebanyakan manusia namun ada diberi kelebihan oleh Allah SWT mengatasi kebanyakan manusia. Orang yang mempunyai tahap aqal yang tertinggi sudah pastilah dari kalangan para Nabi dan Rasul alaihimussalam.
Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 27 Mac 2018

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 04:35 PM | Show all posts
tapak akal pada batang tubuh diri manusia adalah tepat pada tengah kening
terus sejajar menuju bahagian tengah otak, yg takde udara keluar masuk iaitu bernama tanapas
disitulah makam akal yg mana bila SYUHUD dan berjaya mengenal hakikat dirinya
ia adalah QAUSA QUBAIN - fuad besar - melihat Allah dan isi dunia dari segi syariat tarekat hakikat makrifat.

Ia juga disebut makam qalbun, iaitu di mana ia memandang dunia dan isinya kepada memandang Allah (zat sifat asmak afaal), pendekcerita pandang Allah dan makhluk (uluhiyah)

gitula ringkasnya....
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.044889 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list