CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1612|Reply: 6

Article Yadim : Dialog antara Agama

[Copy link]
Post time 9-3-2018 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Dialog antara agama: Suatu diskusi
sumber pautan asal : http://www.yadim.com.my/v2/dialog-antara-agama-suatu-diskusi/




Oleh KHAFIZ BAHARI

Sudah menjadi fitrah, dunia ini didiami umat manusia yang mempunyai warna kulit, rupa paras, bahasa dan kepercayaan yang berbeza-beza. Perbezaan bukan untuk dipertelagahi, malah perbezaan untuk difahami. Mana mungkin dunia ini didiami oleh umat yang hanya berpegang kepada suatu agama sahaja, demikian kehendak Allah dan sunnah ketentuan-Nya di dalam kehidupan semua insan. Allah SWT berfirman dalam Surah Hud ayat 118-119 yang bermaksud: “Dan jika tuhanmu mengkehendaki tentu dijadikan umat manusia ini sebagai ummat (pemeluk agama) yang satu tetapi mereka selalu berselisih pendapat”.

Begitu juga dalam Surah al-Maidah ayat 48 yang maksud: “…Kalau Allah mengkehendaki nescaya kamu dijadikan satu ummat, tetapi Allah mahu menguji kamu dengan kurniaan yang diberikan-Nya…” Justeru, walaupun umat manusia mempunyai pelbagai perbezaan agama dan fahaman, ia boleh diuruskan dengan mengadakan dialog demi mencapai sebuah persefahaman dan menjamin keamanan.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2018 02:40 PM | Show all posts
Perkataan ‘dialog’ dalam bahasa Melayu sama dengan maksud perbualan, percakapan mengenai apa-apa isu dalam keadaan bersemuka dan terbuka. Dialog antara agama merupakan displin ilmu dalam bidang perbandingan agama. Ia merupakan sarana bagi membolehkan dua pihak atau lebih yang mempunyai latar belakang agama yang berbeza saling faham memahami, rasa hormat untuk hidup dan bekerjasama meskipun berbeza agama dan kepercayaan. Istilah dialog itu sendiri merujuk kepada suatu interaksi positif dan kooperatif diantara dua pihak yang berlainan kepercayaan sama ada pada peringkat individu mahupun institusi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2018 02:41 PM | Show all posts
Dialog antara agama

Berpandukan takrifan ini, dialog antara agama bukan sahaja boleh berlaku pada peringkat institusi dan organisasi, malah ia boleh berlaku dalam segenap lapisan masyarakat termasuk individu atau orang perseorangan. Tujuan utama dialog antara agama diadakan adalah untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain termasuk mengenali dan memahami doktrin agama masing-masing dalam usaha mencari titik persefahaman. Dialog antara agama mempunyai pelbagai sudut pandang dan tafsiran yang berbeza. Ia berbeza mengikut tujuan dan matlamat dialog itu diadakan. Umpamanya, terdapat dialog antara agama yang diadakan bagi tujuan perpaduan nasional dan solidariti, membina semula keamanan dan persefahaman antara kaum. Ada juga dialog agama yang membicarakan soal perbezaan doktrin agama menurut kepercayaan masing-masing.

Neraca timbang dalam dialog antara adalah berpandukan kepada pandangan agama-agama yang menyertainya, tanpa sebarang pandangan bersifat autokratik dan keputusan ‘berat sebelah’. Perkara-perkara yang dibincangkan dalam situasi tersebut adalah isu-isu yang menyentuh tema umum seperti yang termaktub dalam Deklarasi Terhadap Etika Global (1993) yang menyarankan supaya semua perwakilan agama mestilah mempromosikan isu-isu yang berkaitan seperti budaya menolak keganasan dan memupuk perasaan saling menghormati antara satu sama lain. Disamping itu juga dialog tersebut mampu menyubur budaya perpaduan dan keadilan dalam ekonomi. Kesemua elemen yang disarankan dalam deklarasi tersebut merupakan tema asas dialog antara agama yang menyentuh isu keperluan masyarakat umum. Isu-isu umum seperti keadilan, keabsahan agama, kemakmuran sosial dan ekonomi dalam konteks agama masing-masing amat penting didialogkan bagi menjamin keharmonian dan kerukunan dalam kalangan masyarakat Malayia yang berbilang kaum dan agama.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2018 02:41 PM | Show all posts

Dalam konteks Malaysia yang mempunyai kepelbagaian agama, dialog antara agama lebih kepada suatu wacana bagi penganut agama yang berbeza supaya saling faham dan memahami akan persepsi dan pendirian berhubung sesuatu isu. Wacana dialog antara agama diadakan apabila timbul suatu masalah dalam kalangan penganut agama berbeza khususnya isu-isu yang melibatkan agama. Ia adalah satu medan diskusi di antara penganut-penganut agama tertentu bagi meleraikan salah faham dan polemik yang mungkin timbul dalam masyarakat yang berpunca daripada isu agama. Dalam senario hubungan etnik di Malaysia pada hari ini, ketegangan antara kaum nampaknya banyak berpunca daripada isu budaya dan agama.

Menurut laporan Indek Keamanan Global (GPI) pada tahun 2011 dan 2012, kedudukan Malaysia menurun satu anak tangga kepada tempat ke-20 daripada 150 negara yang terlibat. Ia berdasarkan kepada kenaikan kadar perselisihan antara kaum yang terjadi dalam masyarakat. Isu-isu seperti rumah ibadah, halal dan haram dalam penyediaan makanan dan penghinaan terhadap agama masih mengungguli senarai isu yang boleh menimbulkan konflik hubungan antara kaum. Perselisihan dan salah faham antara kaum mungkin berpunca daripada ceteknya ilmu dan pengetahuan sesetengah masyarakat terhadap dogma dan sensiviti agama lain. Ia mungkin juga bertitik-tolak daripada kejahilan terhadap agama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2018 02:41 PM | Show all posts
Hormat sensitiviti agama

Sudah sedia maklum, setiap agama menyuruh penganutnya menghormati agama lain. Tiada suatu agama pun yang mengajar pemeluknya menghina agama dan kaum lain. Agama Islam terutamanya, mengajar penganutnya agar bersikap tasammuh dengan penganut agama lain. Lihat sahaja bagaimana reaksi Rasulullah SAW ketika seorang pemuka Quraisy bernama Walid bin Mughirah tawar-menawar dengan Baginda tentang pengibadatan. Wakil kafir Quraisy itu meminta agar Nabi Muhammad SAW menyembah tuhan mereka dan mereka pula menyembah Allah SWT, ia dicadangkan secara bergilir. Maka Allah menurunkan ayat yang mengandungi uslub tasammuh apabila berhadapan dengan pertentangan kepercayaan dengan penganut agama lain.

Firman Allah dalam Surah Al-Kafirun yang bermaksud: “Katakanlah wahai orang-orang kafir, aku tidak menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak sembah apa yang kami sembah, dan aku tidak menjadi penyembah apa yang telah kamu sembah, dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah, bagi kamu agama kamu bagiku agamaku.” Jelas dalam ayat di atas, Rasullullah SAW tidak mencemuh dan mencela agama yang dipegang oleh duta Quraisy tersebut, malah meleraikan tawaran tersebut dengan cara baik, berlapang dada dan berpendirian teguh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2018 02:41 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-3-2018 02:43 PM

Walaupun dialog antara agama merupakan mekanisma penting dalam membentuk perpaduan, namun dari sudut lain ia juga boleh menimbulkan kontroversi yang boleh mengugat sensitiviti agama. Dialog antara agama yang membahaskan tentang doktrin agama perlu dianjurkan dengan teliti dan berhati-hati. Jika tidak dilakukan secara berhemah dan beretika, mungkin ia akan mengundang perselisihan faham dan pertikaian antara penganut-penganut agama. Menurut tulisan Rahimin, Mohd Annuar dan Norhayati dalam kajian mereka yang bertajuk Dialog Antara Agama : Realiti dan Prospek di Malaysia, dialog antara agama mestilah dilakukan dengan memenuhi etika yang telah digariskan.
Antara etika-etika penting adalah seperti berikut:


  • Setiap pembentang atau penceramah mestilah mengakui wujud elemen universal yang terkandung dalam setiap agama besar di dunia seperti penekanan kepada sistem nilai yang baik
  • Mengelak cemuhan budaya dan agama ke atas peganut lain, dan mengelak perdebatan teologis yang berakhir dengan kebuntuan
  • Mengelak budaya melampau (ekstrimisme), memenangkan satu pihak (cauvinisme) dan menjauhkan tindakan kekerasan (terrorist)
  • Dalam etika dialog yang diamalkan golongan agama Kristian dan Islam dalam beberapa negara di eropah misalnya, dialog antara agama diadakan bertujuan untuk meningkatkan persefahaman dan memperbaiki hubungan melebihi dari berselisih dalam hal doktrin agama. Dialog antara agama yang diamalkan mereka bukan medan untuk mengajak mana-mana penganut agama lain untuk menukar agamanya, apatah lagi menghentam dan membidas doktrin mana-mana agama.
  • Dalam disiplin dialog juga, semua pandangan agama adalah kekal betul pada pandangan pemeluk kepercayaan masing-masing. Tiada siapa boleh memaksa orang lain untuk menafikan pegangan agama yang diyakini mereka. Ia bukan tempat untuk berhujah dan membuktikan pegangan orang lain adalah salah.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-3-2018 02:45 PM | Show all posts
Pendekatan berdialog secara berhikmah dengan ahli kitab (yahudi dan kristian) memang disarankan di dalam Al-Quran seperti dalam ayat 46 surah Al-Ankabut “ Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang baik”. Berdasarkan ayat tersebut, adalah jelas berdialog dengan hikmah dan bijaksana dengan mengemukakan hujah yang benar adalah disyaratkan dalam sesi dialog antara agama. Bagi penganut agama selain daripada Kristian dan Yahudi pendekatan bermujadalah dan berlapang dada adalah disarankan daripada membalas tindakan provokatif dengan cara emosi dan rasa marah sepertimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 34 yang bermaksud “ Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan yang buruk, balaslah dengan cara yang baik. Apabila engkau melakukan demikian maka orang yang menaruh permusuhan denganmu kelak menjadi sahabat karib”.

Dialog antara agama bukan suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan lebih-lebih lagi dalam negara yang mempunyai komposisi kaum yang rencam dan pelbagai latar belakang agama. Menurut Laporan Mesyuarat Dewan Negara pada tahun 2012, kawasan-kawasan yang mempunyai komposisi penduduk yang sama antara kaum adalah dikenal pasti sebagai ‘berisiko’ akan terjadinya ketegangan kaum tidak kira apa faktor yang mencetuskannya sama ada agama, insiden perkauman dan lain-lain lagi. Dalam senario hubungan kaum di Malaysia, dewasa ini isu agama sering menjadi punca pertikaian antara kaum. Perkara berbangkit yang tidak dapat diselesaikan dengan baik dan adil akan membawa justifikasi yang negatif dan menyuburkan rasa prejudis pada kedua-dua belah pihak.

Suatu perkara yang perlu diambil kira jika dialog antara agama akan menjadi agenda dan budaya dalam masyarakat majmuk pada hari ini adalah hal keabsahan agama Islam. Sepertimana sedia maklum, semua pihak terutama penganut agama lain mestilah menghormati peruntukan undang-undang yang termaktub pada perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. – MAJALAH DAKWAH
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.066571 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list