CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1504|Reply: 4

kenapa sampai jadi begini - unilaterally made ?

[Copy link]
Post time 13-3-2018 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 13-3-2018 12:28 PM

Lebih 300 NGO Islam bantah Akta Keharmonian Nasional

PUTRAJAYA 12 Mac – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang mewakili lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam membantah sekeras-kerasnya penggubalan Akta Keharmonian Nasional yang mengugat kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.



Ketua Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya yang telah  memperhalusi draf akta berkenaan dan mendapati ia mengandungi elemen-elemen yang menyamaratakan kedudukan Islam dengan agama-agama lain.


“Selain itu, kuasa yang diberikan kepada Suruhanjaya Keharmonian menerusi akta itu adalah terlalu besar sehingga mempunyai imuniti dan tidak boleh dikenakan tindakan mahupun disaman.


Kuasa yang terlalu besar itu sehingga ia boleh menyentuh agama Islam yang hakikatnya di bawah kuasa negeri-negeri serta raja-raja Melayu,” katanya dalam sidang akhbar selepas pertemuan Ummah bersama NGO-NGO Islam di sini hari ini.



Ujar beliau, pihaknya telah meneliti draf berkenaan menerusi pertemuan dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional  dan difahamkan draf itu masih belum sampai ke peringkat Pejabat Peguam Negara.


“Kami juga menolak akta ini kerana ia tidak melibatkan NGO Islam sebagai pihak berkepentingan sebaliknya pihak tertentu yang ada pandangan berbeza,” katanya.

– UTUSAN ONLINE





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2018 12:20 PM | Show all posts
kenapa sampai jadi begini - apakah suara NGO Islam  tidak didengari ?

dan di sebalik laungan konvensyen kesatuan ummah etc , adalah pihak tertentu masih tidak mendengar suara hati  golongan  yg menyuarakan kepentingan Islam  etc?

siapa yg terbabit dlm penggubalan ini  dan fikrah ...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2018 05:17 PM | Show all posts
sepatutnya  dan sebijaknyalah  agensi kerajaan yg berkaitan Islam dirujuk kerana kepakaran

memasing

like IKIM, JAKIM, ISTAC  - CASIS  ke?

awat tak nak  involved enititi ini?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 12:16 PM | Show all posts
Ya Allah... apa lah nak jadi dengan kepimpinan sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 01:50 PM | Show all posts


apalah korang ni
biasa le camni
lumrah manusia yg syok sangat dgn hawa nafsu

maka mereka2 yg beriman pada ALLAH DAN RASULNYA
kena le jalankan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
................baru le syok idup ni kan kannn kannnnnnnnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.216589 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list