Britain usir 23 diplomat Rusia
Britain mengusir sebanyak 23 orang diplomat Rusia, langkah terbesar sejak Perang Dingin ekoran serangan kimia ke atas bekas ejen risikan negara itu di England, serangan yang dakwa Perdana Menteri, Theresa May didalangi oleh Moscow.
May pada masa sama mengumumkan kemungkinan langkah membekukan aset Rusia yang dianggap mengancam keselamatan negara, undang- undang baharu untuk menangani aktiviti huru hara dan mengecilkan kehadiran rakyat negara ini pada temasya Piala Dunia di Moscow musim panas ini.
Rusia bagaimanapun menafikan pembabitan Moscow dalam serangan ke atas bekas ejen itu, Sergei Skripal dan anak perempuannya,Yulia yang kritikal di hospital sejak mereka ditemukan tidak sedarkan diri pada 4 Mac lalu di bandar Salisbury. - REUTERS
|