PERDANA Menteri Jepun Shinzo Abe menghadiahkan sehelai jersi pasukan Piala Dunia Jepun kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media di kediaman rasminya di Tokyo, Jepun, hari ini.
Menurut laporan Bernama, jersi itu tertera nama Dr Mahathir dan bernombor ‘7’ sempena pelantikan Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia.
Memetik laporan Bernama, Abe berkata, hadiah itu melambangkan harapan agar hubungan persahabatan antara kedua-dua negara bertambah kukuh.
JABE (kanan) menghadiahkan jersi skuad kebangsaan Jepun kepada Mahathir ketika sidang media bersama. FOTO AFP Sementara itu, Dr Mahathir menghadiahkan buku mengenai dirinya kepada Abe dan menzahirkan harapan ia membolehkan Abe mengenalinya.
Dr Mahathir berada di Jepun untuk lawatan kerja tiga hari. Ia juga lawatan sulungnyg ke luar negara sejak dilantik perdana menteri berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum, bulan lalu.
|