''Hanbun, Aoi 半分、青い。'' merupakan asadora ke-98 terbitan NHK, yang dikenali juga dengan judul “Half, Blue” juga mendatangkan aktor terkenal Takeru Satoh. Mei Nagano terpilih untuk melakonkan karakter utama iaitu Suzume Nireno setelah melalui proses audisi seramai 2366 pelakon.
Pada tahun 1971, seorang wanita bernama Suzume Nireno (Mei Nagano) lahir di sebuah restoran kecil di sebuah kota di wilayah Tono di Prefektur Gifu. Dia dilahirkan sebagai anak yang sihat, tetapi ketika bersekolah rendah dia kehilangan pendengaran di salah satu telinga disebabkan penyakit.
Setelah lulus dari sekolah menengah Suzume Nireno bercita-cita menjadi kartunis dan berhijrah ke Tokyo. Di sana, ia berusaha keras tetapi gagal menjadi kartunis. Dia menikah dan mempunyai seorang anak perempuan. Setelah mengalami masalah kewangan dan bercerai dengan suaminya, Suzume Nireno kembali ke kampung halamannya bersama anak perempuan nya. Di sana, ia menghadapi titik balik yang tidak terduga dalam hidupnya.
Post time 10-9-2018 06:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lama dah i x tgk asadora lepas cite Ama-chan kot. Suka jua asadora sbb cite dia pendek2. 15 minit je. Buat selingan time study dulu. 1 episod 1 kali rehat