|
ye ke? alhamdulillah senang bagi org selangor pula untuk berubat.
org sakit kanser ni boleh dapatkan rawatan ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
insyaallah boleh diikhtiarkan .kesembuhan milik mutlak Allah .kita cuma mampu berikhtiar itupun atas izin Allah
|
|
|
|
|
|
|
|
Kepada Muslim yang menderita penyakit gangguan yang kronik dan ada sampai dinasihatkan pergi berubat di tokong, kuil dan seabagainya dengan ini saya menawarkan perkhidmatan merawat .insyaallah kita sama-sama cuba buat yang terbaik . percayalah Al-Quran dah cukup lengkap untuk rawatan yang kita perlukan |
|
|
|
|
|
|
|
@lagendahidup, saya ada pm tuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
soalan umum kepada semua perawat
soalan : ada pendapat yg mengatakan bahawa, adalah tidak boleh utk perawat utk tangkap dan bunuh jin-jin ini semua. sebabnya, kelebihan utk tangkap dan bunuh hanyalah diberikan kepada Nabi Sulaiman. dan, mostly perawat yg mengatakan dia tangkap dan bunuh jin-jin ini adalah menipu ..
apa pendapat tuan/puan sekalian ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pendapat saya boleh ditangkap dan boleh dibunuh tapi bukan la saja saja syok sendiri nak tangkap dan bunuh. ada sebab yang jelas dan cara caranya jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
lagendahidup replied at 25-3-2024 09:09 AM
Pendapat saya boleh ditangkap dan boleh dibunuh tapi bukan la saja saja syok sendiri nak tangkap d ...
Salam tuan nak tanya boleh scan dari jauh ke atau memang kena pergi berdepan utk rawatan? |
|
|
|
|
|
|
|
Wassalam. seeoloknya berdepan tapi kalau jauh sangat mungkin boleh cuba cara lain. boleh PM saya insyaallah
|
|
|
|
|
|
|
|
Baik saya sambungkan satu kisah berkaitan pengalaman saya merawat seorang ibu muda di sebuah perkampungan orang asal. Pada suatu hari saya dapat panggilan telefon yang mintak bantuan untuk rawat seorang perempuan yang dalam keadaan gila menurut ahli keluarganya. Jadi saya tetapkan satu tarikh dan terus ke perkampungan orang asal untuk membuat rawatan.
Sebaik sampai rumah keluarga pesakit saya bertanya dengan lebih lanjut berkaitan keadaan pesakit. Menurut ibu dan ibu saudara pesakit, pesakit yang sebelumnya seorang yang peramah dan ceria berubah menjadi seorang yang pendiam, menolak untuk makan minum, mandi dan bertindak agresif kepada anaknya yang masih kecil yang ketika tu berumur hampir 3 tahun seperti mencekik dan menarik rambut anaknya. Perubahan pada diri pesakit agak mendadak yang tidak ada punca yang dapat dikenal pasti contohnya tidak ada sebarang pergaduhan suami isteri atau masalah kewangan dan semasa saya dipanggil untuk merawat, pesakit dalam proses rujukan ke pakar psikiatri di hospital.
Selepas basa basi lebih kurang saya pun mulakan rawatan. Sebaik rawatan dimulakan pesakit yang mulanya pendiam tiba tiba berubah kelaku. Dalam keadaan berlunjur pesakit mula mencakar badan sendiri. Saya mulakan proses dialog dengan pesakit. Tapi yang menjadi masalahnya ialah pesakit bercakap dalam bahasa satu suku yang lain padahal pesakit bukan suku tersebut. Ahli keluarga pesakit sendiri gagal memahami apa yang pesakit cuba sampaikan sebab bahasa suku yang berbeza. Jadi ayah tiri pesakit panggil seorang orang tua dalam kampung tersebut yang faham bahasa tersebut. Orang tua tadi terangkan apa yang pesakit cakapkan. Daripada apa yang dapat disimipulkan rawan pesakit terikat di sebuah binaan kecik seakan sangkar burung yang diletakkan di tepi air terjun. Rawan pesakit jadi tergantung dan terawang awang menyebabkan pesakit berada dalam keadaan seakan gila.
Alhamdulillah selepas 5 sesi rawatan pesakit kembali sembuh. Dalam kes ni saya sendiri disantau oleh penyihir, alhamdulillah dibantu Allah. Pesakit kembali sembuh selepas ikhtiar ke 5 di mana umbut pisang gala digunakan. Pesan guru saya bagi penyakit berkaitan gila gunakan umbut pisang gala, tebuk lubang pada umbut, masukkan air dan bacakan surah surah terpilih, dan bagi air tadi untuk diminum dan dimandi. Alhamdulillah afiat. Maaf ya cerita ni ringkas sikit. Banyak benda yang terjadi sepanjang rawatan kes ni macam berlawan dengan tukang sihir dan sebagainya cuma saya tak pandai nak coretkan. Nanti ada kelapangan saya ceritakan macam mana tukang sihir ni lakukan sihir pada pesakit dan siapakah pengupah sihir yang datang minta maaf pada keluarga pesakit.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lagendahidup replied at 25-4-2024 02:08 PM
Baik saya sambungkan satu kisah berkaitan pengalaman saya merawat seorang ibu muda di sebuah perkamp ...
ada sambungan tt? |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa sambung tt...
Thread ini bolehlah orang awam faham cerita dari perspektif perawat. Sangat-sangat membantu...
|
|
|
|
|
|
|
|
maaf buat masa ni saya x dapat sambung lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
maaf buat masa ni saya x dapat sambung lagi. saya fokuskan dulu rawatan beberapa kes utama yang ada sekarang
|
|
|
|
|
|
|
| |
|