CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13889|Reply: 5

Maksud Sebenar 'Membawang', Bertindak Sebelum Terlambat

[Copy link]
Post time 21-2-2019 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Pada  zaman ini, gelaran "Makcik Bawang" semakin menjadi buah mulut orang ramai di Malaysia. Gelaran ini menjadi tular pada tahun lalu kerana mereka sering berbicara hal-hal orang lain yang tidak menyenangkan mereka sendiri. Sekarang, telah wujudnya juga kumpulan "Kakak Bawang". "Kakak Bawang" merujuk kepada gadis remaja serta golongan wanita yang berusia 20-an. Apakah menjadi faktor utama kumpulan-kumpulan ini diadakan?.



                                                                                 Kredit foto: google.com/ mak cik bawang






                                                                                                 Kredit foto: google.com/ mak cik bawang


Adakah ianya sekadar gurauan?. Tidak terfikirkah bagaimana perasaan orang yang difitnah secara bahasa mudahnya oleh kedua-kedua kumpulan ini? Maksud "membawang"  pada bahasa asalnya ialah memfitnah. Fitnah merupakan suatu perbuatan yang tidak baik untuk semua orang mahupun si mangsa. Sasaran utama kumpulan "Mak cik dan "Kakak Bawang" ialah seorang mangsa yang mengalami sesuatu perkara yang diluar jangkaan seperti mendapat wang berjuta ringgit, tetapi disalah anggap sebagai mencuri. Haa..., itu lah makna sebenar "membawang".




                                                                                     Kredit foto: google.com/membawang

                                                                                                    Kredit foto: google.com/membawang




Akan tetapi, perbuatan ini juga mempunyai implikasi lain. Contohnya, kesihatan minda terjejas, kehidupan sendiri akan dibandingkan dengan orang lain lalu menyebabkan jatuh sakit, hidup tidak tenteram dan sebagainya. Oleh itu, hindarkan diri daripada kumpulan "Mak cik dan Kakak Bawang". Jika terserempak salah satu daripada mereka, katakan kepada mereka, "Allah Maha Berkuasa, Dia mengetahui setiap kelebihan dan kelemahan para umatnya". Mungkinkah si pelaku berasa cemburu terhadap mangsa? Bagaimana pula dengan pendapat anda semua?


Sebagai hamba Tuhan, kita tiada hak untuk menidakkan keistimewaan orang lain. Kesemua orang memiliki kelebihannya tersendiri. Tidak kasihankah kepada mangsa yang difitnah oleh  kumpulan " Mak cik Bawang"?


Penulis mahu bertanya, dari manakah perkataan "Mak cik bawang" mula hangat diperdengarkan sehingga menjadi trend zaman sekarang? Adakah daripada Dewan Bahasa sendiri?. Jika ada, buktikan kepada saya. Dari mana perkataan tersebut hadir ataupun dicetak di dalam kamus Dewan Bahasa Melayu, tidak kiralah edisi 1,2,3, ataupun 4. Kalau tidak ada di dalam mana-mana edisi kamus dewan, kamu semuadianggap sebagai "pencipta bahasa tidak bertauliah". Kamu tahu bukan apa akibatnya jika melanggar peraturan?






                                                                                                      Kredit foto: google.com/ membawang



             Kredit foto: google.com/ membawang



Lebih teruk lagi, murid sekolah menengah juga turut melakukan budaya "membawang" atau fitnah. Walaupun niat asal mereka hanya mahu bergurau, akan tetapi, bagaimana pula perasaan mangsa mereka?. Mereka sedih atau gembira? Pada pandangan saya, sudah semestinya mereka berasa teramatlah sedih. Apatah lagi jika mereka dimalukan di hadapan guru-guru kelasnya. Percaya ataupun tidak, ini menjadi punca, mengapa ada segelintir murid mahu bertukar sekolah atau berpindah kelas. Disebabkan perbuatan fitnah tanpa disedari si pelaku, mangsa tiada lagi semangat untuk meneruskan pembelajaran.  Fikir baik-baik sebelum bergurau.




Nasihat penulis untuk para pembaca sekalian, kita semua harus sedar maksud "membawang". Secara amnya, "membawang" merujuk kepada fitnah. Setiap hari, para mak cik dan murid perempuan sekolah menengah dan wanita dewasa berumur 20-an ke atas telah memfitnah orang tidak bersalah. Jangan gunakan alasan "sekadar gurauan" menjadi titik tolak ansur dengan mangsa. Mereka ada kehidupan sendiri. Mereka tidak mahu kehidupannya diganggu  oleh orang lain. Penulis mahu bertanya, kalau si mangsa fitnah pembaca, wajar atau tidak dia fitnah kamu semua?




                                                                                        Kredit foto:google.com/ gosip


                                                                                                   Kredit foto: google.com/ gosip




Biar kita hidup tanpa menganggu orang lain, esok hari kita akan dihitung pada hari akhirat- CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 11:59 AM | Show all posts
Penulis sendiri pun tak tahu ke asal usul membawang???

Membawang diambil dari perbuatan makcik-makcik prep kenduri potong bawang, masa tu lah bertukar cerita aka menggosip, teruslah melekat nama 'membawang' tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta: Penulis sendiri pun tak tahu ke asal usul membawang???Membawang diambil dari perbuatan makcik-makcik prep kenduri potong bawang, masa tu lah bertukar  ...

Nama pn penulis..dia tulis ja la kan padahal dia pn xtau hujung pangkal..nanti dia akan dilantik jd editor utk buku abg shahnaz hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 09:23 PM | Show all posts
aktiviti mebawang memang trend sekarang sila berwaspada untuk tidak menjadi target makcik bawang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 04:12 PM | Show all posts
membawang sampai boleh campur tangan masalah peibadi orang lain baik fikir dulu kerana kita pun tak suka orang lain masuk campur dalam urusan peribadi kita sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Best sangat ke kecam pasal orang lain?? . Kalau cam tu,saya nak kecam orang yang komen kat sini boleh?. Kesian kat penulis . Penat dia tulis. Kecaman dia dapat .
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.052381 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list