|
Salaam semua. Confession aku ni bukan nak minta solve apa-apapun, tapi kalau korang boleh bagi komen, pendapat, sangat dialu-alukan.
Aku berasal dari negeri di selatan tanah air. Aku lelaki tapi aku ada minat yang pelik skit. Aku minat pasal rambut. Tapi bukan setakat minat biasa pasal rambut. Aku minat pasal rambut panjang dan suka nak smpan panjang macam perempuan. Tapi aku bukan gay atau LGBT ke apa ke. Pemakaian aku masih kelelakian, still ada janggut semua. Kecenderungan aku masih terhadap perempuan. Cuma bab rambut ni aku suka nak jaga dan simpan panjang macam perempuan. Dan maksud aku simpan panjang tu adalah panjang betul, bukan setakat paras bahu sahaja, tapi kalau boleh nak sepanjang paras lutut, atau lebih. Paras rambut aku sekarang adalah setakat paras dada, dan aku pernah simpan sampai paras bawah pinggang. Tapi aku terpaksa potong sebab masa tu busy gila so rambut aku tak terjaga dan banyak gugur. So aku potong sampai atas paras dada dan aku start simpan panjang balik rambut aku. Aku bukan minat pasal rambut panjang ni bukan sebab minat rock ataupun muzik metal ke apa. Aku pun tak tahu kenapa.
Aku jugak suka pergi ke salon, pergi ke bahagian aksesori rambut dan aku suka beli aksesori rambut, terutamanya sepit, berus, dan getah ikat, padahal aku takkan pakai kat public pun. Berus dan sepit tu dah berapa banyak ada, tapi tak guna semua pun. Aku just suka beli, lepastu try pakai, and then snap gambar. Lepastu aku simpan balik. Even depan parents dan adik beradik aku pun aku tak pakai aksesori2 tu semua. Kalau di public dan depan keluarga aku, aku akan sanggul rambut aku guna stick pendek sahaja supaya tak nampak obvious. Lagipun sanggul tu aku dah pakai bertahun sebab ianya kemas dan tak mengganggu kehidupan seharian aku.
Aku sentiasa adore perempuan sebab diorang boleh simpan rambut diorang sejak kecik lagi whereas aku yang lelaki ni pun boleh simpan pun sejak masuk kolej swasta ni sahaja. Aku selalu adore macam mana laa perempuan jaga rambut diorang sejak kecik tu, bestnya boleh try macam-macam aksesori rambut, bestnya boleh eksperimen hairstyles dengan mak, kakak, ataupun sesama kawan2 perempuan. lepastu kalau simpan sejak kecik, aku selalu imagine panjang mana laa rambut diorg bila dh besar nanti semua.
Minat aku ni drag sampai ke socmed. Aku ada akaun alternatif untuk rambut. Kat situ mmg semua akaun aku follow psl rambut je. Kebanyakannya personaliti luar negara sebab tak ramai perempuan melayu Malaysia yang suka pasal rambut panjang (ke aku yg tak tahu? Entah). Banyak jugak akaun yang sama mcm aku, tengah dalam hair growing journey, cumanya aku lelaki. Yg lain tu perempuan. Aku selalu dm diorang, tanya pasal haircare, pasal cara nak jaga dan simpan rambut panjang, etc. Dan aku akan heartbroken kalau ada di kalangan akaun2 rambut panjang tu, diorang potong rambut, especially kalau pendek gila mcm paras dada ke, paras bahu ke, atau pendek lagi. Aku akan kecewa, sakit hati, dan heartbroken. Aku pun tak tahu kenapa. Sama juga kalau ada scene potong rambut watak perempuan dalam drama ke movie ke apa, aku akan jadi sakit hati dan kecewa. Padahal aku tak kenal pun orang tu, tapi aku plak yang heartbroken terlebih .
TAPI, walaupun aku minat pasal rambut panjang, tapi aku sendiri tak suka tengok lelaki rambut panjang, dan tak follow akaun2 lelaki rambut panjang, walaupun aku sendiri lelaki.
Aku rasa ini adalah antara sebab kenapa aku masih single smpai sekarang sbb selain tak hensem, dan disebabkan aku rambut panjang ni jugak. Yelah, perempuan suka lelaki rambut pendek kan. "Kemas" dan "smart" kata mereka. Tapi walaupun dengan perasaan gitu, aku still keras hati dan tak ready nak potong rambut sebab aku ada target aku sendiri. Dan aku harap bakal isteri aku nanti ada passion sama mcm aku ni, walaupun susah gila nak jumpa perempuan melayu suka lelaki rambut panjang especially kalau panjang terlebih ni.
Aku pun selalu imagine, kalau satu masa nnt dh kahwin, bila dpt wife yg sama2 passionate psl rambut panjang, lepastu dpt anak perempuan, haaa mmg bolehlaa sama2 jaga share psl haircare, beli aksesori rambut sama2, lepastu buat hairstyles (tocang sanggul segala) pada rambut masing2. Hahahahaha
Aku pun tak tahu adakah ini masalah mental ataupun kecelaruan identiti, atau apa. Maaf mengganggu masa korang baca celoteh entah apa-apa dari aku ni ye. Huhuhuhu
Terima kasih atas apa-apa komen dan pendapat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|