Dalam keadaan ekonomi yg terkesan akibat jebon Covid-19 sekarang, ramai antara kita atau yg kita kenal sama ada gaji dipotong, diberikan cuti tanpa gaji dan ada yg diberhentikan kerja.
Jadi aku ada bbrp barang/item kegunaan pesakit terlantar insyaallah yg angpa boleh jadikan sumber pendapatan sampingan yg membantu mengurangkan bebanan kewangan angpa.
Aku tak minat berniaga...jadi dari aku biar tengok duit keluar ke China beli barang utk pesakit. Baik duit tu aku tengok angpa jadi kaya raya.
1. Baju utk pesakit terlantar. Baju ni idea asal dari Germany.. Biasa la dapat kat china habis dia tiru. Depa jual kat Shopee dan lazada paling murah RM80++. Baju ni boleh dicabut terus sebab hanya guna butang/pelekat saja. Baju ni sangat memudahkan kerja2 nak tukar dan pakai baju pesakit terutamanya yg terlantar. Kalau angpa boleh modify baju kurung/kedah dan baju Melayu jadi mcm ni aku mmg yakin masyuk.
2. Pengikat kaki dan tangan berspan. Pengikat ni digunakan utk pesakit yg agresif. Pesakit terlantar pun ada yg agresif. Kat shopee jual rm18.90 tapi material tak elok. Aku dah beli dan guna utk tok sebab tok asyik cabut catheter yg dimasukkan ke buah pinggang dia.
3. Pelapik kalis air yg boleh dibasuh. Pelapik ni kalau di hospital kerajaan dipanggil LP. Bukan saja senang nak tarik pesakit tapi juga boleh mandi pesakit atas katil. Aku selalu mandikan tok atas katil kalau aku rajin. Kalau aku malas aku lap badan sajork. Tapi lap pun aku sabunkan tau. pelapik ni 2 lapisan. Kedua2 lapisan dari kain kalis air.
4. Restraint jacket ni fungsinya utk menghalang pesakit cederakan diri.. Harga kat shopee biasa la rm60++
5. Alatan utk elak kaki pesakit luka. Masa aku beli produk ni kat China tak wujud lagi.. Aku beli dari Aussie company dari Norway.. Sebelah saja harga RM180..huhuhu.. Skrg dah banyak dari China. Bahan paling utama ada memory span.
6. Mitten/sarung tangan pesakit. Aku guna mitten utk tok supaya dia tak mengaru dan lukakan badan sendiri. Aku suka yg jenis kembung mcm ni sebab lembut utk pesakit berbanding yg boh plastik dari china.
Nanti aku update lagi barang2 yg angpa boleh jahit dan jual.
Kepada Mod kalau silap bod.. Tolong pindah ke bod sepatutnya. Tqqq
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register