CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1521|Reply: 3

[SARAWAK] Mayat lelaki jatuh bot ekspres ditemui

[Copy link]
Post time 14-10-2020 06:55 PM | Show all posts |Read mode
SIBU: Seorang lelaki yang terjatuh dari bot ekspres ke dalam Batang Rajang pada Isnin, ditemui lemas hari ini.



Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 4 Sibu, Janggan Muling berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Neckson Entingai Isek, 39, ditemui terapung sekitar 11.28 pagi.

"Mayat mangsa ditemui pasukan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak pada jarak kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian.

"Mangsa kemudian dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, dengan penemuan mayat itu pihak polis telah menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 12 tengah hari tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 8.00 pagi pada Isnin, mangsa bersama bapa mentuanya dikatakan duduk di belakang sebuah bot ekspres sebelum bertolak ke Daro.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan tiba-tiba terjatuh ke dalam sungai lalu tenggelam di dermaga ekspres Daro di Jalan Khoo Peng Loong.

Usaha untuk menyelamatkan mangsa ketika itu gagal di mana ketika itu air pasang besar.

Menurut Janggan, operasi SAR dijalankan pada radius dua kilometer dari tempat kejadian  sehingga mayat ditemui pada hari ini.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dan juga Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah terlibat dalam operasi itu yang turut dibantu pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.


Michael Ubam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2020 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada keluarga mangsa.Pernah tengok majalah 3 berkenaan bot ekspres.Macam best jer kalau dapat naik pergi dan balik.nak tengok pemandangan kampung sepanjang sungai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2020 01:48 PM | Show all posts
Belibis replied at 14-10-2020 08:32 PM
Takziah kepada keluarga mangsa.Pernah tengok majalah 3 berkenaan bot ekspres.Macam best jer kalau da ...
FC kalau nak ke bandar besar ... 3jam dari sini ... akan naik express boat ...

express boat





bahagian dalam nya .. atas tu life jacket






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2020 01:50 PM | Show all posts
Dalam kejadian sekitar jam 8.00 pagi pada Isnin, mangsa bersama bapa mentuanya dikatakan duduk di belakang sebuah bot ekspres sebelum bertolak ke Daro.
duduk kat belakang tu agak merbahaya juga ... macam duduk kat atas tembok balkoni rumah flat... gtu la kalo nak senang faham...

Takziah kepada keluarga ...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.063477 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list