View: 1231|Reply: 0
|
Misbun Puas Hati Prestasi Pemain Muda Negara - Berita Harian
[Copy link]
|
|
Helmi Talkah
[email protected]
KUALA LUMPUR: Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek secara keseluruhannya berpuas hati dengan tahap prestasi semasa pemain muda negara biarpun 10 bulan tanpa sebarang kejohanan antarabangsa.
Katanya, usaha BAM menganjurkan kejohanan simulasi termasuk Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja yang berakhir Jumaat lalu memberi peluang bukan sahaja kepada pemain malah barisan kejurulatihan untuk melakukan penilaian secara berterusan.
"Inilah objektif yag kita mahu. Ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita merancang bagaimana mahu adakan latihan untuk pemain bila mereka datang.
"Untuk pemain bawah 18 tahun, lebih empat bulan menjalani latihan, kita adakan pertandingan cabaran ranking, play off dan sekarang ini kejohanan berpasukan campuran.
"Jadi, daripada keseluruhan objektif yang kita mahu, semuanya pada saya tercapai. Yang penting keseronokkan mereka, prestasi mereka dan keputusan yang terhasil oleh pemain pemain individu adalah atas hasil usaha mereka dan barisan kejurulatihan,"kata Misbun.
Misbun, berkata modul latihan yang diterapkan untuk pemain berjaya membentuk ketahanan serta kemahiran individu selain jurang antara mereka tidak terlalu jauh.
"Kita lihat ketika mereka bermain, jarak mata begitu hampir kerana ada peningkatan dari aspek kecergasan. Intensiti dan cara mereka bermain sangat berbeza berbanding ketika mereka mula masuk.
"Apa yang kita lihat ketika ini adalah mencapai seperti yang ditetapkan dalam KPI (petunjuk prestasi utama)," katanya.
Pemain remaja negara akan diberi rehat selama dua minggu bermula Selasa ini dan dijadual melaporkan diri semula pada 4 Januari. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|