CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1003|Reply: 3

[SARAWAK] Polis langgar Polis sebab dadah

[Copy link]
Post time 22-1-2021 06:07 AM | Show all posts |Read mode
Anggota polis ditangkap,  suspek lari diri langgar polis

KUCHING: Seorang anggota polis ditangkap dalam serbuan di sebuah Residents di Jalan Datuk Tawi Sli pada Selasa lalu.

Anggota polis berusia 39 tahun itu ditangkap bersama-sama seorang lagi suspek, pembantu kedai aksesori kereta berusia 42 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak ACP Jasmirol Jamaluddin berkata, hasil pemeriksaan berjaya menemui dadah bernilai RM139,270 iaitu syabu : 3,087.7 Gram (RM128,770.00) dan serbuk campuran ecstasy: 531gram (21 paket) (RM10,500)

"Semasa serbuan dan penahanan dilakukan, anggota polis tersebut didapati sedang memegang satu kotak warna coklat manakala suspek kedua berada di luar kaunter pendaftaran.

"Suspek kedua bertindak cuba melarikan diri ke arah sebuah kenderaan yang berada di tepi bangunan, namun berjaya ditangkap," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, suspek yang bertindak melarikan diri tersebut telah melanggar seorang pegawai polis.

Menurutnya, pegawai polis tersebut telah dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan pesakit luar.

"Kedua-dua suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibawa ke pejabat JSJN IPK Sarawak untuk tindakan selanjutnya. Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek didapati positif dadah Methamphetamine. Oleh itu, kedua-dua saspek turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952," katanya.

Kedua-dua suspek juga didapati positif Methamphetamine dan kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 27 Januari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup atau jika tidak dihukum mati, akan disebat tidak kurang daripada 15 sebatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2021 06:09 AM | Show all posts
Hijau Polis jahat

Biru Polis baik


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 22-1-2021 06:09 AM
Hijau Polis jahat

Biru Polis baik

Hahahh...Fc siap ada kaler2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2021 05:40 AM | Show all posts
Lengkong replied at 22-1-2021 08:26 AM
Hahahh...Fc siap ada kaler2
FC sendiri baca memula agak keliru




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.048949 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list