CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1066|Reply: 13

[SARAWAK] Covid 19 23/01/2021

[Copy link]
Post time 23-1-2021 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 23-1-2021 07:07 PM
Hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 26 kes.

Manakala terdapat 193 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (138), Bintulu (10), Kuching (9), Dalat (9), Kapit (7), Sebauh (4), Kanowit (2), Selangau (2), Bau (1) dan Limbang (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 3,124 kes.

A. Kes Kematian Baharu COVID-19
I. Kes Kematian Ke-25.
Kes kematian ke-25 merupakan kes ke-2,947 merupakan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 35 tahun telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 22 Januari 2021. Kes dibawa ke hospital kerana mengalami masalah kesukaran bernafas dan seterusnya dimasukkan tiub bagi bantuan pernafasan.
Mengikut sejarah penyakit, kes mempunyai simptom demam, batuk dan kahak berdarah. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 23 Januari 2021 jam 5.20 pagi di Hospital Sibu. Saringan ujian rt-PCR COVID-19 pada 16 Januari 2021 adalah positif dan ujian RTK Ag yang dijalankan pada 22 Januari 2021 juga dikesan positif COVID-19. Kes ini mempunyai ko-morbid seperti penyakit darah tinggi dan obesiti.

II. Kes Kematian Ke-26.
Kes kematian ke-26 merupakan kes ke-1,892 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 74 tahun telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 14 Januari 2021. Kes ini dimasukkan ke Hospital Sibu kerana saringan rt-PCR COVID-19 pada 13 Januari 2021 di pusat jagaan dan telah didapati positif pada 14 Januari 2021.
Bermula 18 Januari 2021, keadaan kesihatan kes mula menurun dan memerlukan bantuan pernafasan. Kes telah disahkan meninggal dunia pada 23 Januari 2021 jam 10.02 pagi di Hospital Sibu. Kes ini juga mempunyai ko- morbid iaitu penyakit darah tinggi dan penyakit Tuberkulosis (batuk kering).
Dimaklumkan juga bahawa kes ini adalah daripada Kluster Pasai.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada ahli keluarga mangsa.

B. Kes Baharu COVID-19
I. Daerah Sibu (138 Kes)
a) 114 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
b) 24 kes lain-lain saringan COVID-19 melibatkan individu yang
menjalani saringan di pusat-pusat kesihatan di Daerah Sibu. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.

II. Daerah Miri (12 Kes)
a) 5 kes yang melibatkan Kluster Rakut. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
b) 4 kes yang melibatkan Kluster Pasai. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
c) 2 kes saringan kontak kepada kes positif COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
d) 1 kes saringan petugas kesihatan. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.

III. Daerah Bintulu (10 Kes)
a) 7 kes lain-lain saringan COVID-19 melibatkan individu yang menjalani saringan di pusat kesihatan di Daerah Bintulu. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
b) 2 kes yang melibatkan Kluster Rakut. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
c) 1 kes yang melibatkan Kluster Rakut. Kes dikategorikan sebagai kes Import C dari Daerah Miri.

IV. Daerah Kuching (9 Kes)
a) 6 kes lain-lain saringan COVID-19 melibatkan individu yang menjalani saringan di pusat kesihatan di Daerah Kuching. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
b) 3 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif melibatkan Kluster Rakut. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.

V. Daerah Dalat (9 Kes)
a) 9 kes yang melibatkan Kluster Pasai.

VI. Daerah Kapit (5 Kes)
a) 3 kes yang melibatkan Kluster Pasai. Kes dikategorikan sebagai kes Import C dari Daerah Sibu.
b) 1 kes yang melibatkan Kluster Pasai. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
c) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 melibatkan individu yang menjalani saringan di pusat kesihatan di Daerah Kapit. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.

VII. Daerah Sebauh (4 Kes)
a) 4 kes yang melibatkan Kluster Bukit Sekubong. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.

VIII. Daerah Kanowit (2 Kes)
a) 2 kes lain-lain saringan COVID-19 melibatkan individu yang menjalani saringan di pusat kesihatan di Daerah Kanowit. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.

IX. Daerah Selangau (2 Kes)
a) 2 kes yang melibatkan Kluster Pasai. Kes dikategorikan
sebagai kes jangkitan tempatan.

X. Daerah Bau (1 Kes)
a) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 melibatkan individu yang menjalani saringan di pusat kesihatan di Daerah Bau. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.

XI. Daerah Limbang (1 Kes)
d) Satu (1) kes merupakan individu yang menjalani saringan di pusat kesihatan di Daerah Limbang. Kes dikategorikan sebagai kes Import C dari Daerah Miri.

C. Kluster Yang Masih Aktif.
Hari ini terdapat lapan (8) kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu:

I. Kluster Rakut, Miri : terdapat penambahan 11 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 44 kes. Sejumlah 150 individu telah disaring, dimana 78 negatif dan 28 masih menunggu keputusan makmal.

II. Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : terdapat penambahan empat (4) kes hari menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 30 kes. Sejumlah 280 individu telah disaring, dimana 240 negatif dan 10 masih menunggu keputusan makmal.

III. Kluster Jelita, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 40 kes. Sejumlah 220 individu telah disaring, dimana 165 negatif dan 15 masih menunggu keputusan makmal.

IV. Kluster Pasai, Sibu : terdapat penambahan 132 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,275 kes. Sejumlah 12,250 individu telah disaring, dimana 9,250 negatif dan 1,725 masih menunggu keputusan makmal.

V. Kluster Keranji Tabuan, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kes kekal 15 kes. Sejumlah 181 individu telah disaring, dimana 166 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

VI. Kluster Bah Sayap, Miri : terdapat penambahan satu (1) kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 94 kes. Sejumlah 800 individu telah disaring, dimana 681 negatif dan 25 masih menunggu keputusan makmal.

VII. Kluster Stutong, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kes kekal 40 kes. Sejumlah 550 individu telah disaring dimana 510 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

VIII. Kluster Mador, Meradong : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kes kekal lapan (8) kes. Sejumlah 1,238 individu telah disaring, dimana 1,230 negatif.

D. Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Pengasingan Hospital
Terdapat 134 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dari Hospital Sibu (90), Hospital Miri (18), Hospital Bintulu (18) dan Hospital Umum Sarawak (8). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 1,593 orang atau 50.99% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital adalah seramai 1,500 orang iaitu:
• 1,061 kes di Hospital Sibu;
• 235 kes di Hospital Miri;
• 135 kes di Hospital Umum Sarawak;
• 68 kes di Hospital Bintulu; dan
• 1 kes di Hospital Limbang.
Dengan penambahan dua (2) kes baharu kematian akibat jangkitan COVID-19 pada hari ini, jumlah kes kematian akibat COVID-19 di Sarawak telah meningkat kepada kepada 26 orang atau 0.83% dari jumlah keseluruhan kes psitif COVID-19.
Hari ini, 291 PUI baru telah dilaporkan dan 95 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

E. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.
Hari ini, Daerah Bintulu telah bertukar status dari status Kuning kepada Jingga setelah mencatatkan sebanyak 29 kes dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Bau pula telah bertukar status sari status Hijau kepada status Kuning setelah satu (1) kes baharu dilaporkan di daerah ini menjadikan sejumlah satu (1) kes jangkitan tempatan yang dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Kuching, Sibu, Miri, Beluru dan Kanowit kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,512 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lima (5) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Sebauh dan Dalat juga kekal berstatus Jingga dengan 62 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Daro, Pakan, Serian, Subis, Belaga, Betong, Meradong, Julau, Kapit, Simunjan, Asajaya, Lubok Antu, Sarikei, Limbang, Selangau, Samarahan dan Sri Aman kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 82 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Manakala 14 daerah lain kekal berstatus Hijau.

2. LAPORAN NOTIS KOMPAUN/AMARAN/SITAAN
Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak enam (6) kompaun di daerah Padawan (3), Saratok (2) dan Samarahan (1) kerana telah melanggar SOP.
Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah mengeluarkan 121 notis amaran lisan dan bertulis di bawah PBT seliaan mereka iaitu MPP (36), DBKU (34), SMC (24), MD Marudi (14), MBKS (5), BDA (4), MD Serian (3) dan MB Miri (1).
Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives
Jaga Sarawak, Intu Sarawak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2021 07:00 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2021 07:05 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2021 07:06 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2021 07:08 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2021 07:09 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-1-2021 07:10 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2021 07:11 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2021 07:12 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahsyat Kluster Pasai ni...dr 1 ore......dah pon 'membunuh'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2021 07:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2021 07:15 PM | Show all posts
Skuau replied at 23-1-2021 07:12 PM
Dahsyat Kluster Pasai ni...dr 1 ore......dah pon 'membunuh'.
tu la pasai...

tapi sikap sesetengah orang yang ambil mudah ... juga menyumbang kepada merebak nya kluster ni...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2021 07:16 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2021 07:16 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.050743 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list