CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1275|Reply: 8

[SARAWAK] Covid 19 24/01/2021

[Copy link]
Post time 24-1-2021 05:48 PM | Show all posts |Read mode

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2021 05:54 PM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 24-1-2021 05:58 PM
Hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 28 kes.

Manakala terdapat 255 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (71), Miri (57), Kanowit (30), Song (27), Betong (14), Dalat (9), Bintulu (9), Serian (8), Subis (8), Sarikei (5), Matu (5), Kapit (3), Sebauh (3), Kuching (2), Beluru (2), Bukit Mabong (1) dan Tatau (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 3,379 kes.

A. Kes Kematian Baharu COVID-19
I. Kes Kematian Ke-27.
Kes kematian ke-27 merupakan kes Ke-2,963 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 53 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Sibu pada 20 Januari 2021. Kes mengalami masalah kesukaran bernafas dan seterusnya dimasukkan tiub bagi bantuan pernafasan.
Kes telah disahkan meninggal dunia pada 20 Januari 2021 jam 11.47 malam di Hospital Sibu. Saringan ujian rt-PCR telah dijalankan pada 21 Januari 2021 dan didapati positif COVID-19. Kes ini juga mempunyai ko-morbid seperti penyakit kencing manis, penyakit darah tinggi dan kegagalan fungsi buah pinggang. Kes ini adalah daripada Kluster Pasai.

II. Kes Kematian Ke-28
Kes kematian ke-28 merupakan kes ke-2,675 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 91 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 16 Januari 2021. Kes ini telah dirujuk ke Hospital Sibu dari sebuah pusat jagaan kerana mengalami gejala demam dan batuk bermula 15 Januari 2021. Saringan ujian rt-PCR COVID-19 telah dibuat pada 18 Januari 2021 dan didapati positif pada 21 Januari 2021.
Keadaan kesihatan kes juga mula menurun dan memerlukan bantuan pernafasan. Kes telah disahkan meninggal dunia pada 23 Januari 2021 jam 4.31 pagi di Hospital Sibu. Kes ini juga mempunyai komorbid iaitu Penyakit Darah Tinggi, Penyakit Jantung dan Strok. Dimaklumkan juga bahawa kes ini adalah daripada Kluster Pasai.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak ingin mengucapkan Takziah kepada ahli keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2021 05:55 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2021 05:58 PM | Show all posts
Sarawak Update 24-1-2021
Please take note of the location & time visited by positive cases in Kuching, Sibu, Kanowit, Miri & Bintulu, identified after the locations are risk assessed by medical specialists.




credit

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2021 06:00 PM | Show all posts


credit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2021 06:03 PM | Show all posts
Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.

Hari ini, Daerah Song dan Betong telah bertukar status dari status Hijau kepada Jingga setelah mencatatkan sejumlah 55 (Song: 27) dan (Betong: 28) kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Tatau pula telah bertukar status dari status Hijau kepada status Kuning setelah satu (1) kes jangkitan tempatan yang dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kuching, Sibu, Miri, Beluru dan Kanowit kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1662 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lima (5) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Bintulu, Sebauh dan Dalat juga kekal berstatus Jingga dengan 111 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Bukit Mabong, Bau, Pakan, Serian, Subis, Belaga, Meradong, Julau, Kapit, Simunjan, Asajaya, Lubok Antu, Sarikei, Limbang, Selangau, Samarahan, Sri Aman kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 81 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala 12 daerah yang lain kekal berstatus Hijau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-1-2021 06:11 PM | Show all posts
Sarawak has recorded 2 deaths & highest daily 255 new cases of today
Deepest condolences to the family of the victims 😔 both local & related to Cluster Pasai


Woman, 53, admitted to Sibu Hospital on Jan 20, passed away same night.
Man, 91, admitted to Sibu Hospital on Jan 16, passed away Jan 23.

New cases in Sarawak:
71 in Sibu, Cluster Pasai (42), others (29)
57 in Miri, Cluster Rakut (21), Cluster Jelita (6), Cluster Pasai (4), Cluster Bah Sayap (1),other (25)
Betong (14) - Cluster Pasai (13), other (1)
9 in Dalat - Cluster Pasai (7), other (2)
9 in Bintulu, Cluster Rakut (4), Cluster Pasai (3), other (2)
8 in Serian, close contact
5 in Sarikei, Cluster Pasai (1), other (4)
5 in Matu, Import from Sibu
3 in Kapit, Cluster Pasai (1), other (2)
2 in Kuching, close contact (1), symptomatic screening (1)
Kanowit (30) ,Song (27), Subis (8 ) all Cluster Pasai
Sebauh (3) , Beluru (2) Bukit Mabong (1 ) Tatau (1)

credit

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2021 08:44 AM | Show all posts
Kepada sesiapa yang pernah mengunjungi rumah panjang tersebut dalam tempoh yang dinyatakan dibawah

Salam Sejahtera,
Pihak Pejabat Kesihatan Bahagian KAPIT dimaklumkan bahawa ada kes Positif bagi Covid-19 di lokaliti Tersebut.
Tempat:
1. Rh Gelana ,Nanga Tekalit Song.
Tempoh :
07 January 2021 hingga 18 Januari 2021

Mohon sesiapa yang ada *HADIR* ke Rh Panjang tersebut untuk berhubung dengan Unit Kawalan Penyakit (CDC) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berikut:
PKD Kapit   : 084-799264
PKD Song   : 084-777833
PKD Belaga: 086-461128
Atau Pihak Tuan/Puan juga boleh terus pergi ke mana - mana pusat saringan Covid-19 yang terdekat dengan anda seperti berikut :
1. Klinik Kesihatan Kapit
2. Klinik Kesihatan Song
3. Klinik Kesihatan Belaga
4. Klinik Kesihatan Sungai Asap
Stay Safe, Jaga Jarak, Intu Menua Kitai Kapit, Song ngau Belaga
Sekian,
Pejabat Kesihatan Bahagian Kapit
24/01/2021
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2021 08:45 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.047782 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list