View: 1651|Reply: 10
|
[SARAWAK] Lelaki ditangkap ugut bunuh isteri dan keluarga jika fail cerai
[Copy link]
|
|
KUCHING: Seorang lelaki yang mengugut bunuh isteri dan keluarga jika memfailkan penceraian diberkas di sebuah rumah pekerja tidak bernombor berhampiran tanah perkuburan di Batu 14 Jalan Puncak Borneo, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata, suspek berusia 28 tahun ditangkap sekitar jam 12.45 tengah hari oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.
Jelasnya, sebelum ini iaitu pada 14 Januari 2021 sekitar jam 11 malam, suspek datang ke rumah isterinya di Batu 14 Jalan Penrissen dan telah mengugut akan bunuh isterinya dan keluarga jika memfailkan perceraian.
"Suspek mengaku ada mengugut isterinya jika isterinya ada memfailkan perceraian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Aidil lagi, berikutan itu suspek ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Tegasnya, suspek juga akan menjalani ujian saringan air kencing dan direman.
Selain itu, katanya, suspek turut mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Rusnan Mustafa
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
memang patut minta cerai pun dari lelaki camni...
|
|
|
|
|
|
|
|
salam.. ni test6 letak pix jap
hmmmm boleh la pulak
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ngapa tak boleh dalam bod perubatan? |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 5-2-2021 03:39 PM
jawapan ada kat sini
ohh.. sbb today k dila pun pestime tepek gambar guna laptop... heheheh tu jakun sikit... mekasih fc |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan ...
rasa pelik pula arini...
selalu bila dah refresh brower ... dah dapat tau...
ni kat sini jer boleh upload gambar ...
tadi try kat Perubatan dan C.I ... tak boleh
sat nak try lagi sana
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 5-2-2021 06:10 PM
tapi kan ...
rasa pelik pula arini...
ye ke... jap try jugak |
|
|
|
|
|
|
|
semua sub Board bawah SEMASA - C.I , Viral dengan Perubatan ... tak boleh
lain2 BOARD boleh jer
dah try lagi tak...?
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 7-2-2021 07:47 AM
semua sub Board bawah SEMASA - C.I , Viral dengan Perubatan ... tak boleh
morning.. aah xboleh... ipes pun try xboleh.. hmm nape ek |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|