Aksi Soon Huat-Shevon pada aksi separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF.
Berita Harian
Sukhairi Thani
[email protected]
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mempunyai wakil pada aksi final Jelajah Dunia Akhir BWF di Bangkok esok selepas beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai tewas di separuh akhir sebentar tadi.
Soon Huat-Shevon tewas di tangan pasangan Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yujung 19-21, 8-21 dalam tempoh 39 minit sekali gus mengekori jejak kekalahan beregu wanita Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang ditunjuk jalan keluar oleh rakan sepasukan Seung Jae-Yujung, Shin Seung Chan-Lee So Hee 14-21, 15-21 tengahari tadi.
Seung Jae-Yujung dijadual bertemu pasangan tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai manakala Seung Chan-So Hee berdepan rakan senegara Kim So Yeong-Kong Hee Yong pada aksi final esok.
Untuk aksi perseorangan lelaki, Viktor Axelsen yang sebelum ini memenangi Yonex Terbuka Thailand dan Toyota Terbuka Thailand bertemu rakan senegara Anders Antonsen. |