CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1267|Reply: 2

[SABAH] Jalan Jadi ‘Sup Lumpur’ Ketika Hujan, Penduduk Kg Sungai Magandai Mender

[Copy link]
Post time 31-1-2021 07:25 PM | Show all posts |Read mode

Gambar seorang lelaki yang terperangkap ketika cuba melalui jalan berlumpur ke Kampung Sungai Magandai yang tular di media sosial (Gambar Facebook)


FMT

Durie Rainer Fong

KOTA KINABALU: Kampung Sungai Magandai tiada bezanya dengan kampung-kampung pedalaman lain di Sabah – suasananya tenang dan penduduknya ramah.

Tetapi untuk sampai ke kampung yang didiami sekitar 300 penduduk itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Pada hari-hari hujan, laluan utamanya berubah menjadi “sup lumpur”, dan sukar dilalui hatta oleh kenderaan pacuan empat roda terbaik sekalipun.

Kampung ini, yang didiami etnik Dusun Sonsogon, terletak jauh di kawasan pedalaman, kira-kira 40km dari bandar Kota Marudu di utara Sabah.

Kebanyakan penduduknya adalah petani.

“Pada hari-hari ‘kering’, kami hanya memerlukan sekitar satu setengah hingga dua jam, tetapi apabila hujan, kami mengambil masa antara empat hingga lima jam hanya untuk sampai ke kampung,” kata salah seorang penduduk Kampung Sungai Magandai, Nurziati Solboy, 25.

“Jalan itu banyak dilalui lori balak yang menjadikan keadaan lebih buruk. Tambahan pula dengan kejadian tanah runtuh yang membawa lebih banyak runtuhan tanah … kadang-kadang (jalan) tidak dapat dilalui.”


Kedua-dua tayar motosikal terbenam di dalam lumpur. (Gambar Facebook)


Laluan ini juga digunakan oleh penduduk kira-kira enam kampung lain yang terletak di sepanjangnya, dengan Kampung Sungai Magandai berada paling hujung.

Secara keseluruhan, dianggarkan sekitar 3,000 orang tinggal di tujuh kampung tersebut.

Terdapat banyak laporan berita mengenai keadaan yang ditanggung penduduk kampung, tetapi penderitaan mereka kembali mendapat perhatian setelah gambar seorang lelaki yang cuba menggunakan jalan tersebut tersebar di media sosial.

Lelaki itu kelihatan kecewa ketika beliau duduk di jalan berlumpur, mengadap motosikalnya yang tersangkut.

“Ya, saya nampak gambar itu di Facebook. Dia seorang guru di SK Magandai di kampung kami … dia keletihan setelah cuba menolak motosikalnya,” kata Nurziati.

Kiriman gambar itu banyak kali dikongsi dan menerima banyak komen, dengan netizen berkata, gambar itu benar-benar melambangkan emosi penduduk luar bandar di Sabah.

“Ramai guru lain yang mengalami kerosakan kereta dan motosikal apabila cuba melalui jalan tersebut dan akhirnya terperangkap dalam lumpur.

“Penduduk kampung juga berasa buntu kerana mereka perlu berkejar-kejar untuk memastikan sayur-sayuran yang mereka tuai sampai di pasar di bandar sebelum ia busuk.


Penduduk kampung keletihan setelah cuba melalui jalan berlumpur tersebut. (Gambar kiriman penduduk kampung)


“Tidak ada masalah ketika cuaca baik, tetapi tidak pada hari hujan. Menjual hasil sayur-sayuran adalah pendapatan utama kami … sukar apabila terdapat jalan seperti ini dan semua penduduk kampung kecewa,” katanya.

Tambah Nurziati, pelajar sekolah menengah di kampung itu juga berulang kali terpaksa menangguhkan kepulangan mereka ke asrama di bandar.

“Biasanya hujan turun lebat menjelang akhir bulan Dis dan pelajar harus meminta izin sekolah mereka untuk tidak kembali sehingga jalan pulih.

“Mereka hanya dapat kembali ke asrama dua hingga tiga minggu kemudian (setelah sekolah bermula) dan banyak kali diberi amaran oleh sekolah supaya tidak menunda kepulangan mereka,” katanya.

Mendapatkan perkhidmatan perubatan yang sempurna juga menjadi antara keresahan lain kepada penduduk, dengan jarak yang jauh dan keadaan jalan yang sebegitu buruk, tambah Nurziati.

Tetapi penduduk kampung berterima kasih kepada banyak agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang sering mengunjungi kampung untuk menjalankan saringan perubatan dan juga menghulurkan bantuan.

Menurut Nurziati, kerajaan sudah lama memberikan kelulusan untuk naik taraf jalan tersebut tetapi kesalnya, tiada kerja berjalan.

“Saya tidak tahu apakah yang harus saya katakan mengenai perkara ini kerana hanya orang politik yang akan tahu, jadi saya tidak boleh komen,” katanya, sambil menambah, mereka mengemukakan banyak rayuan mengenai perkara itu.

“Tetapi bagi pihak penduduk kampung, kami sekali lagi meminta pihak berwajib supaya memberi perhatian terhadap masalah kami dan mempercepat kerja-kerja untuk jalan itu.

“Selain penduduk kampung, saya sangat kasihan dengan guru kerana mereka melakukan yang terbaik untuk datang ke kampung dan memastikan anak-anak kami mendapat pendidikan selayaknya,” katanya.

Selain jalan yang bermasalah itu, Kampung Sungai Magandai juga hampir tidak mempunyai isyarat internet, sekali gus memutuskan hubungan kampung tersebut dengan dunia luar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2021 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah.. Balaaaaaa kesiannnn
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ciannyer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.066187 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list