|
KUCHING, 1 Februari : Seorang warga emas menghembuskan nafas terakhir kerana dipercayai tergelincir di perkarangan bangunan Wisma Bukit Mata, Kuching pagi tadi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi CATS FM mengesahkan perkara itu dan berkata, maklumat awal mendapati nadi lelaki yang berusia lewat 70 tahun itu berada dalam keadaan lemah semasa dijumpai oleh orang awam.
Bagaimanapun, lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi selepas usaha memberi bantuan kecemasan pernafasan (CPR) selama 10 minit itu tiada tindak balas.
Katanya lagi, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan difahamkan, anak kepada si mati sudah berjaya dikesan.
credit ITS
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|