CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 843|Reply: 0

[SABAH] Kerajaan Sabah Serah Bantuan Kewangan Kepada Sekolah, Tokong, Dan Persat

[Copy link]
Post time 1-2-2021 05:12 PM | Show all posts |Read mode

Hajiji (dua dari kanan) menyampaikan simbol penyerahan bantuan kewangan kerajaan negeri kepada Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah TC Goh di PPNS hari ini. (Gambar JKM)


FMT

Willie Jude

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri hari ini menyerahkan bantuan kewangan berjumlah RM19.7 juta kepada sekolah Cina, termasuk sekolah persendirian, tadika, tokong dan persatuan Cina di Sabah.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, bantuan kewangan itu membuktikan komitmen kerajaan yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memberi sumbangan kepada semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa.

“Sukacita saya mengumumkan kerajaan negeri memperuntukkan keseluruhan RM43 juta untuk sekolah bukan Islam di Sabah (RM18 juta) dan badan keagamaan (RM25 juta) tahun ini,” kata beliau pada majlis penyerahan bantuan berkenaan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) hari ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM13.5 juta diberikan kepada tujuh sekolah menengah jenis kebangsaan Cina sebanyak RM2.1 juta, sembilan sekolah menengah persendirian Cina (RM3.65 juta), diikuti RM6.92 juta untuk 83 buah sekolah jenis kebangsaan Cina dan RM801,500 untuk 142 buah tadika.”

Hajiji berkata, bagi tujuan pembangunan dan pembaikan tokong pula, sejumlah RM5.29 juta telah diluluskan, membabitkan sebanyak 145 tokong di seluruh Sabah.

Turut diluluskan adalah peruntukan berjumlah RM1 juta kepada beberapa persatuan Tiong Hua di Sabah untuk menjalankan aktiviti mereka sempena Tahun Baru Cina, tambah beliau.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa teknikal juga telah ditubuhkan oleh Jawatankuasa Pemberian Bantuan Kerajaan Negeri bagi Sekolah-Sekolah dan Badan-Badan Keagamaan untuk meneliti permohonan yang diterima daripada badan keagamaan dan sekolah bukan Islam di seluruh negeri.

“Semoga bantuan kewangan yang diagihkan atas keprihatinan kerajaan negeri ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dalam membangun dan membaiki sekolah serta rumah ibadat yang terbabit.

“Ini sekali gus akan memberi keselesaan dan manfaat kepada rakyat bukan Islam di peringkat akar umbi,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan dan Joachim Gunsalam, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri Safar Untong, dan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Sabah David Chu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.080377 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list