|
JULAU: Seorang petani tertembak warga emas yang disangka haiwan sedang memakan buah nangka di kawasan hutan Nanga Ijit petang semalam.
Ketika kejadian petani berusia 57 tahun keluar berburu seorang diri sekitar jam 2 petang di kawasan hutan tidak jauh dari kebun kira-kira setengah jam dari rumah panjang iaitu Rumah Mary, Jugu Mawang, Nanga Ijit.
Ketua Polis Derah Julau DSP Ismuni Omar berkata, suspek melepaskan satu das tembakan menggunakan senjata api jenis bekakuk, apabila menyedari ternampak mangsa yang juga petani seperti seekor binatang sedang memakan buah nangka.
"Apabila diperiksa mendapati seorang lelaki dikenali dengan nama Apai Ingkau dari Rumah Meluda telah terbaring terkena tembakan pengadu di bahagian perut dan dipercayai telah mati.
"Oleh kerana dalam keadaan takut, pengadu telah balik ke rumah panjang dan meminta bantuan penduduk rumah panjang untuk menghantar pengadu ke balai polis buat laporan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, suspek telah ditangkap dan senapang yang digunakan dirampas.
Beliau menambah, suspek mengaku senapang patah tersebut adalah miliknya dan dibuat sendiri ketika berkerja di kem balak di Kapit serta tidak memiliki sebarang lesen yang sah.
Menurutnya, suspek mempelajari cara membuat senapang daripada rakan sekerja di kem balak di Kapit.
"Suspek juga mengaku telah memiliki senapang tersebut selama hampir 4 tahun namun jarang digunakannya. Tujuan suspek memiliki senapang juga adalah untuk menjaga kebun miliknya.
"Suspek menyatakan dia telah membeli dua butir peluru jenis Buckshot dengan seorang lelaki Cina yang tidak dikenali di tepi jalan di Sibu dengan harga RM10 sebutir semasa di masih bekerja di Sungai Merah Sibu lebih kurang setahun yang lalu.
"Sebutir telah digunakan pada tahun lepas menembak kera di kebun dan sebutir digunakan bersabit kejadian ini," katahya.
Sementara itu katanya, menurut isteri mangsa, hubungan antara suspek dengan mangsa adalah baik.
"Suaminya iaitu (mangsa) telah pergi ke kebun di belakang rumah panjang mereka untuk mencari sayur secara bersendirian.
"Beberapa jam kemudian dia dimaklumkan oleh penduduk rumah panjang bahawa suaminya telah mati tertembak di hutan belakang rumah panjang," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|