|
Hari ini terdapat satu (1) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 39 kes.
Manakala terdapat 105 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Miri (20), Bintulu (19), Lundu (14), Sibu (13) Kapit (11), Meradong (8), Song (6), Bau (2), Kanowit (2), Serian (2), Kuching (1), Samarahan (1), Matu (1), Julau (1), Pakan (1), Dalat (1), Beluru (1) dan Subis (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 4,555 kes.
A. Kes Kematian Baharu COVID-19
I. Kes Kematian Ke-39.
Kes kematian ke-39 merupakan kes ke-3,285 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 77 yang berasal dari Sibu, Sarawak. Kes ini telah disaring pada 22 Januari 2021 kerana mengalami demam sejak 22 Januari 2021.
Keputusan ujian rT-PCR kes telah didapati positif COVID-19 dan kes telah dimasukkan ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut. Keadaan kesihatan kes semakin teruk dan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 29 Januari 2021. Kes tidak menunjukkan perkembangan terhadap rawatan dan telah disahkan meninggal dunia pada jam 8:01 pagi pada 31 Januari 2021.
Kes mempunyai ko-morbid masalah paru-paru kronik tahap empat (MMRC IV, darah tinggi dan gout)
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada ahli keluarga mangsa.
B. Kes Baharu COVID-19
I. Daerah Miri (20 Kes)
a) 7 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 4 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Miri.
c) 3 kes yang melibatkan kluster Rakut.
d) 3 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Miri.
e) 2 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
f) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di Daerah Miri.
II. Daerah Bintulu (19 Kes)
a) 8 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 4 kes yang melibatkan kluster Rakut.
c) 4 kes yang melibatkan kluster Pasai. Tiga (3) kes
dikategorikan sebagai kes Import C iaitu mendapat jangkitan dari Sibu dan satu (1) kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
d) 1 kes saringan individu balik dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 yang melibatkan warga tempatan (Sarawak). Kes dikategorikan sebagai kes Import B iaitu mendapat jangkitan dari Pahang.
e) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Bintulu.
f) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di Daerah Bintulu.
III. Daerah Lundu (14 Kes)
a) 14 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
IV. Daerah Sibu (13 Kes)
a) 5 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
b) 4 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 3 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di Daerah Sibu.
d) 1 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di fasiliti kesihatan daerah Sibu.
V. Daerah Kapit (11 Kes)
a) 8 kes yang melibatkan kluster Pasai.
b) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Kapit.
VI. Daerah Meradong (8 Kes)
a) 5 kes yang melibatkan kluster Bintang Daily.
b) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di Daerah Meradong.
VII. Daerah Song (6 Kes)
a) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di Daerah Song.
VIII. Daerah Kanowit (2 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
b) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
IX. Daerah Bau (2 Kes)
a) 2 kes yang melibatkan Kluster Tabong.
X. Daerah Serian (2 Kes)
a) 2 kes yang melibatkan kluster Bedayan.
XI. Daerah Matu (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
XII. Daerah Dalat (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
XIII. Daerah Subis (1 Kes)
a) 1 kes merupakan saringan individu melibatkan kawasan
berisiko jangkitan COVID-19.
XIV. Daerah Kuching (1 Kes)
a) 1 kes saringan individu balik dari kawasan berisiko tinggi
jangkitan COVID-19 melibatkan warga tempatan (Sarawak). Kes dikategorikan sebagai kes Import B iaitu mendapat jangkitan dari Selangor.
XV. Daerah Samarahan (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
XVI. Daerah Julau (1 Kes)
a) 1 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Julau.
XVII. Daerah Pakan (1 Kes)
a) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di Daerah Pakan.
XVIII. Daerah Beluru (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan kluster Pasai.
C. Kluster Baharu: Kluster Bintang Daily, Meradong
Hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Bintang Daily di Daerah Meradong, Bahagian Sarikei, Sarawak. Kluster komuniti ini melibatkan kontak keluarga dan kontak tempat kerja kepada kes indeks iaitu kes ke-3,612.
Kes indeks ini merupakan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang telah dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Bintangor pada 23 Januari 2021 dan keputusan ujian rT-PCR didapati positif COVID-19 pada 26 Januari 2021.
Pengesanan secara aktif kepada ahli keluarga dan tempat kerja kepada kes ini telah mengesan tambahan tujuh (7) kes positif COVID-19 baharu.
D. Kluster Yang Masih Aktif.
Hari ini terdapat 12 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu:
I. Kluster Bintang Daily, Meradong : terdapat lapan (8) kes telah dikesan termasuk kes indeks. Sejumlah 46 individu telah disaring dimana, 3 negatif dan 35 masih menunggu keputusan makmal.
II. Kluster Jalan Pengiran, Matu : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 8 kes. Sejumlah 75 individu telah disaring dimana, 57 negatif dan 10 masih menunggu keputusan makmal.
III. Kluster Tabong, Bau : terdapat penambahan 2 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 22 kes. Sejumlah 150 individu telah disaring, dimana 99 negatif dan 29 masih menunggu keputusan makmal.
IV. Kluster Indah Riang, Kuching :tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 20 kes. Sejumlah 180 individu telah disaring, dimana 135 negatif dan 25 masih menunggu keputusan makmal.
V. Kluster Bedayan, Serian : terdapat penambahan dua (2) kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 17 kes. Sejumlah 548 individu telah disaring, dimana 425 negatif dan 106 masih menunggu keputusan makmal.
VI. Kluster Rakut, Miri : terdapat penambahan 7 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 138 kes. Sejumlah 450 individu telah disaring, dimana 312 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
VII. Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : tiada penambahan kes hari. Jumlah keseluruhan kekal 31 kes. Sejumlah 300 individu telah disaring, dimana 255 negatif dan 14 masih menunggu keputusan makmal.
VIII. Kluster Jelita, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan 53 kes. Sejumlah 290 individu telah disaring, dimana 237 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
IX. Kluster Pasai, Sibu : terdapat penambahan 35 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,969 kes. Sejumlah 22,500 individu telah disaring, dimana 19,500 negatif dan 1,031 masih menunggu keputusan makmal.
X. Kluster Keranji Tabuan, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kes kekal 15 kes. Sejumlah 181 individu telah disaring, dimana 166 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
XI. Kluster Bah Sayap, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 96 kes. Sejumlah 1,047 individu telah disaring, dimana 951 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
XII. Kluster Stutong, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 41 kes. Sejumlah 570 individu telah disaring dimana 529 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
E. Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).
Terdapat 143 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dari Hospital Sibu (95), Hospital Umum Sarawak (21), Hospital Miri (18) dan Hospital Sarikei (9). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 2,836 orang atau 62.26% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 1,664 orang dimana:
• 914 kes di Hospital Sibu;
• 297 kes di Hospital Miri;
• 170 kes di Hospital Umum Sarawak;
• 141 kes di Hospital Bintulu;
• 110 kes di Hospital Kapit (PKRC Kapit);
• 27 kes di Hospital Sarikei;
• 4 kes di Hospital Limbang; dan
• 1 kes di PKRC Sipitang, Sabah.
Dengan penambahan satu (1) kes baharu kematian akibat jangkitan COVID-19 pada hari ini, jumlah kes kematian akibat COVID-19 di Sarawak telah meningkat kepada 39 orang atau 0.86% dari jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.
Hari ini, 142 PUI baru telah dilaporkan dan 59 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.
F. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.
Hari ini, Daerah Kapit telah bertukar status dari status Jingga kepada status Merah setelah sejumlah 41 kes positif COVID-19 jangkitan tempatan dilaporkan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Bau dan Lundu telah bertukar status daripada Kuning kepada status Jingga setelah masing-masing merekodkan sebanyak 22 dan 25 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Beluru pula telah bertukar dari status Merah kepada status Kuning setelah terdapat 20 kes jangkitan tempatan dilaporkan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Hari ini Daerah Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,934 kes jangkitan tempatan dilaporkan di tujuh (7) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Sarikei, Subis dan Betong juga kekal berstatus Jingga dengan 84 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Matu, Daro, Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Lubok Antu, Selangau, Samarahan dan Sri Aman kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 122 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Manakala sembilan (9) daerah lain kekal berstatus Hijau.
2. LAPORAN NOTIS KOMPAUN/AMARAN/SITAAN
Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 35 kompaun di daerah Padawan (23), Sibu (9), Samarahan (2) dan Serian (1) kerana telah melanggar SOP.
Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah mengeluarkan 159 notis amaran lisan dan bertulis di bawah PBT seliaan mereka iaitu DBKU (48), MPP (41), SMC (29), MB Miri (22), MD Serian (9), MD Marudi (8) dan MD Subis (2).
Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives
Jaga Sarawak, Intu Sarawak
SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK
01 FEBRUARI 2021
5.00 PETANG
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|