CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2303|Reply: 5

SENJATA PURBA NI DIJUMPAI DI BRITAIN

[Copy link]
Post time 2-2-2021 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 2-2-2021 12:45 PM

SENJATA PURBA NI DIJUMPAI DI BRITAIN, YANG KEMUNGKINANNYA ADALAH… SEBILAH KERIS?

Tahun demi tahun, macam-macam yang ditemui oleh ahli arkeologi kita. Contohnya meriam dan selaras mortar yang berusia 200 tahun, dijumpai di sekitar kawasan Kota Cornwallis, Georgetown, di Pulau Pinang, dua bulan lepas.

Ia sebenarnya adalah sesuatu yang mengagumkan, tapi, takdelah mengejutkan sangat sebab kita tahu yang ia memang tapak perang satu masa dulu.

Tapi, macam mana kalau kitorang bagitahu yang adanya penemuan bahan bersejarah kita yang dijumpai di Britain dua tahun lepas?

Penemuan senjata Melayu pada abad ke-18, di Britain?
Tak lama dulu, ada kes penemuan senjata Melayu zaman dahulu kala oleh seorang pemancing. Masa dia tengah tarik pukatnya ke dalam bot, pemancing tersebut terkejut bila dia menjumpai sebilah senjata berbentuk seperti pedang tersangkut di dalam pukatnya.

Yang menariknya, artifak bersejarah tu ditemui bukan di Malaysia, tapi di Sungai Towy yang berada di Wales, Britain! Lelaki tersebut, Andrew Davies, memberitahu media,

“Saya terus membawanya ke muzium sebab saya fikir bagus kalau mereka periksa dan dapatkan kepastian mengenainya. Saya juga nak tahu macam mana ia boleh sampai ke Sungai Towy, menarik betul!” – Andrew Davies, dipetik dari Daily Mail.

Gavin Evans, kurator di muzium Carmarthenshire, mengatakan yang dia dah pun menghantar gambar pedang dengan bilah berkarat tu ke sebuah muzium di London. Bila diamati, nampaknya senjata yang nampak macam pisau yang panjang tu merupakan sebilah keris, senjata Melayu yang popular pada abad ke-18, berdasarkan hiasan yang ada pada keris tersebut.

Malah, pemegangnya diperbuat daripada kayu yang diukir dengan corak kepala burung dari tulang yang dipisahkan oleh material tembaga. Dia juga percaya yang keris tersebut berasal dari negara Asia Tenggara, iaitu Malaysia!

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 2-2-2021 12:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 12:46 PM | Show all posts

Senjata zaman purba yang ditemui pemancing tersebut.

Gavin Evans, kurator di muzium Carmarthenshire, mengatakan yang dia dah pun menghantar gambar pedang dengan bilah berkarat tu ke sebuah muzium di London. Bila diamati, nampaknya senjata yang nampak macam pisau yang panjang tu merupakan sebilah keris, senjata Melayu yang popular pada abad ke-18, berdasarkan hiasan yang ada pada keris tersebut.

Keris yang dikatakan berukir burung.

Malah, pemegangnya diperbuat daripada kayu yang diukir dengan corak kepala burung dari tulang yang dipisahkan oleh material tembaga. Dia juga percaya yang keris tersebut berasal dari negara Asia Tenggara, iaitu Malaysia!

Tapi ada juga yang kata kemungkinannya, senjata tersebut mungkin adalah Sundang, yang dipercayai berasal dari Sulawesi dan digunakan oleh para perajurit Bugis yang melayari Laut China Selatan sehingga ke Sumatera sejak abad ke 14 lagi. Ia dikatakan berasal dari tanah Jawa, berdasarkan ukiran ciri-ciri kuil Borobudor dan Prambanan yang wujud seawal abad pertama di tanah Jawa.

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Adalah tu zaman dedulu yg songlap bawak sana atau ada yg beri hadiah lalu dibawa pulang ke kampung laman
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Most probably dari tanah Indonesia sana kut
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 11:50 AM | Show all posts
dalam tv siri taboo lakonan tom hardy, kisah di london awal abad 19, ada scene pembunuh upahan dari melaka diupah utk bunuh hero, nampak la pembunuh tu bawak keris
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.157246 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list