Nicol dinobat seebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia.
Berita Harian
Helmi Talkah
[email protected]
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa bangga di atas kejayaan bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia, semalam.
Perdana Menteri berkata kemenangan itu membuktikan sumbangan, keringat dan aksi beliau selama ini terus diperhatikan dunia walaupun bekas pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun sudah menggantung raket.
"Saya berharap kejayaan Nicol dapat menyuntik motivasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berjuang mengharumkan nama negara dalam apa jua bidang yang diceburi.
"Kepada generasi muda yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini dan pemain pelapis yang sedang mengembangkan prestasi, jadikan kejayaan Nicol sebagai pembakar semangat untuk melangkah lebih jauh.
"Dengan iltizam yang betul dan usaha yang bersungguh-sungguh, tidak mustahil anda semua mampu menjadi seperti Nicol," katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasminya, hari ini.
Sebaik undian ditutup pada jam 9 malam tadi, Nicol yang juga bekas juara juara dunia sebanyak lapan kali unggul apabila menerima 318,943 undian yang diadakan secara dalam talian sejak 8 Januari lalu.
Jumlah undian yang diterima Nicol itu jauh meninggalkan pencabar utamanya yang juga legenda tarik tali Ireland, James Kehoe yang menerima 113,120 undian untuk berada di tempat kedua.
Legenda powerlifting Ukraine, Larysa Soloviova pula berada di kedudukan ketiga dengan 80,790 undian. |