CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1249|Reply: 2

[SARAWAK] Covid 19 04/02/2021

[Copy link]
Post time 4-2-2021 08:14 PM | Show all posts |Read mode
Hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 44 kes.


Manakala terdapat 270 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (79), Beluru (74), Bintulu (23), Miri (17), Sri Aman (15), Matu (12), Selangau (10), Julau (6), Kanowit (5), Lundu (5), Bau (4), Kapit (4), Dalat (3), Meradong (3), Kuching (2), Sarikei (2), Song (2), Tatau (2), Sebauh (1) dan Lawas (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 5,094 kes.


A. Kes Kematian Baharu COVID-19


I. Kes Kematian Ke-43.
Kes kematian ke-43 merupakan kes ke-3,441 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 60 tahun yang telah mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sibu kerana mengalami sesak nafas.

Kes telah menjalani saringan kontak kepada kluster dengan ujian saringan rT-PCR sebanyak dua kali pada bulan Januari. Ujian saringan rT-PCR kali kedua pada 24 Januari 2021 telah didapati positif COVID-19. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 04 Februari 2021. Kes mempunyai komorbid penyakit darah tinggi, gout dan seborrhoiec dermatitis


II. Kes Kematian Ke-44.
Kes kematian ke-44 merupakan kes ke-3,192 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang berumur 79 tahun. Kes ini telah dimasukkan ke Hospital Sibu apabila ujian saringan rT-PCR COVID-19 yang dilaksanakan adalah didapati positif pada 23 Januari 2021. Kes ini mempunyai gejala demam pada hari saringan ujian dijalankan. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 04 Februari 2021.

Kes mempunyai komorbid kanser nasopharyngeal sejak 20 tahun lepas dengan metastasis ke bahagian otak dan juga memerlukan bantuan oksigen terapi di rumah sejak hujung bulan Januari 2021.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada ahli keluarga mangsa.


B. Kes Baharu COVID-19

I. Daerah Sibu (79 Kes)
a) 51 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 20 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
c) 3 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Sibu.
d) 3 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di Daerah Sibu.
e) 2 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Sibu.


II. Daerah Beluru (74 Kes)
a) 55 kes yang melibatkan kluster Pasai.
b) 18 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. c) 1kesyangmelibatkanklusterRakut.


III. Daerah Bintulu (23 Kes)
a) 7 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 6 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
c) 5kesyangmelibatkanklusterRakut.
d) 5 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Bintulu.


IV. Daerah Miri (17 Kes)
a) 10 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di Daerah Miri.
b) 7 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.


V. Daerah Sri Aman (15 Kes)
a) 15 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.


VI. Daerah Matu (12 Kes)
a) 12 kes yang melibatkan Kluster Jalan Pengiran.


VII. Daerah Selangau (10 Kes)
a) 10 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.


VIII. Daerah Julau (6 Kes)
a) 4 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Julau.
b) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Julau.


IX. Daerah Kanowit (5 Kes)
a) 4) kes yang melibatkan kluster Pasai.
b) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Kanowit.


X. Daerah Lundu (5 Kes)
a) 5 kes yang melibatkan Kluster Pasai.


XI. Daerah Kapit (4 Kes)
a) 2 kes yang melibatkan kluster Pasai.
b) 2 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Kapit.


XII. Daerah Bau (4 Kes)
a) 4 kes yang melibatkan kluster Tabong.


XIII. Daerah Dalat (3 Kes)
a) 2 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
b) 1 kes merupakan individu yang disaring dalam kawasan berisiko jangkitan COVID-19 di daerah Dalat.


XIV. Daerah Meradong (3 Kes)
a) 3 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.


XV. Daerah Song (2 Kes)
a) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.


XVI. Daerah Kuching (2 Kes)
a) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Kuching.
b) 1 kes saringan individu pulang dari kawasan berisiko tinggi
jangkitan COVID-19 melibatkan warganegara tempatan. Kes dikategorikan sebagai kes Import B iaitu mendapat jangkitan dari Kuala Lumpur.


XVII. Daerah Tatau (2 kes)
a) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.


XVIII. Daerah Sarikei (2 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 1 kes yang melibatkan Kluster Pasai.


XIX. Daerah Sebauh (1 Kes)
a) 1 kes yangmelibatkan Kluster Pasai.


XX. Daerah Lawas (1 Kes)
a) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Lawas.


C. Kluster Yang Masih Aktif.

Hari ini terdapat 12 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu:


I. Kluster Bintang Daily, Meradong : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 8 kes. Sejumlah 61 individu telah disaring dimana, 39 negatif dan 14 masih menunggu keputusan makmal.


II. Kluster Jalan Pengiran, Matu : terdapat penambahan 14 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 20 kes. Sejumlah 113 individu telah disaring dimana, 91 negatif dan 2 masih menunggu keputusan makmal.


III. Kluster Tabong, Bau : terdapat penambahan 4 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 29 kes. Sejumlah 180 individu telah disaring, dimana 151 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.


IV. Kluster Indah Riang, Kuching :tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 20 kes. Sejumlah 180 individu telah disaring, dimana 160 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.


V. Kluster Bedayan, Serian : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan 17 kes. Sejumlah 1,088 individu telah disaring, dimana 1,071 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.


VI. Kluster Rakut, Miri : terdapat penambahan 6 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 150 kes. Sejumlah 550 individu telah disaring, dimana 380 negatif dan 20 masih menunggu keputusan makmal.


VII. Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : tiada penambahan kes hari. Jumlah keseluruhan kekal 33 kes. Sejumlah 330 individu telah disaring, dimana 297 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.


VIII. Kluster Jelita, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 55 kes. Sejumlah 330 individu telah disaring, dimana 275 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.


IX. Kluster Pasai, Sibu : terdapat penambahan 96 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,146 kes. Sejumlah 24,000 individu telah disaring, dimana 21,000 negatif dan 854 masih menunggu keputusan makmal.


X. Kluster Keranji Tabuan, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kes kekal 15 kes. Sejumlah 181 individu telah disaring, dimana 166 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.


XI. Kluster Bah Sayap, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 96 kes. Sejumlah 1,047 individu telah disaring, dimana 951 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.


XII. Kluster Stutong, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 41 kes. Sejumlah 570 individu telah disaring dimana 529 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.


D.Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).

Terdapat 178 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dari Hospital Sibu (70), PKRC di bawah Hospital Kapit (42), Hospital Miri (30), Hospital Umum Sarawak (15), Hospital Bintulu (12) dan Hospital Sarikei (9). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 3,257 orang atau 63.94% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 1,762 orang dimana:

• 913 kes di Hospital Sibu;
• 394 kes di Hospital Miri;
• 166 kes di Hospital Umum Sarawak;
• 161 kes di Hospital Bintulu;
• 99 kes di Hospital Kapit (PKRC Kapit);
• 24 kes di Hospital Sarikei;
• 4 kes di Hospital Limbang; dan
• 1 kes di PKRC Sipitang, Sabah.


Dengan penambahan dua (2) kes baharu kematian akibat jangkitan COVID-19 pada hari ini, jumlah kes kematian akibat COVID-19 di Sarawak telah meningkat kepada 44 orang atau 0.86% dari jumlah keseluruhan kes psitif COVID-19.


Hari ini, 358 PUI baru telah dilaporkan dan 105 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.


E. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.
Hari ini, Daerah Beluru di Bahagian Miri telah bertukar status daripada Jingga kepada status Merah setelah merekodkan 74 kes baharu hari ini menjadikan sejumlah 96 kes jangkitan tempatan dikesan dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Daerah Matu, Sri Aman dan Selangau pula telah bertukar status daripada Kuning kepada status Jingga setelah masing- masing merekodkan sejumlah 25, 28 dan 23 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,882 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lapan (8) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Bau, Lundu, Subis dan Betong juga kekal berstatus Jingga dengan 111 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sarikei, Daro, Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Lubok Antu, Sarikei, Limbang, dan Samarahan kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 125 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala sembilan (9) daerah lain kekal berstatus Hijau.


2. LAPORAN NOTIS KOMPAUN/AMARAN/SITAAN
Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 18 kompaun di daerah Kuching (5), Padawan (3), Sibu (3), Samarahan (2), Miri (2), Kapit (2) dan Mukah (1) kerana telah melanggar SOP.



Sekretariat
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2021 08:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2021 08:29 PM | Show all posts
...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.760758 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list