View: 989|Reply: 3
|
[SARAWAK] Covid 19 05/02/2021
[Copy link]
|
|
5/2/2021 terdapat 178 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (67), Bintulu (24), Dalat (23), Kanowit (21), Kapit (10), Miri (6), Song (5), Samarahan (5), Kuching (3), Matu (3), Selangau (2), Sebauh (2), Beluru (2), Sarikei (1), Bau (1), Subis (1), Julau (1) dan Lawas (1)]
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini terdapat empat (4) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 48 kes.
Manakala terdapat 178 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (67), Bintulu (24), Dalat (23), Kanowit (21), Kapit (10), Miri (6), Song (5), Samarahan (5), Kuching (3), Matu (3), Selangau (2), Sebauh (2), Beluru (2), Sarikei (1), Bau (1), Subis (1), Julau (1) dan Lawas (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 5,272 kes.
Sumber:
Kenyataan Media JPBN Bil 36/2021
SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK
5 FEBRUARI 2021
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini terdapat empat (4) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 48 kes.
Manakala terdapat 178 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (67), Bintulu (24), Dalat (23), Kanowit (21), Kapit (10), Miri (6), Song (5), Samarahan (5), Kuching (3), Matu (3), Selangau (2), Sebauh (2), Beluru (2), Sarikei (1), Bau (1), Subis (1), Julau (1) dan Lawas (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 5,272 kes.
A. Kes Kematian Baharu COVID-19
I. Kes Kematian Ke-45.
Kes kematian ke-45 merupakan kes ke-5,094 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang berumur 60 tahun.
Kes telah mendapat rawatan kecemasan di Hospital Sibu pada 03 Februari 2021 kerana mengalami simptom sesak nafas, batuk, demam dan hidung berair sejak 28 Januari 2021.
Kes telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada hari yang sama dan ujian saringan COVID-19 yang dijalankan pada 03 Februari 2021 juga didapati positif COVID-19. Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 03 Februari 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit buah pinggang kronik, darah tinggi, gout dan dislipidemia.
II. Kes Kematian Ke-46.
Kes kematian ke-46 merupakan kes ke-4,031 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang berumur 95 tahun telah mendapat rawatan di Hospital Sibu apabila saringan ujian rT-PCR adalah positif COVID-19 pada 28 Januari 2021. Keadaan kesihatan kes merosot dan telah disahkan meninggal dunia pada 04 Februari 2021.
III. Kes Kematian Ke-47.
Kes kematian ke-47 merupakan kes ke-3,713 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 82 tahun telah dimasukan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam.
Saringan ujian rT-PCR yang dijalankan adalah positif COVID-19 pada 26 Januari 2021. Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 04 Februari 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan strok.
IV. Kes Kematian Ke-48.
Kes kematian ke-48 merupakan kes ke-4,920 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 79 tahun yang telah dimasukkan Hospital Sibu apabila ujian bagi saringan kontak rapat dengan kaedah ujian rT-PCR kali kedua adalah positif COVID-19 pada 03 Februari 2021. Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 05 Februari 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit buah pinggan kronik dan juga sejarah strok.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada ahli keluarga mangsa.
B. Kes Baharu COVID-19
I. Daerah Sibu (67 Kes)
a) 28 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
b) 17 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 17 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di Daerah Sibu.
d) 4 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Sibu.
e) 1 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Sibu.
II. Daerah Bintulu (24 Kes)
a) 12 kes yang melibatkan Kluster Jun Heng.
b) 6 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 3 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Bintulu.
d) 2 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Bintulu.
e) 1 kes yang melibatkan kluster Rakut.
III. Daerah Dalat (23 Kes)
a) 16 kes merupakan individu yang disaring dalam kawasan
berisiko jangkitan COVID-19 di daerah Dalat.
b) 7 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
IV. Daerah Kanowit (21 Kes)
a) 21 kes yang melibatkan kluster Pasai.
V. Daerah Kapit (10 Kes)
a) 5 kes yang melibatkan kluster Pasai.
b) 3 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Kapit.
c) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
VI. Daerah Miri (6 Kes)
a) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 1 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Miri.
VII. Daerah Song (5 Kes)
a) 4 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 1 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
VIII. Daerah Samarahan (5 Kes)
a) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
IX. Daerah Kuching (3 Kes)
a) 2 kes saringan individu balik dari kawasan berisiko tinggi
jangkitan COVID-19 melibatkan warganegara tempatan. Kes- kes ini dikategorikan sebagai kes Import B iaitu mendapat jangkitan dari Melaka dan Selangor.
b) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
X. Daerah Matu (3 Kes)
a) 3 kes yang melibatkan Kluster Jalan Pengiran.
XI. Daerah Selangau (2 Kes)
a) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
XII. Daerah Sebauh (2 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
b) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
XIII. Daerah Beluru (2 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan kluster Pasai.
b) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
XIV. Daerah Sarikei (1 Kes)
a) 1 kes yang Kluster Pasai.
XV. Daerah Bau (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
XVI. Daerah Subis (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
XVII. Daerah Julau (1 Kes)
a) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Julau.
XVIII. Daerah Lawas (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
C. Kluster Baharu (2 Kluster)
Hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua (2) kluster baharu iaitu Kluster Sebangkoi di Daerah Sri Aman dan Kluster Jun Heng di Daerah Bintulu.
I. Kluster Sebangkoi, Sri Aman.
Kluster komuniti ini bermula dari sebuah keluarga yang kemudian merebak ke komuniti yang melibatkan kontak rapat dan kontak sosial kepada indeks kes di kawasan Sebangkoi, Undop di Daerah Sri Aman.
Indek kes kepada kluster ini adalah kes ke-4,400 yang merupakan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 59 tahun yang telah disaring kerana mengalami tanda dan gejala pada 29 Januari 2021 semasa dirujuk ke Hospital Sri Aman dari klinik kesihatan di Batu Lintang, Sri Aman. Kes ini mempunyai sejarah perjalanan ke Daerah Kuching pada 3 hingga 9 Januari 2021 bagi mendapatkan rawatan di klinik penyakit kulit di Kuching. Hasil siasatan lanjut dan saringan aktif kepada ahli keluarga dan kontak-kontak rapat kepada kes ini, seramai 20 kes tambahan dikesan.
Sehingga 05 Februari 2021, Sejumlah 197 individu telah disaring, iaitu:
• 21 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks • 80 individu negatif, dan
• 96 individu masih menunggu keputusan
II. Kluster Jun Heng, Bintulu
Kluster komuniti ini melibatkan beberapa tempat beli-belah di Bandar Bintulu berpunca dari pergerakan kontak-kontak kepada kes indeks. Kes indeks kepada kluster ini ialah kes ke-4,300 merupakan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang telah dikesan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 melalui saringan individu bergejala di sebuah hospital swasta.
Indeks kes kemudian telah menjangkit ahli keluarga kes yang kemudian telah menyebarkan jangkitan ke tempat kerja. Hasil pengesanan kontak-kontak kepada kes ini telah mengesan tambahan 18 kes positif COVID-19. Sehingga 05 Februari 2021, sejumlah 102 individu telah disaring, iaitu:
• 19 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks • tiada (0) individu negatif, dan
• 83 individu masih menunggu keputusan
D. Kluster Yang Masih Aktif.
Hari ini terdapat 14 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu:
I. Kluster Sebangkoi, Sri Aman : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 21 kes. Sejumlah 197 individu telah disaring dimana, 80 negatif dan 96 masih menunggu keputusan makmal.
II. Kluster Jun Heng, Bintulu : terdapat penambahan 12 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 19 kes. Sejumlah 102 individu telah disaring dimana, tiada negatif dan 83 masih menunggu keputusan makmal.
III. Kluster Bintang Daily, Meradong : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 8 kes. Sejumlah 61 individu telah disaring dimana, 39 negatif dan 14 masih menunggu keputusan makmal.
IV. Kluster Jalan Pengiran, Matu : terdapat penambahan 3 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 23 kes. Sejumlah 213 individu telah disaring dimana, 183 negatif dan 7 masih menunggu keputusan makmal.
V. Kluster Tabong, Bau : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 29 kes. Sejumlah 180 individu telah disaring, dimana 151 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
VI. Kluster Indah Riang, Kuching :tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 20 kes. Sejumlah 180 individu telah disaring, dimana 160 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
VII. Kluster Bedayan, Serian : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan 17 kes. Sejumlah 1,088 individu telah disaring, dimana 1,071 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
VIII. Kluster Rakut, Miri : terdapat penambahan 1 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 151 kes. Sejumlah 550 individu telah disaring, dimana 399 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
IX. Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : tiada penambahan kes hari. Jumlah keseluruhan kekal 33 kes. Sejumlah 330 individu telah disaring, dimana 297 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
X. Kluster Jelita, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 55 kes. Sejumlah 330 individu telah disaring, dimana 275 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
XI. Kluster Pasai, Sibu : terdapat penambahan 65 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,211 kes. Sejumlah 24,000 individu telah disaring, dimana 21,650 negatif dan 639 masih menunggu keputusan makmal.
XII. Kluster Keranji Tabuan, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kes kekal 15 kes. Sejumlah 181 individu telah disaring, dimana 166 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
XIII. Kluster Bah Sayap, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 96 kes. Sejumlah 1,047 individu telah disaring, dimana 951 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
XIV. Kluster Stutong, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 41 kes. Sejumlah 570 individu telah disaring dimana 529 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
E. Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).
Terdapat 178 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dari Hospital Sibu (111), Hospital Umum Sarawak (21), Hospital Miri (19), Hospital Bintulu (13), Hospital Sarikei (10) dan PKRC di bawah Hospital Kapit (4). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini meningkat kepada 3,445 orang atau 65.35% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 1,761 orang dimana:
• 916 kes di Hospital Sibu;
• 385 kes di Hospital Miri;
• 174 kes di Hospital Bintulu;
• 154 kes di Hospital Umum Sarawak;
• 110 kes di Hospital Kapit (PKRC Kapit);
• 17 kes di Hospital Sarikei;
• 4 kes di Hospital Limbang; dan
• 1 kes di PKRC Sipitang, Sabah.
Dengan penambahan empat (4) kes baharu kematian akibat jangkitan COVID-19 pada hari ini, jumlah kes kematian akibat COVID-19 di Sarawak telah meningkat kepada 48 orang atau 0.91% dari jumlah keseluruhan kes psitif COVID-19.
Hari ini, 225 PUI baru telah dilaporkan dan 34 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.
F. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.
Hari ini, Daerah Kuching di Bahagian Kuching telah kembali ke status Jingga daripada status Merah setelah merekodkan hanya 35 kes jangkitan tempatan dikesan dalam tempoh 14 hari yang lalu.
Daerah Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,929 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lapan (8) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Matu, Sri Aman, Selangau, Bau, Lundu, Subis dan Betong juga kekal berstatus Jingga dengan 186 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Sarikei, Daro, Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Lubok Antu, dan Samarahan kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 132 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Manakala sembilan (9) daerah lain masih kekal berstatus Hijau.
2. LAPORAN NOTIS KOMPAUN/AMARAN/SITAAN
Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 16 kompaun di daerah Sibu (4), Padawan (4), Kuching (3), Samarahan (3), Miri (1) dan Kapit (1) kerana telah melanggar SOP.
Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah mengeluarkan 123 notis amaran lisan dan bertulis di bawah PBT seliaan mereka iaitu DBKU (36), MPP (30), SMC (28), MD Marudi (6), MD Lawas (5), MDDM (5), MBKS (4), MD Serian (4), BDA (3) dan MD Subis (2).
3. KEPUTUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah bermesyuarat hari ini dan beberapa keputusan telah dibuat seperti berikut:
A. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Sebako, Lundu
Memandangkan kes positif di Daerah Lundu semakin meningkat, maka Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Kampung Sebako, Lundu berkuatkuasa mulai 06 Februari (12.01 pagi) hingga 19 Februari 2021 (11.59 malam).
B. Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Sungai Ud dan Kampung Sungai Ud Hilir, Daerah Dalat, Mukah.
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Kampung Sungai Ud dan Kampung Sungai Ud Hilir, Daerah Dalat, Mukah DILANJUTKAN mulai 10 Februari (12.01 pagi) hingga 16 Februari 2021 (11.59 malam).
Sumber:
SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|