CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 953|Reply: 0

[SARAWAK] Taktik edar dadah guna bungkusan minuman jus terbongkar

[Copy link]
Post time 8-2-2021 02:56 PM | Show all posts |Read mode

Gambar ihsan Kastam


KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Sarawak merampas satu bungkusan yang mengandungi serbuk disyaki dadah dianggarkan seberat 1,468 gram dengan nilai berjumlah RM73,400 di sebuah premis pengangkutan di Jalan Datuk Tawi Sli pada Jumaat.

Pengarah Kastam Sarawak Herman Shah Abdullah berkata, rampasan itu dibuat sekitar jam 12.55 tengah hari yang dijalankan sepasukan anggota Cawangan Narkotik Kastam Kuching.

Jelasnya, hasil pemerhatian dan pemantauan yang dijalankan di premis berkenaan, pasukan berjaya mengesan sebuah bungkusan yang tidak dituntut dan bersifat mencurigakan yang dikirim dari Miri kepada seorang individu di Kuching.

"Pemeriksaan rapi ke atas bungkusan tersebut telah membawa kepada penemuan sejumlah bungkusan kecil yang bercetak 'Juice Master'.

"Bungkusan kecil berkenaan mengandungi serbuk dipercayai dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat lebih kurang 1,468 gram dan dianggarkan bernilai RM 73,400," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Herman, usaha untuk menjejaki individu pengirim dan penerima bungkusan tersebut sedang giat dijalankan.

Mengulas lanjut modus operandi, katanya, individu yang terlibat menggunakan perkhidmatan kargo antara bandar untuk pengiriman bungkusan dipercayai bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

Dedahnya, kos perkhidmatan yang murah dan cepat menjadi sebab kecenderungan ia menjadi pilihan berbanding dengan perkhidmatan kurier konvensional.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu kesalahan mengedar dadah berbahaya di mana jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Pihak Kastam menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri," ujarnya.

Tambahnya, Kastam juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

Rusnan Mustafa


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.059818 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list