Perang Vietnam Merupakan Mimpi Ngeri Bagi Tentera Amerika Syarikat?
Sebagai sebuah negara besar dunia, Amerika Syarikat telah terlibat dengan begitu banyak peperangan – segelintir daripada penglibatan mereka dalam peperangan adalah kerana mahu dilihat sebagai “hero” yang kononnya mahu mengembalikan keamanan dunia. Realitinya? Mereka mungkin mempunyai muslihat tersendiri. Dalam banyak-banyak peperangan yang disertai oleh pihak tentera Amerika Syarikat, salah satu yang banyak diperkatakan adalah mengenai penglibatan dan kekalahan teruk mereka dalam Perang Vietnam. Malah, boleh dikatakan bahawa Perang Vietnam merupakan mimpi ngeri bagi pihak Amerika Syarikat. Setiap veteran tentera yang pernah menyertai Perang Vietnam pastinya mempunyai pengalaman pahit mereka yang pastinya sukar untuk dilupakan. Persoalannya, apakah yang terjadi di Vietnam? Bagaimana pasukan tentera Amerika Syarikat yang mempunyai begitu besar kekuatan tentera boleh tewas? Ringkasan peristiwa Perang Vietnam
Perang Vietnam juga dikenali sebagai Perang Indochina Kedua dan di Vietnam, ia dikenali sebagai Perang Menentang Amerika atau hanya Perang Amerika. Perang ini merupakan konflik di Vietnam, Laos, dan Kemboja dan berlangsung selama lebih 19 tahun daripada 1 November 1955 hingga kejatuhan Saigon pada 30 April 1975. Ia adalah peperangan kedua dari Perang Indochina dan secara rasmi merupakan perseteruan antara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Vietnam Utara disokong oleh Kesatuan Soviet, China dan sekutu komunis yang lain. Sementara itu, Vietnam Selatan disokong oleh Amerika Syarikat, Korea Selatan, Filipina, Australia, Thailand dan sekutu anti-komunis yang lain. Sekutu Vietnam Utara termasuk Barisan Pembebasan Vietnam Selatan (Vietcong), Kesatuan Soviet dan China. Vietnam Selatan pula dibantu Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Korea Selatan. Penglibatan tentera Amerika Syarikat sebenarnya bermula sejak tahun 1959 lagi tetapi bilangan tentera yang dihantar pada peringkat awal terlalu sedikit. Peperangan ini sangat terkenal kerana telah mengorbankan ramai penduduk awam, kekalahan tentera AS dan penentangan daripada rakyat AS sendiri terhadap penglibatan tentera mereka di Vietnam. Perang Vietnam tamat secara rasminya pada 30 April 1975 apabila Vietnam Selatan tewas keseluruhannya. Faktor kegagalan Amerika Syarikat1. Kegagalan Operasi “Rolling Thunder”
Kempen pengeboman dari udara gagal kerana bom sering jatuh ke hutan kosong dan tidak mengenai sasaran Vietcong mereka. Para gerila Vietcong mengetahui keadaan hutan dan menggunakan pangkalan dan terowong bawah tanah yang rumit untuk berlindung dari bom AS dan sering menggunakan kembali bom Amerika yang tidak meletup untuk menyerang kembali tentera tentera AS.
2. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang awam
Pada tahun 1968 tentera Amerika telah mencari gerila Vietcong dengan menyerbu kampung My Mai. Misi Cari dan Hancurkan ini telah didasarkan pada maklumat dan informasi ketenteraan yang lemah. Taktik kejam yang digunakan oleh tentera AS ini telah mendorong lebih ramai orang awam Vietnam untuk menyokong Vietcong. Dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai di kampung My Lai, mereka telah membunuh sekitar 300 orang awam termasuk kanak-kanak kerana disangka merupakan musuh. Pembunuhan My Lai merosakkan reputasi Amerika dan menjejaskan sokongan daripada rakyat AS sendiri. 3. Liputan media massaPeristiwa seperti Pembunuhan My Lai dilaporkan di akhbar AS yang menyebabkn ramai orang Amerika sendiri mempersoalkan mengenai penglibatan tentera AS dalam perang ini. Rakaman filem askar AS yang membakar kediaman dan kesan dari peluru berpandu udara semuanya mengubah pandangan orang awam AS untuk menentang perang ini. 4. Kurang sokongan daripada rakyat AS sendiri
Ketika perang berlarutan semakin ramai orang Amerika mula menentang perang di Vietnam. Ramai orang mula menentang perang ini dan tokoh masyarakat seperti peninju Muhammad Ali sanggup masuk ke penjara kerana menolak untuk dihantar pergi ke Vietnam. Pada tahun 1970, pegawai dari National Guard menembak orang ramai yang menyertai demonstrasi anti perang di Kent State University, membunuh empat pelajar. Lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana pemerintahan mereka akan menyokong perang yang sememangnya merugikan kerajaan mereka sendiri.
|