CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2874|Reply: 0

Macam mana kepala boleh botak?

[Copy link]
Post time 11-2-2021 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Macam mana kepala boleh botak?


Gambar hiasan

Botak bukanlah sesuatu yang dimahukan oleh semua orang, baik lelaki mahupun wanita. Rambut dianggap sebagai mahkota, jadi ketiadaan rambut dirasakan sebagai satu kekurangan yang ada kalanya boleh membawa kemurungan.

Bagaimanapun sejak berabad lamanya, kepala botak berkilat menjadi simbol kebijaksanaan. Begitupun, ramai orang yang botak masih berharap rambut mereka akan kembali.

Saintis juga sebenarnya sudah sekian lama memikirkan bagaimana manusia boleh botak dan bagaimana untuk menumbuhkannya kembali. Manusia dengan rambut penuh ada sekitar 100,000 hingga 150,000 helai rambut pada kepalanya. dan saintis menemui dua sebab kepada ketebalan itu.

Pertama, rambut dibentuk oleh keratin, sisa protein daripada sel mati yang ditolak ke atas ketika sel baharu terbentuk di bawahnya. Kedua, struktur yang mendorong pertumbuhan rambut dipanggil folikel, sejenis rangkaian organ kompleks yang terbentuk sebelum kita dilahirkan dan menumbuhkan rambut dalam kitaran tidak terhad.

Kitaran ini ada tiga fasa utama. Pertama, anagen, fasa pertumbuhan, yang sedang dilalui oleh 90 peratus folikel rambut anda ketika ini. Rambut akan biasanya tumbuh pada kadar satu sentimeter setiap bulan. Anagen boleh bertahan selama dua hingga tujuh tahun, bergantung kepada genetik.

Selepas tempoh produktif ini, isyarat di dalam kulit mengarahkan beberapa folikel supaya memasuki fasa baharu dikenali sebagai katagen, iaitu fasa merosot yang menyebabkan folikel mengecut kepada saiz lebih kecil daripada asalnya. Katagen bertahan selama dua hingga tiga minggu, memotong bekalan darah kepada folikel menyebabkan rambut kurang mendapat zat dan sedia untuk gugur.

Akhir sekali, rambut memasuki fasa telogen, fasa rehat selama 10 hingga 12 minggu yang bertindak kepada lima hingga 15 peratus daripada folikel di kulit kepala anda. Ketika tempoh telogen, sekitar 200 helai rambut gugur dalam sehari. Itu adalah normal. Kemudian, kitaran pertumbuhan berulang kembali.




Kitaran pertumbuhan rambut.

Tapi tak semua kepala ada rezeki berambut lebat. Malah, ada rambut yang mengalami kitaran pertumbuhan secara berkelompok bersama masa sebagai tindak balas kepada perubahan tubuh.

95 peratus kebotakan pada lelaki boleh dikaitkan dengan kebotakan bercorak. Kebotakan adalah diwarisi, dan orang yang dalam keadaan ini, folikel mereka adalah teramat sensitif kepada kesan dihydrotestosterone (DHT), produk hormon terhasil daripada testosteron. DHT menyebabkan pengecutan folikel sensitif, jadi rambut tumbuh dengan pendek dan nipis. Ia berlaku secara beransur, dan diukur dengan Skala Norwood.

Skala Norwood mengelaskan tahap kebotakan kepada 7 peringkat. Peringkat pertama keguguran bermula di sisi kepala antara dahi (temple). Kemudian keguguran mula ketara di bahagian tengah. Lama kelamaan bahagian gugur ini bertemu dan akhirnya botak seluruhnya, tinggalkah rambut di bahagian belakang kepala.

Begitupun, genetik bukanlah satu-satunya faktor mendorong kebotakan. Stres berpanjangan juga boleh mencetuskan isyarat yang mengejutkan folikel dan memaksa mereka untuk berada dalam fasa rehat sebelum waktunya.

Tidak kurang juga wanita yang mengalaminya selepas bersalin. Folikel juga boleh hilang kemampuan untuk beralih ke fasa anagen, fasa pertumbuhan. Orang yang menjalani rawatan kemoterapi akan mengelami ini secara sementara.


Gambar hiasan

Ketika botak mungkin kelihatan kekal, dapatan kajian sains menemukan sebaliknya. Di bawah permukaan kulit, akar yang menumbuhkan rambut kita sebenarnya kekal hidup. Maka, saintis membangunkan ubat yang memendekkan fasa rehat dan memaksa folikel ke fasa anagen. Ubat lain yang merawat kebotakan adalah yang menghalang testosteron bertukar kepada DHT supaya ia tidak mengancam folikel sensitif.

Sel saraf tunjang juga berperanan dalam melaraskan kitaran pertumbuhan rambut, jadi kajian juga sedang dijalankan untuk mengetahui sama ada aktiviti sel ini boleh dimanipulasi untuk menggalakkan folikel untuk kembali menumbuhkan rambut.

Sementara saintis terus mencari penyelesaian kepada masalah kebotakan ini, abang-abang yang botak janganlah susah hati. Socrates, Sigmund Freud, Michael Jordan, Zinedine Zidane, The Rock, Vin Diesel, Jason Statham, semuanya botak.


*Sumber: TED-Ed

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.147652 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list