CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1230|Reply: 5

[SARAWAK] Covid 19 12/02/2021

[Copy link]
Post time 12-2-2021 09:31 PM | Show all posts |Read mode
Hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu (1) dan Bintulu (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 58 kes.

Manakala terdapat 83 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (44), Miri (9), Bintulu (7), Beluru (5), Kapit (5), Selangau (5), Julau (4), Samarahan (2), Lundu (1) dan Meradong (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 6,273 kes.

A. Kes Kematian Baharu COVID-19 I. Kes Kematian Ke-57.
Kes kematian ke-57 merupakan kes ke-5,269 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 66 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana masalah kesukaran bernafas. Saringan ujian rT-PCR telah dibuat dan dikesan positif pada 4 Februari 2021.
Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 11 Februari 2021. Kes juga mempunyai ko-morbid Penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis dan Dislipidemia.
II. Kes Kematian Ke-58.
Kes kematian Ke-58 merupakan kes ke-5,978 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 79 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Bintulu kerana masalah kesukaran bernafas. Saringan ujian rT-PCR telah dibuat pada 09 Februari 2021 dan dikesan positif pada hari yang sama. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 12 Februari 2021. Kes juga mempunyai ko-morbid Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada ahli keluarga mangsa.

B. Kes Baharu COVID-19

I. Daerah Sibu (44 Kes)
a) 28 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 5 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di Daerah Sibu.
c) 5 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Sibu.
d) 4 kes yang melibatkan kluster Pasai.
e) 1 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Sibu.
f) 1 kes saringan individu balik dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 melibatkan warga tempatan (Sarawak). Kes ini dikategorikan sebagai kes Import B iaitu mendapat jangkitan dari Sabah.
II. Daerah Miri (9 Kes)
a) 3 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 3 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di Daerah Miri.
c) 2 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Miri.
d) 1 kes saringan individu balik dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 melibatkan warga tempatan (Sarawak). Kes ini dikategorikan sebagai kes Import B iaitu mendapat jangkitan dari Johor.
III. Daerah Bintulu (7 Kes)
a) 4 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 3 kes yang melibatkan kluster Jun Heng.

IV. Daerah Kapit (5 Kes)
a) 3 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di Daerah Kapit.
b) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Kapit.
c) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

V. Daerah Beluru (5 Kes)
a) 5 kes yang melibatkan kluster Seruas.

VI. Daerah Selangau (5 Kes)
a) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
VII. Daerah Julau (4 Kes)
a) 2 kes yang melibatkan kluster Nanga Lijan.
b) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

VIII. Daerah Samarahan (2 Kes)
a) 2 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Samarahan.

IX. Daerah Lundu (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan kluster Pasai.

X. Daerah Meradong (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan kluster Bintang Daily.

C. Kluster Yang Masih Aktif.

Hari ini terdapat 16 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu:
I. Kluster Nanga Lijan di Julau : terdapat penambahan 2 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 26 kes. Sejumlah 116 individu telah disaring dimana, 83 negatif dan 7 masih menunggu keputusan makmal.

II. Kluster Seruas, Beluru : terdapat penambahan 5 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 74 kes. Sejumlah 250 individu telah disaring dimana, 168 negatif dan 8 masih menunggu keputusan makmal.

III. Kluster Sebangkoi, Sri Aman : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 33 kes. Sejumlah 563 individu telah disaring dimana, 425 negatif dan 105 masih menunggu keputusan makmal.

IV. Kluster Jun Heng, Bintulu : terdapat penambahan 3 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 26 kes. Sejumlah 217 individu telah disaring dimana, 168 negatif dan 20 masih menunggu keputusan makmal.

V. Kluster Bintang Daily, Meradong : terdapat penambahan 1 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 10 kes. Sejumlah 70 individu telah disaring dimana, 60 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

VI. Kluster Jalan Pengiran, Matu : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 24 kes. Sejumlah 314 individu telah disaring dimana, 283 negatif dan 7 masih menunggu keputusan makmal.

VII. Kluster Tabong, Bau : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 34 kes. Sejumlah 250 individu telah disaring, dimana 216 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

VIII. Kluster Indah Riang, Kuching :tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 21 kes. Sejumlah 222 individu telah disaring, dimana 201 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

IX. Kluster Bedayan, Serian : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 17 kes. Sejumlah 1,332 individu telah disaring, dimana 1,315 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

X. Kluster Rakut, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 172 kes. Sejumlah 650 individu telah disaring, dimana 478 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XI. Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : tiada penambahan kes hari. Jumlah keseluruhan kekal 33 kes. Sejumlah 330 individu telah disaring, dimana 297 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XII. Kluster Jelita, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 56 kes. Sejumlah 350 individu telah disaring, dimana 294 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XIII. Kluster Pasai, Sibu : terdapat penambahan 5 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,424 kes. Sejumlah 25,900 individu telah disaring, dimana 23,323 negatif dan 153 masih menunggu keputusan makmal.

XIV. Kluster Keranji Tabuan, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 15 kes. Sejumlah 181 individu telah disaring, dimana 166 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XV. Kluster Bah Sayap, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 96 kes. Sejumlah 1,047 individu telah disaring, dimana 951 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XVI. Kluster Stutong, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 41 kes. Sejumlah 570 individu telah disaring dimana 529 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

D.Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).
Terdapat 168 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dari Hospital Sibu (64), Hospital Bintulu (32), Hospital Umum Sarawak (27), Hospital Miri (22), PKRC di bawah Hospital Kapit (21) dan Hospital Sarikei (2). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 4,441 orang atau 70.80% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 1,749 orang dimana:
• 875 kes di Hospital Sibu;
• 380 kes di Hospital Miri;
• 158 kes di Hospital Kapit (PKRC Kapit);
• 150 kes di Hospital Umum Sarawak;
• 138 kes di Hospital Bintulu;
• 44 kes di Hospital Sarikei;
• 3 kes di Hospital Limbang (PKRC Limbang) dan
• 1 kes di Hospital Saratok.

Hari ini, 131 PUI baru telah dilaporkan dan 24 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

E. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.
Hari ini, Daerah Julau telah bertukar status daripada Jingga kepada status Merah setelah merekodkan sejumlah 42 kes jangkitan tempatan baharu dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Selangau pula telah kembali ke status Kuning daripada status Jingga setelah hanya merekodkan sebanyak 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Subis, Lundu, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,837 kes jangkitan tempatan dilaporkan di sepuluh (10) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sri Aman, Matu dan Bau juga kekal berstatus Jingga dengan 90 kes jangkitan tempatan dilaporkan di tiga (3) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kuching, Samarahan, Betong, Saratok, Sarikei, Daro, Sebauh, Lawas, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga dan Meradong kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 110 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala 11 daerah lain kekal berstatus Hijau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2021 09:32 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2021 09:34 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2021 09:50 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2021 10:22 PM | Show all posts
30 pelajar SMK Saratok jalani kuarantin wajib di asrama

SARATOK: Seramai 30 pelajar SMK Saratok kini menjalani kuarantin wajib selama 14 hari kerana merupakan kontak rapat kepada rakan sekelas mereka yang disahkan positif Covid-19.

Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju berkata, mereka yang terdiri daripada 12 pelajar harian dan 18 pelajar asrama itu ditempatkan di satu blok berasingan asrama sekolah berkenaan sehingga tamat tempoh kuarantin.

Pusat Khidmat Saratok dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai perkara tersebut dan segala persiapan menyediakan tempat tinggal untuk pelajar yang terlibat telah diuruskan dengan sempurna oleh penyelia dan warden asrama,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Menurut Ali yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, pelajar yang disahkan positif itu berasal daripada Rh Sidah, Sg Brangan.

“Sementara keputusan ujian calitan Covid-19 bagi kesemua 31 pelajar dan 11 guru sekolah tersebut pada 8 Februari lalu disahkan negatif.

“Namun kesemua mereka masih perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari sehingga ujian saringan kedua dilaksanakan pada 17 Februari nanti,” ujarnya.

Ali turut menyatakan kesedian untuk menanggung semua kos makanan dan minuman mereka semasa tempoh kuarantin bagi mengurangkan beban perbelanjaan pihak sekolah.

“Kami akan memantau perkembangan ini secara dekat dan bersedia untuk memberikan apa sahaja bentuk bantuan yang diperlukan.

“Terima kasih juga kepada Jabatan Bencana Bahagian Betong, Pejabat Daerah Saratok, Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah, Majlis Daerah Saratok dan pihak sekolah atas segala usaha yang telah dilakukan,” tambahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2021 10:24 PM | Show all posts
SARAWAK tidak akan mengikut keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membenarkan menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara menjalani pemerhatian hanya selama tiga hari. Sesiapa saja yang memasuki Sarawak masih perlu menjalani kuarantin 14 hari di hotel atau pusat yang ditentukan termasuk jemaah menteri, ahli-ahli DUN dan orang kenamaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.071764 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list