CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1128|Reply: 1

[SABAH] Sabah sedia untuk laksana gelembung perjalanan

[Copy link]
Post time 23-2-2021 05:42 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersiap sedia untuk melaksanakan gelembung perjalanan (travel bubble) dalam tempoh terdekat ini berikutan pembukaan semula sektor pelancongan dan kebudayaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata, pelaksanaan gelembung perjalanan bergantung kepada keadaan semasa dan sehingga Sabah berada pada tahap Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, Sabah menyambut baik kelonggaran untuk membuka semula sektor pelancongan dan kebudayaan menerusi operasi pada kadar 50 peratus daripada kapasiti premis dengan penjarakan fizikal.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada semua pengusaha premis pelancongan supaya membuat persediaan sewajarnya sebelum menerima pengunjung.

"Pandemik COVID-19 ini akan terus bersama dengan kita dalam tempoh masa yang tidak dapat dijangkakan.

"Justeru, kita perlu kekal berdisiplin dengan mengamalkan norma baharu dalam menjalankan aktiviti pelancongan bagi memastikan keselamatan individu, keluarga dan masyarakat terjamin," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, semua pihak termasuk pelancong mahupun pemain industri pelancongan perlu sentiasa peka dengan kesihatan diri dan keadaan sekeliling serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam pada itu pihaknya turut berharap program vaksinasi berjalan lancar dan berjaya membendung pandemik COVID-19 seterusnya sektor pelancongan dapat digerakkan semula bagi menjana ekonomi negeri Sabah.

Menurutnya, pelaksanaan vaksinasi secara berkesan akan menjadi faktor utama ke arah pembukaan sempadan, normalisasi aktiviti perjalanan dan pelancongan antarabangsa.

Jafry berkata, antara premis yang diberi kebenaran beroperasi semula termasuklah zoo, akuarium, pusat 'edutainment', taman semula jadi, sukan ekstrem, rekreasi, dan ladang.

Manakala premis hasil seni budaya dan warisan seperti perpustakaan, muzium, galeri seni, pentas persembahan budaya, pusat hiburan keluarga, dan taman tema luar juga dibenarkan dengan syarat yang sama.

Siti Aisyah Narudin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2021 05:44 AM | Show all posts
Apa itu travel bubble?

Travel bubble adalah situasi di mana hanya beberapa pelancong dari negara-negara tertentu dibenarkan memasuki sesebuah negara yang berjaya mengawal penularan wabak pandemik ini.

Dalam keadaan ini, beberapa negara telah bersetuju membuka sempadan mereka untuk kemasukan pelancong (can move freely within the bubble, but cannot enter from the outside).

Travel bubble merupakan kelangsungan daripada bidang khas pengkaji, Per Block dari Universiti Oxford yang pernah hadir dengan idea social bubble iaitu individu mengembangkan zon kuarantin mereka dengan bergaul dengan mereka yang dirasakan selamat.

Travel bubble memerlukan kepercayaan yang tinggi dalam rakan negara yang mahu menjalinkan kerjasama termasuklah mempunyai kebolehan dalam mengawal wabak seperti memperluaskan ujian COVID-19, mengesanan kontak serta kuarantin yang berkesan.

Antara negara yang bakal mengamalkan konsep travel bubble ini adalah Australia dan New Zealand selepas menutup rapat pintu sempadan negara kepada pelancong luar.

Sejak 23 Mei lalu, New Zealand mencatatkan sifar kes sehinggalah dua kes dicatatkan semula pada 16 Jun dan satu kes pada 18 Jun (semalam). Manakala Australia mencatatkan kes rendah sejak 22 April lalu dengan kes paling tinggi dicatatkan 29 Mei dan 17 Jun iaitu sebanyak 23 kes.

Setakat ini, kes terkumpul yang dicatatkan di New Zealand adalah sebanyak 1,507 dengan kadar kematian seramai 22 orang dan tiga kes aktif. Manakala Australia pula sebanyak 7,409 kes dengan kadar kematian seramai 102 dan kes aktif sebanyak 429.

Sekiranya Malaysia mahu menjalankan kerjasama konsep travel bubble ini, anda rasa negara yang mana paling sesuai dan selamat untuk digandingan dengan Malaysia?

Menurut syarikat perbankan global HSBC, yang paling sesuai adalah Vietnam, Thailand dan Singapura kerana melihat kepada kejayaan kesemuanya mengawal jangkitan COVID-19.

By : Smithsonian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.043926 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list