CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 849|Reply: 0

[SARAWAK] PKPD Di Kampung Emperoh Jambu, Kuching Esok

[Copy link]
Post time 23-2-2021 10:43 AM | Show all posts |Read mode

Kampung Emperoh Jambu dekat Bahagian Kuching, Sarawak dikenakan PKPD mulai esok. FOTO NSTP


Berita Harian

Faris Fuad
[email protected]

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Emperoh Jambu, Padawan, Bahagian Kuching, Sarawak selama 14 hari mulai esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia susulan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga kini melaporkan sebanyak 60 kes positif COVID-19 di lokaliti itu.

"KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti itu dan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

"Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kampung itu bermula 23 Februari hingga 8 Mac ini.

"Pelaksanaan PKPD untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas 1,215 penduduk serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas Kampung Tanah Merah, Ismail Sabri berkata, KKM melaporkan terdapat peningkatan kes secara mendadak membabitkan lokaliti itu apabila 57 orang didapati positif COVID-19 hasil 226 ujian saringan.

"PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas 545 penduduk tinggal di lokaliti itu.

"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kampung Tanah Merah dan Kampung Emperoh Jambu bermula 23 Februari hingga 8 Mac ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.050141 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list