CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 898|Reply: 0

[SARAWAK] Belayar tanpa "PORT CLEARANCE"

[Copy link]
Post time 25-2-2021 08:18 PM | Show all posts |Read mode
TANJUNG MANIS, 25 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tanjung Manis telah menahan sebuah bot tunda dan barge yang sarat dengan muatan pasir 3,000 tan metrik atas kesalahan belayar tanpa Pas Pelepasan Pelabuhan (Port Clearance), petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim berkata, bot tersebut dalam perjalanan dari Kuching menghala ke Sibu dan ditahan semasa rondaan OP PERMAI yang dilaksanakan oleh Bot Pengawal 22 di perairan Belawai pada jarak lebih kurang 1.2 batu barat daya Tanjung Jerijih, sekitar jam 3.45 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen Pas Pelepasan Pelabuhan (Port Clearance) semasa pelayaran.


Enam kru yang ditahan terdiri daripada dua lelaki warga tempatan dan empat lelaki warga India berumur lingkungan 22 hingga 55 tahun dan kesemuanya memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," tambah Ariz.

"Bot tunda, barge dan enam kru tersebut diiring ke Jeti HSL Tanjung Manis untuk siasatan lanjut. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 37(1), Akta Kastam 1967 kerana gagal mengemukakan dokumen Pas Pelepasan Pelabuhan (Port Clearance) semasa pelayaran," tambahnya lagi.

Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim (industri perkapalan) dan nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang dengan mengutamakan keselamatan mereka apabila berada di laut serta pemakaian jaket keselamatan.

Orang ramai disarankan untuk menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis jika berlaku kecemasan atau kejadian mencurigakan menerusi talian 084-613292 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.046366 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list