CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1188|Reply: 7

[SARAWAK] Covid 19 25/02/2021

[Copy link]
Post time 25-2-2021 08:45 PM | Show all posts |Read mode






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2021 08:48 PM | Show all posts
A. Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif)

Hari ini terdapat 248 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari Hospital Sibu (149), Hospital Miri (43), PKRC di bawah Hospital Kapit (27), Hospital Umum Sarawak (25), Hospital Sarikei (3) dan PKRC di bawah Hospital Sri Aman (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 6,484 orang atau 73.11% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 2,275 orang dimana:
• 1,087 kes di Hospital Sibu;
• 346 kes di Hospital Umum Sarawak;
• 265 kes di Hospital Bintulu;
• 203 kes di Hospital Miri;
• 176 kes di Hospital Kapit (PKRC Kapit);
• 173 kes di Hospital Sarikei;
• 25 kes di Hospital Sri Aman (PKRC Sri Aman);

Hari ini, 267 PUI baru telah dilaporkan dan lima (5) PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

B. Kes Kematian Baharu COVID-19
Hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu dilaporkan di Sibu. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada 78 orang.
I. Kes Kematian Ke-77.
Kes kematian ke-77 merupakan kes ke-7,675 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 74 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk dan sesak nafas. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat pada 18 Februari 2021 dan dikesan positif pada 19 Februari 2021. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 24 Februari 2021.
Kes mempunyai ko- morbid penyakit darah tinggi dan kencing manis.

II. Kes Kematian Ke-78.
Kes kematian ke-78 merupakan kes ke-4,334 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 90 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu apabila saringan kontak rapat dengan ujian rT-PCR COVID-19 adalah positif COVID-19. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 Februari 2021. Kes mempunyai dan ko-morbid penyakit darah tinggi, gout, acute hepatitis, dan sejarah strok yang memerlukan bantuan dan sokongan aktiviti asas kehidupan seharian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada ahli keluarga mangsa.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2021 08:53 PM | Show all posts
Kes Baharu COVID-19

Hari ini terdapat 219 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Sibu (80), Kapit (26), Bintulu (25), Kuching (18), Meradong (17), Miri (12), Samarahan (11), Serian (10), Selangau (8), Sri Aman (5), Saratok (3), Kanowit (1), Sarikei (1), Bukit Mabong (1) dan Betong (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 8,869 kes. Perincian kes-kes tersebut mengikut daerah adalah seperti berikut:

I. Daerah Sibu (80 Kes)
a) 63 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif
COVID-19.
b) 12 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di daerah Sibu.
c) 3 kes saringan petugas kesihatan di pusat kesihatan di
daerah Sibu.
d) 2 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di daerah Sibu.

II. Daerah Kapit (26 Kes)
a) 18 kes yang melibatkan kluster Gelong.
b) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 2 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Kapit.
d) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Kapit.

III. Daerah Bintulu (25 Kes)
a) 23 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif
COVID-19.
b) 2 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di daerah Bintulu.

IV. Daerah Kuching (18 Kes)

a) 14 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 2 kes yang melibatkan kluster Emperoh Jambu.
c) 2 kes saringan petugas kesihatan di pusat kesihatan di daerah Kuching.

V. Daerah Meradong (17 Kes)
a) 13 kes yang melibatkan kluster Sungai Bakong.
b) 4 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

VI. Daerah Miri (12 Kes)
a) 5 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Miri.
b) 3 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 2 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Miri.
d) 1 kes saringan individu balik dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 melibatkan warga tempatan (Sarawak). Kes dikategorikan sebagai kes Import B iaitu mendapat jangkitan dari Perak.
e) 1 kes saringan individu balik dari luar negara melibatkan warganegara India. Kes dikategorikan sebagai kes Import A iaitu mendapat jangkitan dari India.

VII. Daerah Samarahan (11 Kes)
a) 8 kes yang melibatkan kluster Emperoh Jambu.
b) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 1 kes yang melibatkan kluster Jalan Green. Kes dikategorikan dikategorikan sebagai kes import C iaitu mendapat jangkitan dari Kuching.

VIII. Daerah Serian (10 Kes)
a) 6 kes yang melibatkan kluster Emperoh Jambu. Kes dikategorikan dikategorikan sebagai kes import C iaitu mendapat jangkitan dari Kuching.
b) 2 kes yang melibatkan kluster Jalan Ho Pin. Kes dikategorikan dikategorikan sebagai kes import C iaitu mendapat jangkitan dari Kuching.
c) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. Kes dikategorikan dikategorikan sebagai kes import C iaitu mendapat jangkitan dari Kuching.
d) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Serian.

IX. Daerah Selangau (8 Kes)
a) 8 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

X. Daerah Sri Aman (5 Kes)
a) 3 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Sri Aman.
b) 2 kes yang melibatkan kluster Jalan Muhibbah.

XI. Daerah Saratok (3 Kes)
a) 3 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

XII. Daerah Betong (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan kluster Jalan Muhibbah.

XIII. Daerah Bukit Mabong (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan kluster Gelong.

XIV. Daerah Sarikei (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

A) Daerah Kanowit (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2021 08:54 PM | Show all posts
Kluster Baharu [Satu (1) Kluster].
Jataban Kesihatan Negeri Sarawak hari ini telah mengisytiharkan satu (1) kluster baharu iatu Kluster Jalan Ho Pin di Daerah Samarahan. Kluster Jalan Ho Pin merupakan satu kluster komuniti yang melibatkan Daerah Samarahan, Serian dan Kuching. Perebakan jangkitan COVID-19 dipercayai berlaku melalui aktiviti kunjung mengunjung pada 11 hingga 14 Februari 2021 semasa sambutan Tahun Baru Cina di beberapa buah rumah persendirian saudara-mara dan rakan-rakan di Daerah Samarahan, Serian dan Daerah Kuching.

Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-7,636 iaitu seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 22 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 18 Februari 2021. Hasil siasatan lanjut dan saringan ke atas kontak-kontak sosial dan tempat kerja kepada kes indeks, tambahan 13 kes positif COVID-19 telah dikesan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2021 08:55 PM | Show all posts
Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 120 orang telah disaring, dimana;
⚫️ 14 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes.
⚫️ 41 individu negatif, dan
⚫️ 65 individu masih menunggu keputusan.
Kesemua 14 kes tersebut telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2021 08:56 PM | Show all posts
E. Kluster Yang Masih Aktif.
Hari ini terdapat 26 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu:
I. Kluster Jalan Ho Pin, Samarahan : kluster baru.

II. Kluster Jalan Muhibbah, Betong: terdapat penambahan 3 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 26 kes. Sejumlah 209 individu telah disaring dimana, 96 negatif dan 87 masih menunggu keputusan makmal.

III. Kluster Emperoh Jambu, Kuching: terdapat penambahan 16 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 117 kes. Sejumlah 510 individu telah disaring dimana, 207 negatif dan 186 masih menunggu keputusan makmal.

IV. Kluster Sungai Bakong, Meradong: terdapat penambahan 13 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 135. Sejumlah 747 individu telah disaring dimana, 430 negatif dan 182 masih menunggu keputusan makmal.

V. Kluster Jalan Green, Kuching : terdapat penambahan 1 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 17 kes. Sejumlah 200 individu telah disaring dimana, 162 negatif dan 21 masih menunggu keputusan makmal.


VI. Kluster Kejatau, Sri Aman : tiada penambahan kes.
VII. Kluster Jan Yong, Kapit : tiada penambahan kes.
VIII. Kluster Geronggang, Sibu : tiada penambahan kes.
IX. Kluster Mas Merah, Sibu : tiada penambahan kes.
X. Kluster Univista, Samarahan : tiada penambahan kes.
XI. Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching : tiada penambahan kes.

XII. Kluster Gelong, Kapit : terdapat penambahan 19 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 124 kes. Sejumlah 171 individu telah disaring dimana, 47 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XIII. Kluster Kidurong Dua, Bintulu : tiada penambahan kes.
XIV. Kluster Nanga Lijan, Julau : tiada penambahan kes.
XV. Kluster Seruas, Beluru : tiada penambahan kes.
XVI. Kluster Sebangkoi, Sri Aman : tiada penambahan kes.
XVII. Kluster Jun Heng, Bintulu : tiada penambahan kes.
XVIII. Kluster Bintang Daily, Meradong : tiada penambahan kes.
XIX. Kluster Jalan Pengiran, Matu : tiada penambahan kes.
XX. Kluster Tabong, Bau : tiada penambahan kes.
XXI. Kluster Indah Riang, Kuching :tiada penambahan kes.
XXII. Kluster Bedayan, Serian : tiada penambahan kes.
XXIII. Kluster Rakut, Miri : tiada penambahan kes.
XXIV. Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : tiada penambahan kes.
XXV. Kluster Jelita, Miri : tiada penambahan kes.
XXVI. Kluster Pasai, Sibu : tiada penambahan kes.
a) Sub-Kluster Tangap (Subis) : tiada penambahan kes.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-2-2021 08:59 PM | Show all posts
Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.
Hari ini, Daerah Matu telah bertukar ke status Hijau setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Beluru telah bertukar ke status Kuning setelah hanya melaporkan 20 kes jangkitan tempatan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Meradong, Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2,360 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sembilan (9) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Betong, Kanowit, Song, Bukit Mabong, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus Jingga dengan jumlah keseluruhan 160 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sarikei, Lundu, Bau, Selangau, Saratok, Sebauh, Tatau, Pakan, Serian dan Belaga kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 73 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala 13 daerah lain kekal berstatus Hijau.

2. LAPORAN NOTIS KOMPAUN
Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 16 kompaun di daerah Padawan (5), Kuching (5), Sibu (3), Sarikei (2) dan Miri (1) kerana telah melanggar SOP.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2021 09:16 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.073266 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list