CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1206|Reply: 5

[SARAWAK] Covid 19 26/02/2021

[Copy link]
Post time 27-2-2021 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif)

Hari ini terdapat 131 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari Hospital Sibu (93), Hospital Umum Sarawak (16), PKRC di bawah Hospital Kapit (9), Hospital Bintulu (7), Hospital Miri (6). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 6,621 orang atau 72.61% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 2,385 orang dimana:
• 1,097 kes di Hospital Sibu;
• 379 kes di Hospital Umum Sarawak;
• 272 kes di Hospital Bintulu;
• 208 kes di Hospital Miri;
• 207 kes di bawah Hospital Kapit (PKRC Kapit);
• 197 kes di bawah Hospital Sarikei; dan
• 25 kes di bawah Hospital Sri Aman (PKRC Sri Aman);

Hari ini, 373 PUI baru telah dilaporkan dan 40 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2021 12:58 PM | Show all posts
Kes Kematian Baharu COVID-19

Hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada 80 orang atau sebanyak 0.88 peratus dari keseluruhan kes positif yang dilaporkan di Sarawak.

I. Kes Kematian Ke-79.
Kes kematian ke-79 merupakan kes ke-8768 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 59 tahun yang telah mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Betong. Kes dirujuk terus ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan selanjutnya kerana keadaan kesihatan kes yang kritikal dan ujian rapid test kit antigen COVID-19 adalah positif pada hari yang sama. Kes mempunyai gejala demam, batuk serta kelesuan badan sejak beberapa hari yang lepas sebelum mendapat rawatan.
Ujian saringan rT-PCR adalah positif COVID-19 pada 24 Februari 2021. Kes disahkan meninggal dunia pada 24 Februari 2021. Kes mempunyai ko-morbid kencing manis, darah tinggi, gout dan penyakit buah pinggang kronik.

II. Kes Kematian Ke-80.
Kes kematian ke-80 merupakan kes ke-6,383 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 54 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Bintulu setelah ujian rT-PCR COVID-19 adalah positif COVID-19 pada 12 Februari 2021 melalui saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19.
Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Februari 2021. Kes mempunyai ko-morbid darah tinggi dan kencing manis.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada ahli keluarga mangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2021 01:03 PM | Show all posts
Kes Baharu COVID-19


Hari ini terdapat 250 kes baharu COVID-19 dikesan dan dilaporkan di Sarawak.

Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Sibu (104), Kuching (43), Kapit (39), Meradong (13), Bintulu (10), Betong (9), Miri (8), Samarahan (4), Sebauh (3), Subis (3), Julau (2), Dalat (2), Beluru (2), Selangau (2), Bau (2), Asajaya (1), Serian (1), Saratok (1), dan Song (1). Perincian kes-kes tersebut mengikut daerah adalah seperti berikut:

I. Daerah Sibu (104 Kes)
a) 75 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 16 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Sibu.
c) 13 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Sibu.

II. Daerah Kuching (43 Kes)
a) 36 kes yang melibatkan kluster Emperoh Jambu.
b) 5 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Kuching.
c) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
d) 1 kes saringan individu balik dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 melibatkan warga tempatan (Sarawak). Kes dikategorikan sebagai kes Import B iaitu mendapat jangkitan dari Kuala Lumpur.

III. Daerah Kapit (39 Kes)
a) 27 kes yang melibatkan kluster Gelong.
b) 11 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 1 kes yang melibatkan kluster Pasai.

IV. Daerah Meradong (13 Kes)
a) 7 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 5 kes yang melibatkan kluster Sungai Bakong.
c) 1 kes kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Meradong.

V. Daerah Bintulu (10 Kes)
a) 6 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 3 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Bintulu.
c) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Bintulu.

VI. Daerah Betong (9 Kes)
a) 9 kes yang melibatkan kluster Jalan Muhibbah.

VII. Daerah Miri (8 Kes)
a) 7 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Miri.
b) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Miri.

VIII. Daerah Samarahan (4 Kes)
a) 3 kes yang melibatkan kluster Jalan Green.
b) 1 kes saringan individu balik dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 melibatkan warganegara tempatan. Kes dikategorikan sebagai kes Import B iaitu mendapat jangkitan dari Johor.

IX. Daerah Subis (3 Kes)
a) 3 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

X. Daerah Sebauh (3 Kes)
a) 3 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

XI. Daerah Beluru (2 Kes)
a) 2 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Beluru.

XII. Daerah Selangau (2 Kes)
a) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

XIII. Daerah Bau (2 Kes)
a) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

XIV. Daerah Dalat (2 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Dalat.

XV. Daerah Julau (2 Kes)
a) 2 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Julau.

XVI. Daerah Serian (1 Kes)
a) 1 kes yangmelibatkan kluster Emperoh Jambu.

XVII. Daerah Saratok (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

XVIII. Daerah Asajaya (1 Kes)
a) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Asajaya.

XIX. Daerah Song (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan kluster Pasai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2021 01:06 PM | Show all posts
Kluster Yang Masih Aktif.
Hari ini terdapat 26 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu:
I. Kluster Jalan Ho Pin, Samarahan : terdapat penambahan 1 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 15 kes. Sejumlah 120 telah disaring dimana 77 negatif dan 28 masih menunggu keputusan makmal.

II. Kluster Jalan Muhibbah, Betong: terdapat penambahan 9 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 35 kes. Sejumlah 230 individu telah disaring dimana, 133 negatif dan 62 masih menunggu keputusan makmal.

III. Kluster Emperoh Jambu, Kuching: terdapat penambahan 38 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 155 kes. Sejumlah 600 individu telah disaring dimana, 251 negatif dan 194 masih menunggu keputusan makmal.

IV. Kluster Sungai Bakong, Meradong: terdapat penambahan 5 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 140. Sejumlah 747 individu telah disaring dimana, 430 negatif dan 177 masih menunggu keputusan makmal.

V. Kluster Jalan Green, Kuching : terdapat penambahan 3 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 20 kes. Sejumlah 220 individu telah disaring dimana, 188 negatif dan 12 masih menunggu keputusan makmal.

VI. Kluster Kejatau, Sri Aman : tiada penambahan kes.
VII. Kluster Jan Yong, Kapit : tiada penambahan kes.
VIII. Kluster Geronggang, Sibu : tiada penambahan kes.
IX. Kluster Mas Merah, Sibu : tiada penambahan kes.
X. Kluster Univista, Samarahan : tiada penambahan kes.
XI. Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching : tiada penambahan kes.

XII. Kluster Gelong, Kapit : terdapat penambahan 27 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 151 kes. Sejumlah 198 individu telah disaring dimana, 47 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XIII. Kluster Kidurong Dua, Bintulu : tiada penambahan kes.
XIV. Kluster Nanga Lijan, Julau : tiada penambahan kes.
XV. Kluster Seruas, Beluru : tiada penambahan kes.
XVI. Kluster Sebangkoi, Sri Aman : tiada penambahan kes.
XVII. Kluster Jun Heng, Bintulu : tiada penambahan kes.
XVIII. Kluster Bintang Daily, Meradong : tiada penambahan kes.
XIX. Kluster Jalan Pengiran, Matu : tiada penambahan kes.
XX. Kluster Tabong, Bau : tiada penambahan kes.
XXI. Kluster Indah Riang, Kuching :tiada penambahan kes.
XXII. Kluster Bedayan, Serian : tiada penambahan kes.
XXIII. Kluster Rakut, Miri : tiada penambahan kes.
XXIV. Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : tiada penambahan kes.
XXV. Kluster Jelita, Miri : tiada penambahan kes.

XXVI. Kluster Pasai, Sibu : terdapat penambahan 2 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,651 kes. Sejumlah 40,500 individu telah disaring dimana 37,727 negatif dan 122 masih menunggu keputusan makmal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2021 01:06 PM | Show all posts
Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.
Hari hari ini, Daerah Asajaya telah bertukar status ke status Kuning setelah satu kes jangkitan tempatan baharu dikesan di daerah ini.
Daerah Bau telah bertukar status ke status Jingga setelah merekodkan sebanyak 22 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Meradong, Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2,514 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sembilan (9) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Kanowit, Betong, Song, Bukit Mabong, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus Jingga dengan jumlah keseluruhan 172 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Beluru, Sarikei, Lundu, Selangau, Saratok, Sebauh, Tatau, Pakan, Serian dan Belaga kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 71 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala 13 daerah lain kekal berstatus Hijau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2021 01:07 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.041033 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list